Halaman

Wednesday, December 22, 2010

umnojohor.blogspot:: Jangkaan Calon Dun Tenang

Calon Umno

1. Hj Rosdin Mahmod - berasal dari Negeri Sembilan dan kini memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis sejak pemilihan yang lalu. Pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Bahagian semasa era Pak Lah dan menyokong kuat kepimpinan KJ. Berperwatakan sederhana dan merupakan seorang guru di sebuah sekolah rendah di kawasan Labis selama lebih 20 tahun menyebabkan beliau disenangi dan dihormati oleh penduduk setempat. Beliau aktif mengikuti misi kemanusiaan global bersama Datuk Azeez Rahim dan pernah menjawat jawatan Pengerusi Putera Umno Johor semasa Datuk Azeez menjaga biro tersebut di peringkat pusat.

2. Haslinda Salleh - merupakan anak tempatan dan bekas Ketua Puteri Umno Bahagian. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja Puteri Umno Pusat di era Datuk Noraini Ahmad dan kini menjawat jawatan Ketua Wanita bahagian Labis setelah menang pada pemilihan yang lalu. Beliau merupakan seorang usahawan makanan yang beroperasi di kawasan Labis. Berperwatakan baik, mudah mesra dan sanggup membantu penduduk yang memerlukan pertolongan.

Calon PAS

1. Mohd Saim Sirat - merupakan calon PAS di Dun Tenang sejak beberapa pilihanraya. Beliau merupakan seorang pekebun dan pengedar LPG di kawasan Labis. Berbanding kekalahan beliau pada PRU 2004 lebih 5000 undi majoriti, pada PRU 2008 beliau hanya kalah dengan perbezaan 2492 undi sahaja. PAS dijangka mengekalkan beliau sebagai calon untuk PRK ini memandangkan status beliau sebagai anak tempatan yang boleh menjamin sebahagian sokongan.


umnojohor.blogspot: Jangkaan Calon Dun Tenang:

6 comments:

  1. SALAM

    SAYA ANAK JATI LABIS. APA YG KAMI MAHUKAN IALAH ANAK JATI LABIS YG MENERAJUI DUN TENANG. CUKUPLA ORG NEGERI LAIN YG JADI WAKIL KAMI,MEREKA XPAHAM MASALAH KAMI...

    zera yatt

    ReplyDelete
  2. zera, dari kaca mata orang Labis, ada pemimpin yang berkaliber yang layak di ketengahkan? Bagaimana dengan perbualan umum, ada nama yang di sebut-sebut.

    agbr47: Belum tahu pemimpin pusat tahu isi hati rakyat Labis.

    ReplyDelete
  3. salam

    ade pemimpin yg dicadangkan,malangnye beliau sayang nak tinggalkan jawatan kerajaan skrg. ade beberapa nama dah disenaraikan tp saya tak dpt nak compom kan.takut mengganggu proses dieorg nnti.cume apa yg saya harapkan biarlah org labis sendiri.yg mmg benar2arif mengenai labis ini. rata2 org yg saya jumpe mahukan pemimpin seperti ADUN sebelum Datuk Sulaiman, YB Senator Ibrahim Daud.bukan kerana ikatan persaudaraan, tp sbb saya mengikuti beliau dr saya kecil sehingga la beliau pergi.saya rasa rata2 org labis mahukan pemimpin yg bersih,bebas rasuah.ini apa yg saya lihat pada arwah YB Ibrahim...itu org yg benar2 kami mahu kan.

    zera yatt

    ReplyDelete
  4. bukan saya kata Datuk Sulaiman tak bagus,cume saya kurang mengenali beliau n tak sempat.mungkin kalau berjumpe die cuma tahu saya anak siapa.itu sahaja...maaf kalau ade yg terasa yer

    zera yatt

    ReplyDelete
  5. zera,
    Mari kita sama-sama lanyak fauckatan dan bantu BN. Sikit-sikit salah faham kita ketepikan dahulu. Utamakan masa depan anak cucu kita. Mereka boleh berpati asalkan jangan sampai memerintah negara ini. Hancur bangsa dan agama.

    sila bagi saya contact no, email dan blog yang boleh kita saling membantu.

    UMA

    ReplyDelete
  6. UMA

    mmg kite yg bersungguh2 nak lanyak pakatan.masalah yg saya tgk,kebanyakan rakan sebaya saya sndri yg menyokong pakatan.ada juga saya suarakan bende2 ni, n apa yg boleh kite buat yakinkan mereka untuk menyokong barisan.mudah untuk saya kata. mereka seperti kacang lupakan kulit.lupe perjuangan atok nenek menghidupkan labis untuk anak bangsa...

    nnti saya send dlm emel

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!