Halaman

Wednesday, December 29, 2010

Pemuda PAS Kawal Keselamatan PRK Tenang.


PETALING JAYA: PAS Johor telah menyerahkan senarai pendek lima calon parti itu, bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kepada Jawatankuasa Syura PAS Pusat awal minggu ini.

Menurut sumber dari PAS Johor, senarai pendek lima calon terbabit telah diputuskan oleh PAS kawasan Labis dan mereka terdiri daripada anak tempatan dari golongan profesional daripada daerah Segamat dan juga AJK PAS Pusat.

Sementara itu, Khairul berkata PAS Johor sudah mula menggerakkan jentera pilihan raya kecil itu dengan membuat soal selidik tentang prestasi dan penerimaan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut selain menubuhkan bilik jentera minggu lalu untuk kenal pasti pemilih berdaftar.

Khairul yang turut dilantik sebagai timbalan pengarah jawatankuasa operasi pilihan raya kecil DUN Tenang berkata, Pemuda PAS Johor diberi tanggungjawab memastikan aspek keselamatan dikawal bagi mengelakkan sebarang kekecohan akibat provokasi semasa kempen antara penyokong Pakatan dan BN.

"Pemuda PAS dan pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat akan bekerjasama mengawal keselamatan bagi mengelakkan kekecohan semasa PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan berulang sekaligus memastikan kelancaran perjalanan semasa tempoh berkempen PRK Tenang nanti.

"Menjangkakan PRK ini PAS dan BN bersaing sengit, kami juga telah berjumpa dengan polis negeri dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat memohon kerjasama supaya memastikan suasana perjalanan PRK Tenang nanti dapat dikawal," katanya.

Sumber: freemalaysiatoday.com

Ulasan UMA: 
  1. UMA merasakan baguslah jika PAS telah melantik jawatankuasa operasi bagi mengawal keselamatan bagi mengelakkan kekecohan semasa tempoh berkempen kelak.
  2. Khairul kena kawal lah imosi penyokong-penyokong PAS yang selalunya bersikap fanatic terhadap parti dalam banyak hal. Maklomlah, sikap ahli Parti PAS yang menganggap PAS terlalu mulia jika di bandingkan dan parti-parti yang lain telah di semai begitu lama. Ini yang menyebabkan penyokong PAS boleh cakap apa sahaja kepada penyokong lawan sebaliknya tidak boleh menerima jawapan balas dari pehak lain.
  3. Gelihati juga UMA apabila Pemuda PAS telah berjumpa  dengan polis negeri dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat memohon kerjasama supaya memastikan suasana perjalanan PRK Tenang nanti dapat dikawal. UMA berpendapat itu dah tugas Polis. Tak perlu di arah atau di suruh. Yang buat kekecohan bukan Polis. Tak kira BN atau PAS yang memulakan kekecohan pehak Polis akan bertindak. Sepatutnya Polis yang mengingatkan parti yang bertanding supaya mengawal penyokong-penyokong mereka sendiri. Tapi ialah kerana PAS selalu membuat tuduhan Polis memihak BN dan pehak Polis sentiasa bersikap kasar kepada penyokong PAS. Sebab itu perasaan hurmat kepada Polis telah hilang.
  4. UMA yakin masyarakat di Johor sukar sehingga berlaku kekasaran saperti berlaku di tempat-tempat lain. Masyarakat di sini masih lagi mengamalkan budaya kampung. Kami boleh duduk dalam satu majlis tidak kira di surau, majlis perkahwinan, kematian atau majlis-majlis keramaian yang lain walaupun mempunyai fahaman politik yang berbedza. Kami mengamalkan sikap gotong-royong tak kiralah dari parti mana kami datang. Kami boleh bergurau senda dan bekerja dalam satu kumpulan. Dari itu kami amat menghurmati antara satu sama yang lain. Yang kami bimbang penyokong-penyokong dari luar yang membawa tabiat masing-masing ke Tenang kelak.
Khairul, sila kawal penyokong-penyokong PAS terutama yang di import dari luar supaya mereka tidak merosakkan budaya kami di sini. Begitu jugalah dengan pemimpin UMNO.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!