Halaman

Monday, December 27, 2010

Kesilapan Mentafsir Msg. (Update)

Msg yang saya terima dari Labis menyatakan bahawa senarai pendek calun yang di cadangkan untuk mewakili BN di PRK Tenang masih lagi 7 calun. Nama-nama tersebut telah di serah kepada Pengurus Pilihanraya BN di Dewan Paya Merah, Labis pada perjumpaan antara calun-calun dengan beliau pada pagi tadi. Kesilapan mentafsir message yang di hantar kepada saya dari sistem penghantaran ringkas menyebabkan saya melaporkan hanya 2 nama sahaja. Sekali lagi saya menerima dengan nama pendek calun-calun tersebut.Seorang lagi masih dalam process pengesahan dari sumber yang terdekat dengan jawatankuasa pemilihan.

Saya harap penduduk Labis yang mengenali mereka ini dapat menghubungi saya untuk menyatakan latar belakang mereka sebagaimana alamat email yang tertera di halaman ini. Seorang dari mereka bakal menjadi wakil tuan/puan ke DUN nanti.
  1. Tn Hj Rosdin Mahmood (Tim Ketua UMNO Labis)
  2. Cikgu Hashim (Adik senator Ibrahim Daud)
  3. Haslinda Salleh (Bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian).
  4. Jaim Yunus
  5. Jon
  6. Anak arwah Yb senator Ibrahim Daud
  7.  ????? (Teka)

Bagi yang tercalun, tahniah. Kepimpinan tuan/puan menarik perhatian pemimpin setempat. Jika gagal jangan bertukar jadi penderhaka pula. Cukuplah calun-calun PKR yang melakukannya.

Kalau tidak ada yang mengenali calun-calun di atas, amat-amat di kesali. Sekali lagi membuktikan pemimpin UMNO tidak cukup lagi mendampingi rakyat.Dan amat di kesali juga, nama-nama tersebut tidak dapat di rujuk dari mana-mana web atau blog UMNO.

agbr47: Sukar juga nak kenal pemimpin sendiri.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!