Halaman

Tuesday, December 28, 2010

Tiada malam untuk Khairy.

LABIS: UMNO Labis sudah mengemukakan cadangan beberapa nama calon untuk dipilih bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil 30 Januari ini.


Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, mengesahkan beliau sudah menerima senarai calon itu, tetapi enggan menyatakan nama itu.

Terdahulu Abdul Ghani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Tenang itu mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa UMNO dan parti komponen BN yang lain.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.

Abdul Ghani berkata, beliau akan mengemukakan senarai cadangan nama calon DUN Tenang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN untuk dipertimbangkan.

"Nama calon itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon. Saya yakin setiap ahli UMNO di Labis akan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan," katanya.
Abdul Ghani berkata, pihaknya juga akan menggerakkan semua 26 bahagian BN di negeri ini termasuk 50 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 25 Ahli Parlimen untuk membantu jentera pilihan raya kecil.

Beliau yakin BN boleh mempertahankan kerusi DUN Tenang dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan jumlah majoriti undi.

Sumber:Berita Harian Online

Ulasan UMA:
Kalau nak buat, buat awal YB Dato. DAP telah mula sejak awal hari kematian Allahyarham Datuk Sulaiman lagi. PAS dah mula memasuki felda untuk membawa isu "bonus kecil" kepada peneroka. Jangan cerita penat atau pancit. Yb ada 50 ahli DUN dan 25 ahli Parlimen. Kerah si Kitul tu. Awal-awal lagi dah nasihat pemuda supaya jangan terlalu laju pada awalnya sehingga akhirnya kita tidak cukup stimina pada penghujung kempen. Kalau ada program yang teratur tidak ada yang pancit. UMA, malu jadi pemuda yang seperti ini.

Isshh, Yb. Mari saya bisik pada YB. Kalau YB nak tidur malam sepanjang masa kempen saya ada satu petua. Yang lain Khairy akan buat. Dia akan kerah askar dia siang dan malam. Cakap semalam tu dia ugut aje. YB pilih orang kuat dia. Hj Din tu memang kem KJ. Nanti dia bawak 1 Malaysia askar dia ke Labis. Namawee boleh tolong pujuk Cina. Yb goyang kaki aje. YB-YB DUN tu pun bukan boleh harap sangat. Semuanya dah tua.

1 comment:

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!