Halaman

Tuesday, December 28, 2010

Jom ke Tenang, Labis

Pantun orang Asli ketika mereka membuka kampong Tenang, Labis.
" Ngilir Tenang Mudik Juaseh,
     Singah Teluk Ngetam Papan,
     Hati Terkenang Budi Yang Kasih,
     Nasi Senduk Tidak Termakan


Rujukan: Segamat, Sejarah & Mitos

Banjaran Gunung Tenang 
Sejarah Pembukaan Labis
Labis dahulunya adalah gabungan 
beberapa buah kampung melayu di 
antaranya Kampung Paya Merah, 
Kampung Tenang dan Kampung 
Sg Gatom. Penduduk bersawah 
padi untuk mendapatkan beras 
sebagai sumber makanan utama 
disamping ternakan ayam dan 
itik kampung Terdapat sebuah 
ladang getah yang dibuka 
oleh penjajah Inggeris dikenali 
sebagai North Labis Estate dan 
beberapa di sekitar Labis dan 
ladang Kelapa Sawit di 
Chaah telah membawa kepada 
kemasukan kaum India sebagai 
buruh di ladang.

Bandar Labis, pekan Chaah 

dan Bekok pula suatu masa 
dahulu adalah kawasan penempatan 
semula kaum cina semasa
berlaku darurat, di mana kerajaan membina rumah-rumah tersusun untuk menempatkan  
dari kawasan pendalaman dan hutan dari diburu atau dipengaruhi pengganas komunis 
pada masa itu. Dan ia semakin berkembang.

Asal Usul Nama Labis
Kononnya berpuluh-puluh tahun dahulu, Labis belum lagi dikenali sebagai nama 'Labis' sehinggalah 
menurut cerita orang tua-tua bahawa asal nama tempat ini adalah daripada perkataan 'labi-Iabi'.Pada 
masa itu kawasan Labis masih diliputi hutan tebal. Binatang-binatang liar masih berkeliaran dan 
di situ kawasan paya terdapat banyak labi-labi. Labi-labi ialah sejenis binatang yang mempunyai 
bentuk badan serupa dengan kura-kura dan tuntong.
Menurut cerita daripada orang-orang dahulu, kawasan yang menjadi tumpuan labi-labi ialah Sungai 
Paya Merah. Pada ketika itu, Sungai Paya Merah ini ditumbuhi sejenis rumput yang berupa seperti 
pokok tebu kecil setinggi tiga ela. Tetapi yang menghairankan, rumput ini hanya tumbuh di tepi 
sungai tanah paya itu dan tidak terdapat di tepi sungai lain. Jenis rumput ini telah menjadi makanan 
kegemaran labi-labi. Anehnya, apabila rumput ini hampir mati layu, ia akan bertukar menjadi warna 
merah. Selepas layu, ia akan terendam ke dalam sungai, warna merah yang ada pada tumbuhan ini 
akan meluntur keluar dan mewarnai air sungai menjadi merah seperti darah.daripada sinilah, 
orang kampung menamakan sungai itu sebagai Sungai Paya Merah dan kampung mereka sebagai 
Labi-labi..
Kira-kira pada kurun kesembilan belas, orang putih melawat Kampung Labi-labi. Mereka hairan 
dan terperanjat melihat banyak labi-labi merayap lalu bertanya akan nama binatang tersebut. 
Penduduk disitu pun menjawab, “Labi-labi tuan,” berulang kali. Tetapi pegawai orang putih 
itu menggelengkan kepala seolah-olah tidak faham.Kemudian, pegawai itu pun berfikir sejenak 
dan tersenyum, “Labis, oh these are Labis.” Pada pendapat orang putih kata jamak perkataan 
labi-labi dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Labis. Maka, nama Labi-labi yang digunakan 
kemudian ditukarkan kepada Labis atas nasihat pegawai Inggeris itu.
Maka, orang ramai pun datang beramai-ramai membuka petempatan di sekitar paya itu. Sawah 
padi telah dibuka. ‘Rumput merah’ yang dikenali oleh penduduk kampung dibersihkan 
dan labi-labi yang banyak itu kehilangan sumber makanan utama. Selepas kejadian itu, bilangan 
labi-labi kian berkurangan. Akhirnya labi-labi tidak lagi kelihatan di Labis sehinggalah sekarang.
Kampung Tenang telah dibuka oleh Mohamad Ariffin Bin Allauddin atau juga dikenali sebagai 
Tok Tenang, pada awal abad ke-19 iaitu dalam tahun 1806 Masihi bersamaan 22 Ramadhan 
1221 Hijrah. Dari saat itu Kampung Tenang mula membangun mengikut peredaran masa.
Tenang telah ditadbirkan mengikut susunannya sendiri dimana Mohd Ariffin sebagai Ketua 
Pentadbir dan Ketua Agama. Keadaan ini berubah semasa pentadbiran anak Mohd. Ariffin 
iaitu Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin setelah setelah Perang Jementah berlaku pada tahun 
beliau berumur 117 tahun. Semasa pentadbiran Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin. Ketua 
Pentadbiran dipegang oleh beliau sendiri sementara Ketua Agama dipegang oleh abangnya 
iaitu Abu Hassan bin Mohd Ariffin.
Semasa Perang Jementah berlaku, Tenang menyebelahi Johor, menentang Segamat, Jementah 
dan Kesang. Setelah Segamat dan Jementah jatuh ke tangan Johor, Hj. Abu Bakar Bin Mohd. 
Ariffin telah dilantik oleh Maharaja Abu Bakar sebagai Penghulu Mukim Tenang/Juasseh. 
Hj. Abu Bakar tidak bersetuju dengan sikap Maharaja Abu Bakar dan telah melepaskan jawatannya 
sebagai penghulu Tenang/Juasseh kepada anak saudaranya iaitu Yaakob bin Abu Hassan. Semasa 
Dato Seri Amar Diraja Johor menjadi Menteri Besar Johor pemetaan Negeri Daerah dan Mukim dibuat 
semula. Mulai dari saat itu Mukim Tenang/Juasseh dikenali sebagai Mukim Labis.

Kedudukan Mukim Labis
Mukim Labis terletak ke selatan Daerah 
Segamat. Di bahagian utara bersempadan 
dengan Negeri Pahang, timur bersempadan 
dengan Mukim Bekok, barat pula 
bersempadan dengan Mukim Pogoh 
dan Mukim Sungai Segamat sementara 
di bahagian selatan pula bersempadan 
Mukim Chaah dan Mukim Bukit Kepong 
dalam Daerah Muar. Mukim Labis terletak 
dalam Daerah Kecil Labis dan Majlis Daerah 
Segamat Selatan Labis.

 Sumber:Majlis Daerah Labis

3 comments:

  1. Salam. Salam perjuangan. Insyalllah kami dari UMNO PJ Utara akan kesana bagi membantu jentera-jentera BN di sana kelak. Di samping itu IBm minta izin utk pautkan blog IBM ke blog tuan, dan blog tuan telah saya pautkan ke blog IBM, demi utk perjuangan kita bersama. Terima kasih. Link saya :http://ibm-akusayangumno.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Salam IBM,

    Terima kasih sudi mengujunggi blog UMA. Blog UMA telah lama tetapi memasukkan entri baru dalam minggu ini.

    Blog tuan telah di pautkan atas nama IBM. Salam perjuangan.

    ReplyDelete
  3. Yang buka kg tenang adalah seorang Mubaling yang berasal dari Yamen dari dari pagar ruyong bukannya Orang Asli yang tuan maksudkan. ini Fakta Sejarah.. Pantun itu pun dilafazkan oleh Yang Mulia Syed kamarul Airiffin Bin Syed Aladin taua dikenali sebagai Tok Tenang yang membuka Kg. Tenang..

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!