Halaman

Wednesday, December 22, 2010

Nik Aziz bertaubat selepas kembali dari Mekah.


Di dalam Amanat beliau, Hadi Awang telah menyeru ahli-ahli PAS supaya menentang UMNO dan BN.
Saudara-saudara sekelian percayalah,
Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
Amanat Hadi Awang tersebut jelas menunjukkan bahawa parti PAS pernah menentang perlembagaan negara yang sedia ada kerana kononnya perlembagaan penjajah.
Ironinya, hari ini, Nik Aziz berkata sebaliknya pula! Di antara laporan berita itu :-
Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
“Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.
Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam. - seterusnya
Alahai.....macam itu pula pandangan Nik Aziz! Sangat berbeza dengan seruan Hadi Awang, Presiden PAS. Dan bukankah beliau dan kepimpinan parti pembangkang selama ini tidak bersetuju bahawa negara ini sudah negara Islam? Tak apalah.

Realitinya, kenyataan Nik Aziz itu juga sebenarnya telah mematah kritikan pencacai-pencacai parti pembangkang yang selama ini menghina kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa negara ini adalah negara Islam!


Kepimpinan DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang bingkas mengkritik dan menuduh Dr Mahathir “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia. Tatkala itu, tidak ada satu pun pemimpin PAS yang bersuara tanda setuju dengan kenyataan Dr Mahathir.

Tetapi sekarang, Nik Aziz telah memecah kebisuan kepimpinan parti PAS dengan mengatakan bahawa negara Malaysia hari ini memang negara Islam!

Dan tahniah patut diberikan kepada kerajaan UMNO dan BN hari ini kerana memperjuang serta mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara tatkala ada pihak yang menuduh bahawa doktrin negara itu adalah 'perlembagaan penjajah'!


Persoalan yang lain, jika Nik Aziz sendiri mengaku bahawa negara Malaysia adalah negara Islam yang sah, apa perlunya parti PAS lagi?

Perjuangan parti itu seperti tidak lagi signifikan jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz itu sendiri.

p/s : Karpal Singh akan mengkritik Nik Aziz sehebat beliau mengkritik Dr Mahathir atau tutup mulut sahaja?


Sumber:http://novandri.blogspot.com

agbr47: Mudah-mudah pengikut Nik Aziz redha dengan fatwa baru Nik Aziz

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!