Halaman

Monday, December 27, 2010

Benggang bila gagal membuat rujukan

Malam tadi aku cuba membuat rujukan nama pemimpin UMNO negeri, bahagian dan cawangan. Melalui search engine aku cuba taip UMNO. Aku berharap akan ada Web UMNO yang boleh aku lakukan rujukan terhadap pemimpin UMNO negeri dan bahagian. Balek-balek UMNO online dan Pemuda online. Dulu ada web UMNO. Sekarang entah ke mana perginya.

Sejak 2008 aku dan complain web UMNO kerana lambat di sebabkan gambar-gambar yang entah apa-apa di masukkan kedalam halaman tersebut. Aku bandingkan web tersebut dengan blog Anwar Ibrahim yang begitu cepat untuk acess kedalamnya.

Kini web tersebut terus hilang. Yang tinggal UMNO online. UMNO online merupakan paparan berita dan sama aje dengan kita memasuki blog-blog yang lain. Pada Pemuda onlinenya pula, jika ada gambar Khairy juga slow semacam. Orang kampung mana ada computer canggih dan terkini?

Sebaliknya aku cari melalui search engine perkataan pkr. Aku terus klik dan dengan pantas mencapai kepada halaman yang di kehendaki. Dari halaman tersebut boleh di lihat nama-nama pemimpin PKR seluruh negara.

Dah aku agak. Dalam masa berkempen ini, pembekal maklumat akan mengunakan nama timang-timangan. Abang Jon. Siapa tu abang Jon? Aku bukan kenal pemimpin-pemimpin Labis. Jika ada sumber rujukan bolehlah kita cari berhubung dengan latar belakang mereka.

UMNO oh UMNO...... Macam mana anak-anak nak kenal pemimpin-pemimpin mereka sendiri? Anak-anak lebih kenal pemimpin PKR dari pemimpin UMNO sedangkan mereka di bawah pemerintahan kerajaan BN. Sumber rujukan meudah untuk mengaseskan kepada maklumat mereka.

Pemuda online pula tiada link ke UMNO online. Begitulah sebaliknya. Macam ada parti dalam parti. Sepatutnya UMNO-BN kehadapan dari parti pembangkang. Parti ini yang mengujudkan Cyber Jaya dan entah apa-apa lagi teknoloji tenggi.

Melalui Agenda Daily blog, ada link ke negeri-negeri. Dari negeri akan di linkkan kepada wakil-wakil DUNnya pula. Ada wakil rakyat yang tidak membuat enteri sejak halaman itu di bena pada tahun 2008 lagi. Apa susah sangat oii Pak YB. Ikut macam nuar, suruh aje pembancuh kopi buatkan entri.

Aku tak tahu kalau perkara yang di atas itu ujud. Tapi kalau aku tak boleh cari, memang dah tak betul.

UMNO...oh....UMNO.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!