Halaman

Sunday, December 28, 2008

BICARA LANCANGMU BISA MEMBUNUH KEMANUSIAANKU

Kata-kata yang terukir
dari lelakon yang menyindir,
manusia perasa ini bisa terbunuh
kemanusiaannya

Teman
usah kau ajari aku bicara selancang itu
juga lelakon sapertimu
sungguh dibunoh mati
aku tetap tidak rela kemanusian ini
tercemar
terbakar oleh titis dosa tanpa nama
bukan aku pengecut
yang mahu lari dari perjudian hidup

kerana
aku malu nanti setelah ditelanjangi
angin Kuala Lumpur
bukan malu padamu tapi pada tuhanku
juga pada ibuku yang pernah kepayahan
melahirku
aku tidak mahu miliki apa yang telah kau
miliki
bolotlah segala milik kota untukmu seorang
dan jangan cabar aku beginian lagi.

-Siti Taniza Toha (Akhbar-1980)

Sajak ini masih elok disisip oleh isteri saya dalam album gambar perkahwinan kami.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!