Taman Yayasan mempunyai keistemewaannya yang tersendiri. Pernah di gemparkan dengan berita sebagai Mini Medan dan amat meriah setiap malam dengan kenderaan keluar dan masuk.
Keadaan itu menimbulkan keresahan penduduk yang rata-rata penganut Islam. Orang Islam percaya, jika maksiat berlaku di suatu tempat, Allah akan turunkan bala Nya. Apabila bala diturunkan, tidak kira orang itu berdosa atau tidak mereka akan menerima akibatnya.
Akulah yang telah menjadi sasaran dari kemarahan penduduk. Tidak cukup dengan berita-berita yang sensasi di laporkan ke dada akbar, pertemuan di atur antara ketua-ketua masyarakat yang terdiri dari ketua parti-parti politik setempat, pegawai dari Jabatan Agama Islam Segamat serta Ketua Balai Polis Buloh Kasap dengan saya di syarikat itu. Mereka mewakili masyarakat setempat mengemukakan perasaan tidak senang hati masyarakat terhadap keadaan tersebut. Mereka menegur cara berpakaian dan pergaulan bebas pekerja asing yang di bawa bekerja dengan syarikat itu.
Penduduk kata mereka tidak mahu menerima bala Allah, Polis kata tanggonjawab syarikat menjaga perilaku pekerja mereka dan Polis akan mengambil tindakkan undang-undang jika pekerja tidak dikawal dan melanggar undang-undang manakala Pejabat Agama menyalahkan syarikat tidak memberi nasihat-nasihat kepada pekerja-pekerja yang dibawa masuk.
Sebagai seorang Pengurus Pentadbiran di syarikat swasta itu, aku menerima tanggunjawab sebagaimana yang mereka harapkan. Untok permulaan yang boleh aku lakukan ialah menyediakan bahan untok membuat ceramah kepada pekerja baru khasnya pekerja asing dan membuat rondaan kekawasan asrama.
Untok tujuan rondaan, aku tiada pilihan kecuali terpaksa membawa isteri dan anak kecil yang berumor 1 tahun untok membuat rondaan di seluruh kawasan asrama di taman ini. Isteri, aku perlukan untok mengiringi aku bagi mengelakkan fitnah jika aku terpaksa memasuki bangunan asrama. Anak pula terpaksa dibawa bersama kerana masih terlalu kecil untok ditinggalkan dirumah.
Tak tahu berapa banyak masa yang telah aku korbankan dan entah berapa banyak minyak kereta yang telah aku habiskan. Semuanya semata-mata menyahut cabaran dari masyarakat yang minta aku lakukan sesuatu untok kebaikan mereka. Isteri aku tidak pernah membantah dan sentiasa setia menemani aku di iringi sekecil yang masih tidak faham apa-apa. Hari ini baru isteri aku melahirkan kebimbangan kemungkinan anak kecil aku terjejas emosinya kerana kerap ketakutan setiap kali mendengar aku menjerit ketika mendisplinkan pekerja-pekerja yang berdegil melanggar peraturan pulang/keluar asrama pada waktu malam.
Aku teruskan routine itu hingga 1 tahun lamanya. Aku lakukan tanpa sedikit pun rasa gentar. Aku fikir apa yang aku lakukan tidak melanggar apa-apa undang-undang malahan mereka yang menuntutnya.Aku teruskan rondaan bermula dari 6 petang hingga pukul 1 atau 2 pagi. Jika hendak pergi Johor atau KL dah sampai dah. Dengan sebiji kereta, aku terpaksa bertanding dengan empat
Banyak kali juga aku berjaya bertembung dengan mereka ketika mereka menurunkan pekerja dari kereta. Pekerja dan mereka dah tahu apa yang akan berlaku selepas itu. Mereka memang telah bersedia untok menghadapinya. Aku akan menjerit dan memarahi pekerja yang berjaya aku tangkap. Siapa di taman ini yang tidak pernah mendengar jeritan aku? Pemandu kereta akan tersenyum dan berlalu tanpa menganggu urusan aku. Mereka pula meneruskan urusan mereka pula mengambil dan menurunkan pekerja yang diambil atau dihantar pulang.
Masuk ke asrama belum pasti boleh kenal saya yang baru masuk tadi. Tanyalah mana-mana penghuni asrama siapa yang baru masuk tadi, semuanya tak tahu. Kecuali mereka yang tak sempat mencuci gincu atau menghilangkan bau-bauan. Yang baru keluar bilek air pula memberi alasan baru masuk kerana buang air. Satu hukum lagi yang aku belajar dari mereka. Mereka tidak akan mencampuri urusan kawan-kawan yang lain.
Yang berjaya di tangkap akan dipanggil ke pejabat keesokkan harinya. Dah lali dengar alasan mereka. Syarikat tidak pernah menghalang atau menyokong tindakkan aku. Mereka juga menerima cadangan jika pekerja perlu dihantar balek. Masallahnya, ketua pengeluaran pula yang menghadapi masallah kerana kekurangan pekerja. Pekerja yang dihantar pulang pula tidak boleh diganti. Hr akan menghadapi masallah kekurangan pekerja dan kehilangan beberapa kos saperti levi. Levi pekerja telah dibayar awal kepada kerajaan. Dari itu kos ini tidak dapat dipunggut semula dari pekerja.
Pengeluaran tidak kesah dengan apa juga kegiatan luar kilang. Asalkan pekerja boleh mendatangan pengeluaran dan kedatangan yang baik, itu cukup bagi mereka. Pekerja asing sanggup bekerja dalam masa yang panjang, kerja hari cuti dan mempunyai kedatangan yang baik.
Rakan-rakan sentiasa menasihati supaya aku berhenti dari meneruskan routine ini kerana kebanyakan yang mengambil pekerja asing ini terdiri dari pekerja pusat hiburan yang ada kaitan dengan ganster. Bagi aku, aku laku kerana kebenaran dan kapasiti yang ada pada aku.
Yang paling menghampakan aku, selepas pekerja ini dihantar pulang, seminggu dua lepas itu mereka telah ada kembali di negara ini. Mereka boleh bergerak bebas tanpa segan silu.
Kat mana ye silapnya????????????