Perperangan Ustas Nasha dengan Karpal berhubung hudud adalah sia-sia. Bukan Karpal yang perlu ditentang. Pok Nik dah kata, Karpal dah tentu kafir. Orang kafir tak faham pasal hukum Islam, dah tentulah tentang. Tun M dah tak ada apa-apa jawatan dalam kerajaan dan parti. UMNO? Orang luar yang mungkin tak jadi kudis jika PAS nak jalankan agenda parti mereka. Semua ni orang luar, apa nak kesah.
Ustas Nasha patut berperang dengan orang-orang dalam parti dia. Yang tak mahu hudud adalah Presiden parti yang meletakkan Putrajaya sebagai dijunjung dan agama sebagai di kelek dan Ahli Jawatankuasa Pusat parti dia sendiri.
Pas bincang isu hudud hari ini
Ular Menyusur Akar
Saturday, August 25, 2012
Tuesday, June 12, 2012
Rakyat terus tuntut PKR tunai janji PRU
SHAH ALAM: 2012/06/12. Presiden Persatuan Kebajikan India Malaysia, A Prakash
bersama 30 individu sekali lagi mengadakan bantahan aman di depan pintu
masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) di sini,
berhubung kegagalan kerajaan negeri memenuhi janji Pilihan Raya Umum
Ke-12 (PRU-12).
Prakash berkata, bantahan dibuat selepas memorandum yang dihantar kepada kerajaan negeri pada 3 Jun lalu tidak mendapat maklum balas daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun EXCO yang bertanggungjawab.
Katanya, pihaknya kecewa kerana memorandum menuntut kebajikan kaum India dibela, tidak dipedulikan.
“Bantahan pagi ini (semalam) hanya untuk menuntut janji pakatan
pembangkang ketika mahu mendapatkan sokongan rakyat bagi mentadbir
Selangor.
“Malangnya, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang tidak mengambil peduli kebajikan kaum India selain gagal menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berkenaan.
Memorandum bantahan dan ketidakpuasan hati kaum India di negeri ini disampaikan kepada wakil pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11 pagi selepas hampir sejam menunggu di luar bangunan itu.
Selain itu, katanya, pihaknya mempersoalkan tindakan peniaga warga asing mendirikan kedai di tepi jalan sewenang-wenangnya.
Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seolah-olah ‘tidur’ kerana tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu berbanding jika ia dilakukan rakyat tempatan.
“Rakyat Selangor yang mahu berniaga perlu mematuhi pelbagai syarat yang ketat sedangkan rakyat asing mudah untuk berniaga. Apakah keistimewaan mereka sedangkan nasib rakyat sendiri tidak terbela,” katanya.
Katanya, pihaknya akan terus melakukan bantahan secara aman dari semasa ke semasa jika kerajaan negeri terus berdiam diri.
Sumber: Berita HarianOnline
Prakash berkata, bantahan dibuat selepas memorandum yang dihantar kepada kerajaan negeri pada 3 Jun lalu tidak mendapat maklum balas daripada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahupun EXCO yang bertanggungjawab.
“Malangnya, selepas empat tahun mentadbir, kerajaan pakatan pembangkang tidak mengambil peduli kebajikan kaum India selain gagal menyelesaikan pelbagai masalah berbangkit,” katanya ketika ditemui selepas menyerahkan memorandum berkenaan.
Memorandum bantahan dan ketidakpuasan hati kaum India di negeri ini disampaikan kepada wakil pejabat Menteri Besar kira-kira jam 11 pagi selepas hampir sejam menunggu di luar bangunan itu.
Selain itu, katanya, pihaknya mempersoalkan tindakan peniaga warga asing mendirikan kedai di tepi jalan sewenang-wenangnya.
Katanya, pihak berkuasa tempatan (PBT) seolah-olah ‘tidur’ kerana tidak mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah itu berbanding jika ia dilakukan rakyat tempatan.
“Rakyat Selangor yang mahu berniaga perlu mematuhi pelbagai syarat yang ketat sedangkan rakyat asing mudah untuk berniaga. Apakah keistimewaan mereka sedangkan nasib rakyat sendiri tidak terbela,” katanya.
Katanya, pihaknya akan terus melakukan bantahan secara aman dari semasa ke semasa jika kerajaan negeri terus berdiam diri.
Sumber: Berita HarianOnline
Majlis Peguam Masuk PRU13?
Apalah nak kutuk-kutuk Majlis Peguam. Dah kerja peguam membela apa yang hendak dibela. Walaupun yang dibela itu diketahuinya salah dia akan buat supaya kes mereka menang. Kalau tak menang kerana bukti sekurang-kurangnya menang kerana teknikal. Semuanya pasal duit. Kalau majlis peguam dapat dana dari anti kerajaan, tentulah dia spin habis-habis supaya kerajaan kelihatan bersalah. Di mahkamah dia 'hero". Semoga rakyat pula yang menjadi hakim sebenar melalui penelitian fakta.
Tapi, ye juga. Kalau hal undang-undang kau spin habis-habislah dalam mahkamah. Janganlah pulak berpolitik. Kalau nak berpolitik, masuklah piliharaya.
Malah kumpulan wakil rakyat berkenaan sebulat suara mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam yang kini dilihat seperti sebuah cabang politik.
Pada masa yang sama, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) secara terbuka melabelkan Majlis Peguam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diserang penyakit kencing manis dan perlu 'dirawat' segera oleh kerajaan.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, beliau bimbang dengan dengan kebebasan Majlis Peguam sehingga badan tersebut begitu ghairah untuk bertindak menghukum sesuatu pihak tanpa siasatan terperinci terlebih dahulu.
"Maka sebab itu cadangan agar Akademi Undang-Undang ditubuhkan perlu disegera kerana saya bimbang dengan kebebasan Majlis Peguam. Mereka amat berat sebelah, kecaman ke atas pihak polis begitu berat berbanding teguran terhadap pembangkang.
"Sedangkan semua tahu pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada demonstrasi Bersih 3.0 adalah pembangkang," katanya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (pindaan) 2012, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
'Panas' dengan kecaman tersebut, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua (PKR-Batu), M. Manogaran (DAP-Teluk Intan) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) cuba mempertahan Majlis Peguam tetapi mereka akhirnya dikritik hebat.
Nada mereka kemudian berubah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) bertanya adakah Majlis Peguam sebuah cabang politik pembangkang di Jalan Benteng sehingga bermati-matian mempertahankan badan tersebut.
"Semuanya sudah terang lagi tersuluh. Majlis Peguam ini bukan lagi berfungsi untuk menjaga kebajikan peguam tetapi satu lagi cawangan politik pakatan pembangkang, apa juga alasan yang diberi memang terbukti mereka berat sebelah," katanya.
Sementara itu, Ibrahim mencabar Majlis Peguam menjadi sebuah parti politik dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika individu yang menerajui badan tersebut begitu berminat dalam soal politik berbanding kebajikan para peguam.
Sambil mengakui yang beliau sudah lama hilang kepercayaan kepada badan tersebut, Ibrahim berkata, kerajaan tidak perlu melayan pemimpin pembangkang yang bertindak membela Majlis Peguam kerana terbukti mereka tidak menghormati undang-undang.
"Saya seratus peratus menyokong akademi ini dipercepat penubuhannya dan tidak perlu kita layan mereka yang suka melakukan demonstrasi jalanan untuk berdebat mengenai Majlis Peguam, kerajaan kena berani dan tubuh segera akademi ini," katanya.
Sumber: Majlis Peguam dikecam hebat
Tapi, ye juga. Kalau hal undang-undang kau spin habis-habislah dalam mahkamah. Janganlah pulak berpolitik. Kalau nak berpolitik, masuklah piliharaya.
Majlis Peguam dikecam hebat
KUALA LUMPUR 11 Jun - Majlis Peguam sekali lagi dikecam hebat Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan wakil rakyat Bebas ekoran sikap berat sebelah serta tidak profesional badan tersebut yang berpihak kepada pembangkang.Malah kumpulan wakil rakyat berkenaan sebulat suara mendesak kerajaan supaya menyegerakan penubuhan Akademi Undang-Undang sebagai alternatif kepada Majlis Peguam yang kini dilihat seperti sebuah cabang politik.
Pada masa yang sama, Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) secara terbuka melabelkan Majlis Peguam sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang diserang penyakit kencing manis dan perlu 'dirawat' segera oleh kerajaan.
Terdahulu, Khairy Jamaluddin (BN-Rembau) berkata, beliau bimbang dengan dengan kebebasan Majlis Peguam sehingga badan tersebut begitu ghairah untuk bertindak menghukum sesuatu pihak tanpa siasatan terperinci terlebih dahulu.
"Maka sebab itu cadangan agar Akademi Undang-Undang ditubuhkan perlu disegera kerana saya bimbang dengan kebebasan Majlis Peguam. Mereka amat berat sebelah, kecaman ke atas pihak polis begitu berat berbanding teguran terhadap pembangkang.
"Sedangkan semua tahu pihak yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada demonstrasi Bersih 3.0 adalah pembangkang," katanya semasa sesi perbahasan Rang Undang-Undang Profesion Undang-Undang (pindaan) 2012, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.
'Panas' dengan kecaman tersebut, beberapa pemimpin pembangkang antaranya Tian Chua (PKR-Batu), M. Manogaran (DAP-Teluk Intan) dan R. Sivarasa (PKR-Subang) cuba mempertahan Majlis Peguam tetapi mereka akhirnya dikritik hebat.
Nada mereka kemudian berubah apabila Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) bertanya adakah Majlis Peguam sebuah cabang politik pembangkang di Jalan Benteng sehingga bermati-matian mempertahankan badan tersebut.
"Semuanya sudah terang lagi tersuluh. Majlis Peguam ini bukan lagi berfungsi untuk menjaga kebajikan peguam tetapi satu lagi cawangan politik pakatan pembangkang, apa juga alasan yang diberi memang terbukti mereka berat sebelah," katanya.
Sementara itu, Ibrahim mencabar Majlis Peguam menjadi sebuah parti politik dan bertanding pada pilihan raya umum akan datang jika individu yang menerajui badan tersebut begitu berminat dalam soal politik berbanding kebajikan para peguam.
Sambil mengakui yang beliau sudah lama hilang kepercayaan kepada badan tersebut, Ibrahim berkata, kerajaan tidak perlu melayan pemimpin pembangkang yang bertindak membela Majlis Peguam kerana terbukti mereka tidak menghormati undang-undang.
"Saya seratus peratus menyokong akademi ini dipercepat penubuhannya dan tidak perlu kita layan mereka yang suka melakukan demonstrasi jalanan untuk berdebat mengenai Majlis Peguam, kerajaan kena berani dan tubuh segera akademi ini," katanya.
Sumber: Majlis Peguam dikecam hebat
Monday, June 11, 2012
Bila Khaled tweet, Khalid panik
BILA Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin tweet membayangkan permohonan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi pelajar baru Universiti Selangor (UNISEL) dibekukan, ramai yang menggelabah. Seorang daripada mereka ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang mengatakan kerajaan tiada hak berbuat demikian. Sepatutnya tweet Khaled itu disambut baik kerana parti pembangkanglah yang garang mempertikaikan kewujudan PTPTN, sedangkan ada antara pemimpin mereka, ketika dalam kerajaan, turut merangka skim itu. Inilah sikap pembangkang yang tidak jelas dengan pendirian dan perjuangan mereka. Atas alasan mahu mempengaruhi pemikiran rakyat, mereka kononnya mahu menunjukkan perjuangan supaya pendidikan percuma pada semua peringkat dilaksanakan di negara ini, termasuk di institusi pengajian tinggi (IPT).
Ikut cakap pembangkang, semua kos terutama yuran pengajian, perlu ditanggung kerajaan sepenuhnya. Bunyinya sedap sekali, tapi ia mempunyai implikasi kewangan yang sangat besar terhadap kerajaan. Untuk menampung yuran pelajar baru UNISEL saja, kerajaan Selangor sudah tidak mampu, bagaimana mereka kata kerajaan perlu memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar IPT. Dengan cadangan pembekuan itu UNISEL yang dikendalikan sepenuhnya kerajaan Selangor, patut memberi sokongan padu bagi membolehkannya membuktikan perjuangan partinya untuk menampung semua kos yuran pelajar, tanpa PTPTN.
Malah, kerajaan negeri itu juga boleh menjadi perintis untuk membuktikan pengajian percuma boleh dilaksanakan di negara ini. Tetapi, belum pun sempat pembekuan itu dikuatkuasakan, kerajaan negeri sudah dapat melihat kesan sekiranya PTPTN ditiadakan. Atas dasar tanggungjawab dan untuk membuktikan kepentingan PTPTN tetap relevan, pembekuan ke atas pelajar UNISEL ditarik balik serta-merta. Tweet Khaled hanya mahu menguji kemampuan kerajaan Selangor menampung yuran pelajar UNISEL. Nampaknya Khalid pula panik kerana selaku Menteri Besar beliau bimbang kerajaan negeri terpaksa menanggung bebannya jika pinjaman itu dibekukan. Pelajar UNISEL boleh tanya Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana beliaulah yang menuntut PTPTN dimansuhkan dan kos ditanggung kerajaan. Jika ada suara pembangkang meminta pelajar jangan membayar pinjaman PTPTN, ia adalah sabotaj kepada masa depan pelajar. Begitu juga, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang berdebat supaya PTPTN diberhentikan tiba-tiba mengutuk tindakan pembekuan itu dan menuduh ia dilakukan berasaskan politik dendam. Pembangkang nampaknya keliru dengan hujah mereka. Ini menunjukkan mudahnya bercakap atau mengkritik tetapi tidak semudah untuk memberhentikan sesuatu yang mempunyai kesannya terhadap ekonomi dan sosiopolitik masyarakat.
Keputusan ini tentu tidak wajar khasnya dalam proses menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi. Kekurangan tempat di universiti meningkatkan pengangguran, bilangan tenaga pengajar juga dikurangkan dan ramai kakitangan terpaksa diberhentikan. Kos di IPT bukan terbatas kepada yuran saja.
Bagaimana dengan kos penyeliaan semua IPT, gaji profesor, pensyarah dan kakitangan serta segala kemudahan di IPT. Ini tidak termasuk kos pembinaan universiti. Kerajaan juga perlu menampung semua perbelanjaan di sekolah rendah, menengah, vokasional dan kolej lain dengan kos yang besar. Kos kerajaan perlu dilihat dari semua aspek termasuk mengurus padang bola. Jika di rumah sendiri, kita sering menghadapi tangki bocor, kerosakan elektrik dan mentol lampu terbakar, bayangkanlah kerja penyeliaan yang perlu ditampung di semua IPT.
Lihatlah wajah anak yang diterima masuk ke universiti setiap tahun.
Mengapa perlu kita hadkan pengambilan mereka jika kos pembiayaan mereka terpaksa ditampung kerajaan sepenuhnya. Jika ibu bapa berkorban untuk masa depan anak, mereka lebih insaf untuk membalas budi kelak.
Berita Harian Online | Bila Khaled tweet, Khalid panik
Ikut cakap pembangkang, semua kos terutama yuran pengajian, perlu ditanggung kerajaan sepenuhnya. Bunyinya sedap sekali, tapi ia mempunyai implikasi kewangan yang sangat besar terhadap kerajaan. Untuk menampung yuran pelajar baru UNISEL saja, kerajaan Selangor sudah tidak mampu, bagaimana mereka kata kerajaan perlu memberi pendidikan percuma kepada semua pelajar IPT. Dengan cadangan pembekuan itu UNISEL yang dikendalikan sepenuhnya kerajaan Selangor, patut memberi sokongan padu bagi membolehkannya membuktikan perjuangan partinya untuk menampung semua kos yuran pelajar, tanpa PTPTN.
Keputusan ini tentu tidak wajar khasnya dalam proses menjadikan Malaysia negara maju dan berpendapatan tinggi. Kekurangan tempat di universiti meningkatkan pengangguran, bilangan tenaga pengajar juga dikurangkan dan ramai kakitangan terpaksa diberhentikan. Kos di IPT bukan terbatas kepada yuran saja.
Bagaimana dengan kos penyeliaan semua IPT, gaji profesor, pensyarah dan kakitangan serta segala kemudahan di IPT. Ini tidak termasuk kos pembinaan universiti. Kerajaan juga perlu menampung semua perbelanjaan di sekolah rendah, menengah, vokasional dan kolej lain dengan kos yang besar. Kos kerajaan perlu dilihat dari semua aspek termasuk mengurus padang bola. Jika di rumah sendiri, kita sering menghadapi tangki bocor, kerosakan elektrik dan mentol lampu terbakar, bayangkanlah kerja penyeliaan yang perlu ditampung di semua IPT.
Lihatlah wajah anak yang diterima masuk ke universiti setiap tahun.
Mengapa perlu kita hadkan pengambilan mereka jika kos pembiayaan mereka terpaksa ditampung kerajaan sepenuhnya. Jika ibu bapa berkorban untuk masa depan anak, mereka lebih insaf untuk membalas budi kelak.
Berita Harian Online | Bila Khaled tweet, Khalid panik
Subscribe to:
Posts (Atom)
Catatan Popular
-
Ha, Ha, Ha, Umi Halfidah mengakui bahawa BABI pernah menyatakan di depan keluarga Umi bahawa "kak wan macam ikan sepat kering, depan t...
-
Hari ini anak tidak bersekolah dan isteri pula tidak berniaga. UMA mengambil kesempatan merayau ke Labis untuk melihat suasana menjelang PRK...
-
Perperangan Ustas Nasha dengan Karpal berhubung hudud adalah sia-sia. Bukan Karpal yang perlu ditentang. Pok Nik dah kata, Karpal dah tentu ...
-
Hantu banggang punye nuar. Sampai hilang mood nak baca cerita pasal Sarawak. Kesian Rajahmas terkial kial sorang sorang. Tapi Rajahmas pun m...
-
Mungkin perkara ini memeranjatkan seluruh rakyat Malaysia bahawa melanggan pelacur tidak melanggar undang undang persekutuan, itulah yang di...