Halaman

Thursday, December 23, 2010

Dia dah mula dah

Kempen belum bermula dan penamaan calun juga belum berlangsung. Puak PAS dah mula berkeliaran dengan kenderaan yang berlogo parti.

Kadang-kadang aku rasa panas dengan orang UMNO. Jarang mengambil kesempatan dari peluang yang ada.

Bagi blogger yang bakal ke Segamat kelak, selamat datang. Untuk ke Segamat dari Utara boleh melalui exit Alor Gajah (Sempang Empat) atau exit Tangkak. Manakala dari Selatan melalui exit Yong Peng. Jarak Segamat dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru lebih kurang 200 Km atau 2.5 jam perjalanan.

Labis sebuah pekan kecil. Dari itu semua kemudahan semada penginapan atau makan di bandar Segamat. Jarak Labis ke Segamat lebih kurang 28 KM.


Jika ke Segamat jangan lupa berjamu di Restoran RZ atau Nasir Corner di Bandar Utama, Segamat. RZ terkenal dengan ikan baung masak lemak. Pencabar utama adalah Nasir Corner. Walau bagaimanapun saya cadangkan ke gerai LAH ANJUNG CORNER menyediakan makanan enak dan murah. Gerai tersebut hanya berhadapan hospital lama di Jalan Muar, Segamat. Saya baru makan di sana hari ini. Memang enak.


Bertemu kita di PRK Tenang nanti.

agbr47: Ingin bertentang mata dengan raja drama.

2 comments:

  1. SALAM

    SELAMAT DATANG RAKAN2 KU KE LABIS.KEBETULAN RUMAH SAYA JD BILIK GERAKAN.MENGUNDI PON DI KAMPUNG SAYA, DI DEWAN PAYA MERAH. SO SESAPA YG DATANG LEH LA JENGUK2 BILIK GERAKAN DI RUMAH SAYA NNTI YER....

    UNTUK PENGETAHUAN UMA, PUAK PAS MMG GELOJOH.
    KEBETULAN PADA HARI PENGKEBUMIAN DATUK SULAIMAN,SAYA KE JB MENAIKI BUS JAM 8 AM.MASA ITU ARWAH BELOM PON TIBE DI LABIS,MASIH DLM PERJALANAN. TP PUAK DAP DAH SIAP2 PASANG BANNER KT BUS STAND LABIS UNTUK PENDAFTARAN PENGUNDI...
    KEESOKKANNYE SAYA KE SEGAMAT,MASA ON DA WAY BALIK,KT SIMPANG KG SAWAH BARU YG BARU(KT AREA TMN TENANG) DAH NAIK BENDERA PAS..NMPK SANGAT MEREKA NI, DEPERATE TERDESAK DLL..

    zera yatt

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!