Halaman

Friday, December 31, 2010

Harimau Malaya tidak sekadar Haiwan!!!

Di laporkan di Bernama, Persatuan belia di Sabah yang tersinggung dengan nama pasukan bola sepak kita dengan nama Harimau Malaya.Kenapa tidak Harimau Malaysia. Pasukan itu tidak mewakili semenanjung tetapi negara kita Malaysia.

Sebenarnya, Harimau Malaya adalah lambang keberanian pasukan tentera kita menentang komunis koumintang. Pasukan ini di panggil Harimau Malaya. Di antara pejuang kita yang bermati-matian di dalam perjuangan tersebut ialah Lt Adnan.

Sepatutnya orang yang benci nama Harimau Malaya ia DAP?. Sabah tidak ada kena mengena dengan perjuangan tentera Melayu tersebut.. He...He...

Sila lihat link ini untuk mendapatkan sedikit gambaran sejarah berhubung dengan Harimau Malaya. Bermula dari situ Harimau Malaya menjadi sebutan dan perumpamaan.

agbr47: Pertahankan sejarah kita.

Thursday, December 30, 2010

Sultan dan Raja Sama Dungu Dengan Orang Kampung?

UMA tidak kira samada "Flying Kick blog" (FKB) marah UMA atau tidak kerana "FKB" telah mengistharkan sokongan kepada "Mahfuz Dungu, YB yang paling dunggu" dalam sejarah negara. Mahfuz telah meletakkan Sultan dan Raja-Raja Melayu sama dungu dengan dia. Mahfuz menuduh tindak tanduk Sultan dan Raja-Raja Melayu di cucuk hidung akibat di perdaya oleh UMNO. Haprak News. "FKB"  perlu bertaubat!

Apakah Mahfuz fikir bahawa Sultan dan Raja-Raja Melayu semuanya tidak lulus SRP macam dia? Sultan-sultan dan Raja-Raja Melayu yang Mahfuz maksudkan, ada yang  pernah memeggang jawatan hakim-hakim atau pentadbir dalam negara ini. Sultan bukan duduk di kampong hulu yang tidak terdedah dengan maklumat luar. Orang kampung sekarang pun ramai yang dah boleh acess ke internet. Sultan dan Raja-Raja Melayu melihat sendiri dan dapat menilai dengan wajar apa yang berlaku dalam negara dan negeri di bawah perintah baginda tanpa perlu di perdayakan.

Mahfuz juga menuduh UMNO mengadai bangsa dan agama. Mahfuz yang tidak reti membaca dan bertelinga tuli masih lagi menuduh, "Antara kemuncak pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu, kata beliau lagi, ialah apabila kerajaan Najib kini mengambil firma Yahudi Zionis, Apco Worldwide, sebagai penasihat dan pemberi petunjuk kepadanya."

Mahfuz menegaskan, pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.

Menurut beliau, pihaknya akan mendedahkan kepada seluruh rakyat bahawa Umno sering dibuktikan menggadai kepentingan bangsa sendiri semata-mata mahu menjaga kepentingannya.

agbr47: Kami di PRK Tenang menanti kehadiran kempen Mahfuz berhubung penjelasan tersebut.

Wednesday, December 29, 2010

Menteri Rogol Patut Letak Jawatan

Membaca Blog Ipoh Malay, terjawab misteri selama ini. Kalau kita sentiasa menemplak Nik Aziz kerana memaafkan perbuatan-perbuatan terkutuk oleh Adun mereka, kita juga tidak boleh terima ia berlaku dalam BN. Sepatutnya yang buat dah tahu kesalahan mereka. Kenapa nak tunggu satu negara riuh baru bertindak. Perbuatan menteri itu juga telah mencemar nama baik negara. Malahan menimbulkan kemarahan rakyat di negara Indonesia yang juga boleh menimbulkan masalah keselamatan rakyat kita di sana.

sumber: ipohmalay.blogspot.com   Jakarta Post

agbr47: Tun M yang cerdik. "Berundur masa orang masih sayang".

Petua- Petua Mudah Mengenal Nik Aziz bercakap benar!

Petua-petua mudah untuk mengenal Nik Aziz bercakap benar:
  • Celako, Celako, Celako : Kalau Nik Aziz menyumpah seranah dengan isu yang berkaitan dengan isu yang di tujukan kepada beliau ini bermakna Nik Aziz bercakap benar bahawa dia tidak menerima isu-isu yang di lemparkan kepadanya. - Doa azab
  • Aku tak halalkan dunia akhirat siapa yang kata aku mati: Kalau nik Aziz tidak mahu memaafkan dunia akhirat, Nik Aziz bercakap benar yang dia belum mati. -Tidak mengampunkan dosa
  • Aku doakan biar pecah perut dia. Nik Aziz bercakap benar yang dia marah kerana kerajaan Pusat tidak mengkayakan kroni Nik Aziz di Kelantan. -Doa azab
  • PAS akan menghantar ahli PAS mendoakan di hadapan kabah supaya perut PM pecah: Nik Aziz bercakap benar berdoa di hadapan kabah. Nik Aziz telah berdoa pada musim haji tahun ini. -Doa azab
  • Mereka ini tahu dosa ke menulis fitnah - Nik Aziz tidak bercakap benar dan cuba menyembunyi sebahagian makulumat saperti dalam isu ADUN Selising- Bercakap secara umum.
  • Tuhan juga mencarut: Nik Aziz tidak bercakap benar dan memutar belitkan agama untuk mempertahankan diri. Berdalih mengunakan alasan agama.
  • Tuhan juga ganster: Nik Aziz tidak bercakap benar bagi mempertahankan gansterism ahli-ahli PAS. Berdalih mengunakan alasan agama.
agbr47: Kesimpulannya jika Nik Aziz memaki hamun dan berdoa atau tidak mengampunkan dosa, Nik Aziz bercakap benar dari lubuk hati beliau.

Jika Nik Aziz memberi alasan agama menghalalkan cara atau bercakap secara umum, ini bermakna Nik Aziz tidak telus dalam memberikan kenyataan beliau. 

Penduduk di Tenang hati-hati apabila mendengar ceramah Nik Aziz kelak.

Wallahu'alam.

Pemuda PAS Kawal Keselamatan PRK Tenang.


PETALING JAYA: PAS Johor telah menyerahkan senarai pendek lima calon parti itu, bagi menghadapi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, kepada Jawatankuasa Syura PAS Pusat awal minggu ini.

Menurut sumber dari PAS Johor, senarai pendek lima calon terbabit telah diputuskan oleh PAS kawasan Labis dan mereka terdiri daripada anak tempatan dari golongan profesional daripada daerah Segamat dan juga AJK PAS Pusat.

Sementara itu, Khairul berkata PAS Johor sudah mula menggerakkan jentera pilihan raya kecil itu dengan membuat soal selidik tentang prestasi dan penerimaan Pakatan Rakyat di kawasan tersebut selain menubuhkan bilik jentera minggu lalu untuk kenal pasti pemilih berdaftar.

Khairul yang turut dilantik sebagai timbalan pengarah jawatankuasa operasi pilihan raya kecil DUN Tenang berkata, Pemuda PAS Johor diberi tanggungjawab memastikan aspek keselamatan dikawal bagi mengelakkan sebarang kekecohan akibat provokasi semasa kempen antara penyokong Pakatan dan BN.

"Pemuda PAS dan pemuda daripada parti lain dalam Pakatan Rakyat akan bekerjasama mengawal keselamatan bagi mengelakkan kekecohan semasa PRK Bagan Pinang di Negeri Sembilan berulang sekaligus memastikan kelancaran perjalanan semasa tempoh berkempen PRK Tenang nanti.

"Menjangkakan PRK ini PAS dan BN bersaing sengit, kami juga telah berjumpa dengan polis negeri dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat memohon kerjasama supaya memastikan suasana perjalanan PRK Tenang nanti dapat dikawal," katanya.

Sumber: freemalaysiatoday.com

Ulasan UMA: 
  1. UMA merasakan baguslah jika PAS telah melantik jawatankuasa operasi bagi mengawal keselamatan bagi mengelakkan kekecohan semasa tempoh berkempen kelak.
  2. Khairul kena kawal lah imosi penyokong-penyokong PAS yang selalunya bersikap fanatic terhadap parti dalam banyak hal. Maklomlah, sikap ahli Parti PAS yang menganggap PAS terlalu mulia jika di bandingkan dan parti-parti yang lain telah di semai begitu lama. Ini yang menyebabkan penyokong PAS boleh cakap apa sahaja kepada penyokong lawan sebaliknya tidak boleh menerima jawapan balas dari pehak lain.
  3. Gelihati juga UMA apabila Pemuda PAS telah berjumpa  dengan polis negeri dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat memohon kerjasama supaya memastikan suasana perjalanan PRK Tenang nanti dapat dikawal. UMA berpendapat itu dah tugas Polis. Tak perlu di arah atau di suruh. Yang buat kekecohan bukan Polis. Tak kira BN atau PAS yang memulakan kekecohan pehak Polis akan bertindak. Sepatutnya Polis yang mengingatkan parti yang bertanding supaya mengawal penyokong-penyokong mereka sendiri. Tapi ialah kerana PAS selalu membuat tuduhan Polis memihak BN dan pehak Polis sentiasa bersikap kasar kepada penyokong PAS. Sebab itu perasaan hurmat kepada Polis telah hilang.
  4. UMA yakin masyarakat di Johor sukar sehingga berlaku kekasaran saperti berlaku di tempat-tempat lain. Masyarakat di sini masih lagi mengamalkan budaya kampung. Kami boleh duduk dalam satu majlis tidak kira di surau, majlis perkahwinan, kematian atau majlis-majlis keramaian yang lain walaupun mempunyai fahaman politik yang berbedza. Kami mengamalkan sikap gotong-royong tak kiralah dari parti mana kami datang. Kami boleh bergurau senda dan bekerja dalam satu kumpulan. Dari itu kami amat menghurmati antara satu sama yang lain. Yang kami bimbang penyokong-penyokong dari luar yang membawa tabiat masing-masing ke Tenang kelak.
Khairul, sila kawal penyokong-penyokong PAS terutama yang di import dari luar supaya mereka tidak merosakkan budaya kami di sini. Begitu jugalah dengan pemimpin UMNO.

Tuesday, December 28, 2010

Jom ke Tenang, Labis

Pantun orang Asli ketika mereka membuka kampong Tenang, Labis.
" Ngilir Tenang Mudik Juaseh,
     Singah Teluk Ngetam Papan,
     Hati Terkenang Budi Yang Kasih,
     Nasi Senduk Tidak Termakan


Rujukan: Segamat, Sejarah & Mitos

Banjaran Gunung Tenang 
Sejarah Pembukaan Labis
Labis dahulunya adalah gabungan 
beberapa buah kampung melayu di 
antaranya Kampung Paya Merah, 
Kampung Tenang dan Kampung 
Sg Gatom. Penduduk bersawah 
padi untuk mendapatkan beras 
sebagai sumber makanan utama 
disamping ternakan ayam dan 
itik kampung Terdapat sebuah 
ladang getah yang dibuka 
oleh penjajah Inggeris dikenali 
sebagai North Labis Estate dan 
beberapa di sekitar Labis dan 
ladang Kelapa Sawit di 
Chaah telah membawa kepada 
kemasukan kaum India sebagai 
buruh di ladang.

Bandar Labis, pekan Chaah 

dan Bekok pula suatu masa 
dahulu adalah kawasan penempatan 
semula kaum cina semasa
berlaku darurat, di mana kerajaan membina rumah-rumah tersusun untuk menempatkan  
dari kawasan pendalaman dan hutan dari diburu atau dipengaruhi pengganas komunis 
pada masa itu. Dan ia semakin berkembang.

Asal Usul Nama Labis
Kononnya berpuluh-puluh tahun dahulu, Labis belum lagi dikenali sebagai nama 'Labis' sehinggalah 
menurut cerita orang tua-tua bahawa asal nama tempat ini adalah daripada perkataan 'labi-Iabi'.Pada 
masa itu kawasan Labis masih diliputi hutan tebal. Binatang-binatang liar masih berkeliaran dan 
di situ kawasan paya terdapat banyak labi-labi. Labi-labi ialah sejenis binatang yang mempunyai 
bentuk badan serupa dengan kura-kura dan tuntong.
Menurut cerita daripada orang-orang dahulu, kawasan yang menjadi tumpuan labi-labi ialah Sungai 
Paya Merah. Pada ketika itu, Sungai Paya Merah ini ditumbuhi sejenis rumput yang berupa seperti 
pokok tebu kecil setinggi tiga ela. Tetapi yang menghairankan, rumput ini hanya tumbuh di tepi 
sungai tanah paya itu dan tidak terdapat di tepi sungai lain. Jenis rumput ini telah menjadi makanan 
kegemaran labi-labi. Anehnya, apabila rumput ini hampir mati layu, ia akan bertukar menjadi warna 
merah. Selepas layu, ia akan terendam ke dalam sungai, warna merah yang ada pada tumbuhan ini 
akan meluntur keluar dan mewarnai air sungai menjadi merah seperti darah.daripada sinilah, 
orang kampung menamakan sungai itu sebagai Sungai Paya Merah dan kampung mereka sebagai 
Labi-labi..
Kira-kira pada kurun kesembilan belas, orang putih melawat Kampung Labi-labi. Mereka hairan 
dan terperanjat melihat banyak labi-labi merayap lalu bertanya akan nama binatang tersebut. 
Penduduk disitu pun menjawab, “Labi-labi tuan,” berulang kali. Tetapi pegawai orang putih 
itu menggelengkan kepala seolah-olah tidak faham.Kemudian, pegawai itu pun berfikir sejenak 
dan tersenyum, “Labis, oh these are Labis.” Pada pendapat orang putih kata jamak perkataan 
labi-labi dalam Bahasa Inggeris dikenali sebagai Labis. Maka, nama Labi-labi yang digunakan 
kemudian ditukarkan kepada Labis atas nasihat pegawai Inggeris itu.
Maka, orang ramai pun datang beramai-ramai membuka petempatan di sekitar paya itu. Sawah 
padi telah dibuka. ‘Rumput merah’ yang dikenali oleh penduduk kampung dibersihkan 
dan labi-labi yang banyak itu kehilangan sumber makanan utama. Selepas kejadian itu, bilangan 
labi-labi kian berkurangan. Akhirnya labi-labi tidak lagi kelihatan di Labis sehinggalah sekarang.
Kampung Tenang telah dibuka oleh Mohamad Ariffin Bin Allauddin atau juga dikenali sebagai 
Tok Tenang, pada awal abad ke-19 iaitu dalam tahun 1806 Masihi bersamaan 22 Ramadhan 
1221 Hijrah. Dari saat itu Kampung Tenang mula membangun mengikut peredaran masa.
Tenang telah ditadbirkan mengikut susunannya sendiri dimana Mohd Ariffin sebagai Ketua 
Pentadbir dan Ketua Agama. Keadaan ini berubah semasa pentadbiran anak Mohd. Ariffin 
iaitu Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin setelah setelah Perang Jementah berlaku pada tahun 
beliau berumur 117 tahun. Semasa pentadbiran Hj. Abu Bakar bin Mohd. Ariffin. Ketua 
Pentadbiran dipegang oleh beliau sendiri sementara Ketua Agama dipegang oleh abangnya 
iaitu Abu Hassan bin Mohd Ariffin.
Semasa Perang Jementah berlaku, Tenang menyebelahi Johor, menentang Segamat, Jementah 
dan Kesang. Setelah Segamat dan Jementah jatuh ke tangan Johor, Hj. Abu Bakar Bin Mohd. 
Ariffin telah dilantik oleh Maharaja Abu Bakar sebagai Penghulu Mukim Tenang/Juasseh. 
Hj. Abu Bakar tidak bersetuju dengan sikap Maharaja Abu Bakar dan telah melepaskan jawatannya 
sebagai penghulu Tenang/Juasseh kepada anak saudaranya iaitu Yaakob bin Abu Hassan. Semasa 
Dato Seri Amar Diraja Johor menjadi Menteri Besar Johor pemetaan Negeri Daerah dan Mukim dibuat 
semula. Mulai dari saat itu Mukim Tenang/Juasseh dikenali sebagai Mukim Labis.

Kedudukan Mukim Labis
Mukim Labis terletak ke selatan Daerah 
Segamat. Di bahagian utara bersempadan 
dengan Negeri Pahang, timur bersempadan 
dengan Mukim Bekok, barat pula 
bersempadan dengan Mukim Pogoh 
dan Mukim Sungai Segamat sementara 
di bahagian selatan pula bersempadan 
Mukim Chaah dan Mukim Bukit Kepong 
dalam Daerah Muar. Mukim Labis terletak 
dalam Daerah Kecil Labis dan Majlis Daerah 
Segamat Selatan Labis.

 Sumber:Majlis Daerah Labis

Tiada malam untuk Khairy.

LABIS: UMNO Labis sudah mengemukakan cadangan beberapa nama calon untuk dipilih bertanding mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pada pilihan raya kecil 30 Januari ini.


Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman, mengesahkan beliau sudah menerima senarai calon itu, tetapi enggan menyatakan nama itu.

Terdahulu Abdul Ghani yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor dan Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Tenang itu mengadakan perjumpaan dengan ahli jawatankuasa UMNO dan parti komponen BN yang lain.

Kerusi DUN Tenang kosong berikutan kematian Sulaiman, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember lalu.

Abdul Ghani berkata, beliau akan mengemukakan senarai cadangan nama calon DUN Tenang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN untuk dipertimbangkan.

"Nama calon itu akan diumumkan oleh Perdana Menteri beberapa hari sebelum tarikh penamaan calon. Saya yakin setiap ahli UMNO di Labis akan memberi sokongan kepada calon yang dikemukakan," katanya.
Abdul Ghani berkata, pihaknya juga akan menggerakkan semua 26 bahagian BN di negeri ini termasuk 50 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan 25 Ahli Parlimen untuk membantu jentera pilihan raya kecil.

Beliau yakin BN boleh mempertahankan kerusi DUN Tenang dan pada masa yang sama berusaha meningkatkan jumlah majoriti undi.

Sumber:Berita Harian Online

Ulasan UMA:
Kalau nak buat, buat awal YB Dato. DAP telah mula sejak awal hari kematian Allahyarham Datuk Sulaiman lagi. PAS dah mula memasuki felda untuk membawa isu "bonus kecil" kepada peneroka. Jangan cerita penat atau pancit. Yb ada 50 ahli DUN dan 25 ahli Parlimen. Kerah si Kitul tu. Awal-awal lagi dah nasihat pemuda supaya jangan terlalu laju pada awalnya sehingga akhirnya kita tidak cukup stimina pada penghujung kempen. Kalau ada program yang teratur tidak ada yang pancit. UMA, malu jadi pemuda yang seperti ini.

Isshh, Yb. Mari saya bisik pada YB. Kalau YB nak tidur malam sepanjang masa kempen saya ada satu petua. Yang lain Khairy akan buat. Dia akan kerah askar dia siang dan malam. Cakap semalam tu dia ugut aje. YB pilih orang kuat dia. Hj Din tu memang kem KJ. Nanti dia bawak 1 Malaysia askar dia ke Labis. Namawee boleh tolong pujuk Cina. Yb goyang kaki aje. YB-YB DUN tu pun bukan boleh harap sangat. Semuanya dah tua.

Latar belakang 4 calun popular UMNO

4 orang pemimpin yang di sebut-sebut di antara yang tersenarai di dalam pencalunan wakil BN dalam PRK Tenang.Mereka ialah
  1. Hashim Daud yang kini ahli jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Labis dan  (Tempatan)
  2. Jaim Yunus, bekas ketua penerangan bahagian. (Tempatan)
  3. Hj Rosdin Mahmod, Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis.(Negeri Sembilan)
  4. Haslinda Salleh, bekas Ketua Puteri Umno Bahagian (Tempatan)

    Jaim Yunus
    1. dalam pemilihan Umno tahun lalu mencabar Sulaiman untuk jawatan ketua bahagian tetapi kalah dengan 11 undi.
    2. Beliau berumur 54 tahun, seorang graduan dan bekas guru besar sekolah menengah di Labis.
    3. "Beliau aktif politik sejak dahulu lagi dan kerana itu mempunyai pengetahuan mendalam mengenai politik di Tenang.

    Hashim Daud
    1. berumur dalam lingkungan 60-an
    2. bekas guru besar sekolah menengah di Labis.
    3. adik kepada senator Ibrahim Daud.
    Hj Rosdin Mahmod 
    1. berasal dari Negeri Sembilan 
    2. kini memegang jawatan Timbalan Ketua Umno Bahagian Labis sejak pemilihan yang lalu. 
    3. Pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda Bahagian semasa era Pak Lah 
    4. menyokong kuat kepimpinan KJ. 
    5. seorang guru di sebuah sekolah rendah di kawasan Labis selama lebih 20 tahun menyebabkan beliau disenangi dan dihormati oleh penduduk setempat. 
    6. Beliau aktif mengikuti misi kemanusiaan global bersama Datuk Azeez Rahim dan 
    7. pernah menjawat jawatan Pengerusi Putera Umno Johor semasa Datuk Azeez menjaga biro tersebut di peringkat pusat.

    Haslinda Salleh
    1. bekas Ketua Puteri Umno Bahagian. 
    2. Beliau pernah menjawat jawatan Setiausaha Kerja Puteri Umno Pusat di era Datuk Noraini Ahmad
    3. kini menjawat jawatan Ketua Wanita bahagian Labis setelah menang pada pemilihan yang lalu.
    4. seorang usahawan makanan yang beroperasi di kawasan Labis.


    Sumber :http://freemalaysiatoday.com; http://umnojohor.blogspot.com

    agbr47: Semoga berjaya.

    12 DALIL UCAPAN ANWAR YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM !


    sebarkan 12 dalil utama ucapan anwar yang ternyata bercanggah dengan kehendak islam.

    12 Dalil kesalahan-kesalahan Anwar yang dikupas oleh Dr. Muhammad Uthman El-Muhammady adalah seperti berikut :

    1. Persoalan Ekslusif Agama (Religious Exclusivism) – hanya satu agama sahaja yang benar, manakala agama lain adalah salah.

    Anwar Ibrahim : Golongan-golongan agama tertentu yang menganggap hanya satu ajaran asasi tertentu (fundamental doctrines) sahaja yang membawa ke jalan keselamatan/syurga (salvation) adalah pandangan yang silap dan tertutup. Agama-agama lain juga benar. Maka Pluralisme Agama adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengelakkan perpecahan tersebut.

    Uthman El-Muhammady : Pluralisme yang mengajar penganutnya tentang tidak ada kebenaran mutlak dan tidak ada ajaran asasi yang menjamin keselamatan/kebahagian/syurga, tidak boleh diterima, malah ditolak dalam agama Islam. Sekiranya diterima anjuran Pluralisme itu maka tiada ertinya firman-firman Al Quran yang menyebut bahawa ia datang membawa al-haq (kebenaran) dan dengan itu kebatilan akan hilang.

    2. Persoalan Pendapat Ahli Sufi Jelaluddin al-Rumi

    Anwar Ibrahim : Pluralisme Agama dianjurkan sejak dari abad ke-13 lagi. Buktinya kata-kata oleh penyair sufi, Jelaluddin al-Rumi yang menyebut; “Lampu-lampunya berlainan, tetapi Cahaya itu sama, ia datang dari seberang sana; kalau anda terus menerus melihat pada lampu, kamu tersesat; kerana dari sana timbul rupa lahir pada bilangan dan kemajmukan”(The lamps are different but the Light is the same, it comes from Beyond; If thou keep looking at the lamp, thou art lost; for thence arises the appearance of number and plurality).

    Uthman El-Muhammady : Pandangan ini tidak benar kerana Jelaluddin al-Rumi adalah seorang Muslim, Sunni, bermazhab Hanafi yang bersyair dalam konteks kerangka Islam dan bukannya di luar konteks Islam. Bukannya antara agama Islam dengan agama-agama lain. Tentang simbolik ‘cahaya’ dan ‘lampu’ itu perlu dilihat dari segi amalannya sebagai seorang sufi yang bersyair dalam kerangka Islam. Ia berbicara tentang manusia yang perlu ‘menyeberangi’ sebelah sana bentuk rupa dalam syariat, menuju ke alam hakikat. Namun begitu, mesti berpegang kepada syariat dan bukan meninggalkannya.

    3. Persoalan Konsep Agama Adalah Universal 

    Anwar Ibrahim : Semua agama mempunyai pertanyaan yang sama iaitu dari mana datangnya manusia? Apa matlamat hidupnya? Apa yang berlaku bila ia meninggal dunia? yang bermaksud persamaan universal (universal concepts) antara semua agama untuk mencari kebenaran, keadilan dan sifat keunggulan.

    Uthman El-Muhammady : Konsep ini berlawanan dengan anjuran Al Quran. Kebenaran Islam adalah satu. Yang benar adalah apa yang Allah utuskan kepada Nabi dan Rasul terakhir, Nabi Muhammad SAW.


    4. Persoalan Pendapat Dante, Penyair Kristian abad ke-14

    Anwar Ibrahim – Dante, penyair Kristian di Itali pada abad ke-14 menganjurkan untuk mencapai kebahagian di dunia dan akhirat bukan semata-mata dengan ‘Kuasa’ tetapi juga dengan ‘Akal’. Visi Dante ini sama dan boleh dihubungan dengan visi tokoh-tokoh Islam termasuk al Farabi dan Ibn Rush :

    Uthman El-Muhammady : Dante tidak menganjurkan pluralisme agama. Beliau hanya menerima agamanya (Kristian) dan menolak agama lain. Dalam epik puisi ‘The Divine Comedy’, karya Dante, beliau meletakkan Nabi Muhammad SAW dan Saidina Ali rd ke dalam neraka. Dalam ajaran Islam, setelah turunnya al Quran maka mansuhlah semua sistem kepercayaan lain, dan ajaran Quran adalah universal. Dalam Islam, ‘Akal’ semata-mata bukan penentu kepada kesejahteraan tetapi juga bergantung kepada kepercayaan ‘Wahyu’ dan ‘Syariat’. Sebab itu al Farabi dan Ibn Rush tidak bergantung kepada ‘Akal’ tetapi beriman kepada ‘Wahyu’ Al Quran dan Syariat Nabi Muhammad SAW.

    5. Persoalan Konsep Kebebasan Beragama VS Pluralisme Agama

    Anwar Ibrahim : Pada hari ini wujud kebebasan beragama (freedom of religion) tetapi mengenepikan Pluralisme Agama (Religious Pluralism) yang sepatutnya kedua-duanya diperteguhkan sebagai konsep kebebasan di negara-negara yang mengamalkan demokrasi. Memihak kepada satu agama dan mengenepikan agama-agama lain adalah bertentangan dengan semangat Pluralisme Agama. Perkara ini lebih ketara di Timur Tengah dan Asia Tenggara.

    Uthman El-Muhammady : Jika negara-negara Islam, adalah wajar kerajaannya berpihak kepada Islam dan memelihara syariat-syariatnya. Dalam Islam, kerajaan tidak boleh menganggap bahawa tidak ada kebenaran yang mutlak, kerana kebenaran itu tetap ada, dan negara itu mesti berpegang kepada kebenaran tersebut. Sebab itu, al-Mawardi di Baghdad pada zamannya memastikan pihak kerajaan memperbetulkan kesilapan-kesilapan orang ramai apabila berlaku penyelewengan akidah ajaran Islam. Tetapi pihak kerajaan tidak boleh menganiayai pihak yang bukan Islam, mereka tetap diberi hak untuk mengamalkan agama mereka.

    6. Persoalan Firman Allah, ‘Tidak Ada Paksaan Dalam Agama’

    Anwar Ibrahim : Al Quran sendiri menganjurkan Pluralisme Agama seperti dalam firman ‘tidak ada paksaan dalam agama’, maka mestilah perbuatan memaksakan kepercayaan seseorang ke atas orang lain bukan bersifat Islamik. Jika ayat ini ditolak maka kenyataan Al Quran itu tidak mempunyai apa-apa erti.

    Uthman El-Muhammady :Tidak ada paksaan dalam agama’ (2:256) dalam Islam bermaksud bahawa umat Islam tidak boleh memaksa bukan Islam supaya memeluk Islam. Ia terletak pada pilihannya. Tetapi apabila seseorang itu sudah Islam maka ia tertakluk kepada undang-undang Islam, termasuk berkenaan larangan murtad daripada agama Islam. Kita tidak menafsir kebebasan beragama itu bermakna kebebasan untuk murtad bagi orang Islam.
    Maka umat Islam tidak seharusnya mengikuti falsafah lain tentang kebebasan manusia dan agama apabila falsafah itu sendiri bercanggah dengan Quran. Dalam Islam ‘freedom of conscience’ (kebebasan jiwa) bukannya kebebasan ala Barat tetapi harus tunduk dengan akidah dan syarak Islam.

    7. Persoalan Konsep Menuju Kepada Yang Satu

    Anwar Ibrahim : Guru Granth Sahib, Kitab Agama Sikh memberitahu kepada semua manusia bahawa seseorang yang mampu melihat semua jalan-jalan kerohanian (spiritual paths) akan membawa kepada Yang Satu dan akan menjadi bebas merdeka tetapi orang yang menyatakan kepalsuan akan turun ke dalam api neraka dan terbakar di dalamnya. Orang yang berbahagia ialah orang yang disucikan dan mereka akan berterusan tenggelam dalam nikmat Kebenaran.

    Uthman El-Muhammady : Dalam Islam konsep ‘Menuju Kepada Yang Satu’ perlu dilihat dalam konteks Quran. Tentang sistem kepercayaan lain yang menyebut semua jalan membawa kepada Yang Satu, kalau Yang Satu itu membawa kepada kekaburan, itu akan mengundang masalah. Penyembahan Berhala bukan Yang Satu, Penyembahan Tuhan yang bukan secara tauhid juga bukannya Yang Satu, begitu juga kepercayaan tentang sesuatu kuasa ghaib yang kabur, mengatasi yang lain, juga bukan Yang Satu dalam Al Quran.

    8. Persoalan Semua Kepercayaan Agama Adalah Sama

    Anwar Ibrahim : Apa juga agamanya, sama ada Islam, Kristian, Sikh, Hindu serta yang lain, saya percaya bahawa kebenaran-kebenaran yang paling tinggi (higher truths) akan mengatasi amalan- amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth): bahawa dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali.

    Uthman El-Muhammady : kebenaran-kebenaran yang tertinggi (higher truths) yang mengatasi amalan-amalan semata-mata (mere practice) dan semua ibadatnya berpusat kepada kebenaran yang satu itu (singular truth) juga perlu dilihat dalam konteks Al Quran. Apabila diturunnya Al Quran, maka terputuslah kebenaran agama-agama lain (‘muhaiminan ‘alaih). Menurut Islam tidak ada yang benar, melainkan ajaran al-Quran.

    9. Persoalan Perintah- Perintah Eksklusif (Exclusivist Claims) 

    Anwar Ibrahim : Hari ini, terdapat pemimpin-pemimpin agama-agama dunia tertentu yang terus menerus membuat Perintah-Perintah Eksklusif (exclusivist claims) tentang mereka memiliki kebenaran yang kekal abadi berbanding dengan penerimaan perkara-perkara yang disepakati bersama (commonality) yang mampu menghubungkan semua manusia. Kalaulah kita menerima hakikat bahawa memang terdapat kepelbagaian, maka Pluralisme Agama adalah jawapannya kerana mampu menyatukan. Itulah jalannya untuk membawa keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada perang kepada damai, daripada kebencian dan kejahatan kepada kasih-sayang dan kebaikan.

    Uthman El-Muhammady : Adalah janggal sekiranya umat Islam menerima Bible dan kitab-kitab lain selain Al Quran sebagai ‘wahyu’. Teori John Hick yang mengatakan hanya Pluralisme Agama yang membawa kebahagian dan syurga tidak akan mempengaruhi umat Islam yang setia dengan wahyu Al Quran.

    10. Persoalan Konsep Kebebasan

    Anwar Ibrahim : kaum muslimin masih lagi berterusan berprejudis; menolak nilai kebebasan bersuara (free speech), kebebasan media (free press), demokrasi, dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience). Mereka memandang budaya Pluralisme Agama sebagai satu bentuk konspirasi teragung oleh ‘pihak lain’, terutamanya Kristian, untuk mengembangkan ajarannya dan menjadikan muslimin memeluk agama Kristian. Pluralisme juga dilihat sebagai jerat untuk menyeluduk masuk demokrasi ala Barat melalui pintu belakang.

    Tetapi sebenarnya ini merupakan suatu penyelewengan apabila dilihat menurut perlaksanaan hukum Islam. Di luar daripada kepentingan polisi awam, memang tidak ada kewajipan agama untuk orang Islam mengenakan undang-undang dan nilai-nilai umat Islam ke atas seluruh masyarakat.

    Dari segi ideologi, sikap beku dalam pemikiran (rigidity) masih berupa penghalang kepada kemajuan dan islah. Muslimin hendaklah membebaskan diri daripada amalan-amalan lama menggunakan klise dan menjaja-jajanya (cliche-mongering) serta mengenakan label-label kepada orang, dan bergerak melewati kepentingan-kepentingan kelompok yang sempit. Penemuan semula garapan terhadap pluralisme yang asal dalam Islam sangat-sangat diperlukan.

    Uthman El-Muhammady : Tentang pengamatan demikian ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Antaranya ialah nilai-nilai kebebasan bersuara, kebebasan media dan yang sepertinya tentang demokrasi dan kebebasan hati naluri (freedom of conscience), pada muslimin adalah perkara-perkara yang mesti tunduk kepada orientasi Syara’: Kalau kebebasan itu tidak bertentangan dengan Syara’, maka kebebasan itu dialu-alukan, tetapi sekiranya kebebasan itu bertentangan dengan Syara’ maka ia perlu dijauhi.

    Sudah tentu bagi Muslimin, Syara’ mengatasi bahan pemikiran para pemikir semata-mata. Kalau diletakkan pemikiran-pemikiran dari para pemikir mengatasi Syara’ dan ijma’, itu adalah malapetaka intelektual dan rohaniah. Pihak yang berbicara tentang nilai kebebasan manusia sejagat perlu juga menghormati manusia beragama dalam mengamalkan agamanya dan bukannyahendak membatalkan amalan pihak lain dan mempromosikan haknya semata-mata. Itu pun bercanggah dengan nilai hak-hak asasi manusia.

    11. Persoalan Syariat Islam

    Anwar Ibrahim : Syariat itu bukannya hanya tertulis di atas batu, dan ia mengalami evolusi (perubahan) secara dinamik. Demi untuk mempertahankan moderat, maka unsur utama dalam metodologi Islam mesti dipandang dalam perspektif yang menyeluruh (holistic) yang akan menjadi lebih menarik, mengikut kaedah yang bersifat universal dan kekal abadi.

    Dikatakan bahawa pluralisme dalam dunia yang terbahagi-bahagi ini akan menambah lagi perpecahan kepuakan yang membawa pula kepada suara yang diulang-ulang tentang ‘pertembungan tamadun’ yang telah dan masih meletihkan yang seperti ianya sama dengan pukulan ‘gendang purba’ itu. Bagaimanapun, sebagaimana yang dinyatakan oleh Eliot: Sejarah boleh berupa sebagai perhambaan, sejarah boleh pula berupa sebagai kebebasan.

    Oleh itu, kita mesti membebas diri kita daripada penipuan konsep tentang pertembungan tamadun dan menumpukan semula perhatian kita kepada pertembungan yang menggelegak (bahaya) dalam umat Islam itu sendiri. Kita boleh melihat suatu pertembungan yang lebih merbahaya dan membimbangkan yang berlaku dalam tamadun yang sama(Islam), antara yang lama dan baharu (the old and the new), yang lemah dan kuat (the weak and the strong), moderat (liberal) dan fundamentalist (the moderates and the fundamentalists), dan antara modernis dan traditionalis (the modernists and the traditionalists).

    Turki dan Indonesia dengan terang sedang merintis jalan demokrasi bagi umat Islam untuk ikutan mereka. Kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah yang segera akan berlaku juga berupa suatu kenyataan yang jelas tentang tahap demokrasi liberal dapat dicapai, walaupun, sayangnya, hambatan-hambatan yang dibentangkan di hadapannya oleh setengah negara-negara ahli itu sangat nyata memberi isyarat tentang Islamophobia yang ada. Di Asia Tenggara, Indonesia sudahpun mencapai garis penyudah [dalam amalan demokrasinya] manakala jiran-jirannya yang muslimin dalam negara masing-masing masih lagi terlekat dalam tahap permulaan jalannya. 

    Uthman El-Muhammady : Kita perlu melihat kenyataan ini dalam suluhan ajaran Islam tentang ada bahagian-bahagian Syara’ yang kekal dan ada yang berubah-ubah, dan bukan semuanya berubah-ubah. Akidah Ahli Sunnah tidak berubah; perincian-perincian Syara’ berkenaan dengan perkara-perkara baru yang tidak ada dalam nas secara terang-nyata dari fatwa-fatwa zaman berzaman boleh berubah. Tetapi kalau perubahan itu melibatkan seperti menghalalkan persetubuhan haram, judi, zina, menghalalkan yang haram dalam ijma’, kerana terpengaruh dengan ‘penemuan-penemuan’ para pemikir, ini tidak dibolehkan.

    12. Persoalan Jihad

    Anwar Ibrahim : Hari ini jihad dilaungkan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengesahkan perbuatan-perbuatan keganasan dalam pelbagai bentuk dan rupanya, tetapi akhirnya menjadi kabur antara garis jihad dan keganasan. Mujurlah adanya pentadbiran Obama, maka kita telah melihat sesetengah perubahan berbanding polisi Bush yang mengamalkan sifat percanggahan dan memilih bulu, dalam memerangi keganasan, dengan memberi sokongan kepada para autokrat (penguasa kuku besi) di dunia Islam di satu pihaknya, dan menjadi jaguh kebebasan dan demokrasi di satu pihak lain pula. Walaupun selepas lebih setahun semenjak pentadbirannya (Obama) itu, kita masih lagi menanti untuk melihat perubahan-perubahan yang penting (substantive) dalam isi (substance) polisi luar negara Amerika dalam hubungan dengan Dunia Islam.

    Uthman El-Muhammady : Kalau dalam suasana semasa ada penafsiran jihad yang tersasul dalam setengah umat Islam (kerana faktor-faktor sejarah yang mendesak dan tidak patut diremehkan) itu tidak boleh dijadikan dalil untuk penafsiran yang menyeluruh mewakili arus perdana umat Islam. Bagaimanapun, ini juga perlu dilihat dalam konteks pihak-pihak lepas, mahupun sekarang, memanipulasikan maklumat untuk kepentingan hegemoninya.

    Monday, December 27, 2010

    Kesilapan Mentafsir Msg. (Update)

    Msg yang saya terima dari Labis menyatakan bahawa senarai pendek calun yang di cadangkan untuk mewakili BN di PRK Tenang masih lagi 7 calun. Nama-nama tersebut telah di serah kepada Pengurus Pilihanraya BN di Dewan Paya Merah, Labis pada perjumpaan antara calun-calun dengan beliau pada pagi tadi. Kesilapan mentafsir message yang di hantar kepada saya dari sistem penghantaran ringkas menyebabkan saya melaporkan hanya 2 nama sahaja. Sekali lagi saya menerima dengan nama pendek calun-calun tersebut.Seorang lagi masih dalam process pengesahan dari sumber yang terdekat dengan jawatankuasa pemilihan.

    Saya harap penduduk Labis yang mengenali mereka ini dapat menghubungi saya untuk menyatakan latar belakang mereka sebagaimana alamat email yang tertera di halaman ini. Seorang dari mereka bakal menjadi wakil tuan/puan ke DUN nanti.
    1. Tn Hj Rosdin Mahmood (Tim Ketua UMNO Labis)
    2. Cikgu Hashim (Adik senator Ibrahim Daud)
    3. Haslinda Salleh (Bekas Ketua Puteri UMNO Bahagian).
    4. Jaim Yunus
    5. Jon
    6. Anak arwah Yb senator Ibrahim Daud
    7.  ????? (Teka)

    Bagi yang tercalun, tahniah. Kepimpinan tuan/puan menarik perhatian pemimpin setempat. Jika gagal jangan bertukar jadi penderhaka pula. Cukuplah calun-calun PKR yang melakukannya.

    Kalau tidak ada yang mengenali calun-calun di atas, amat-amat di kesali. Sekali lagi membuktikan pemimpin UMNO tidak cukup lagi mendampingi rakyat.Dan amat di kesali juga, nama-nama tersebut tidak dapat di rujuk dari mana-mana web atau blog UMNO.

    agbr47: Sukar juga nak kenal pemimpin sendiri.

    PAS masuk gear serang UMNO?

    Pesuruhjaya PAS negeri Trengganu, Dato' Harun Taib menegaskan kesedian PAS negeri untuk memasuki 'gear menyerang' dan bukan lagi mempertahankan diri. "Sebab itu slogan 'PAS Ganti UMNO' di perkenalkan bagi memberi penjelasan kepada rakyat agar memilih PAS". kata beliau yang di laporkan oleh akhbar Harakah Bil 1600 yang bertajuk "PAS Masuk gear menyerang"

    agbr47: Agaknya selama ini cuma bertahan? Ini memang helah orang bertahan. Dah tak tahan asakkan cuba menakut-nakutkan orang yang menghasak. Harapan supaya tekanan menjadi lemah. Cukuplah tu nak kelentong. Tenggok fael PAS ada ke sebenarnya PAS kuat sehingga saja memberi peluang UMNO mengasak? Sebenarnya, PAS memang lemah di Trengganu. Kejayaan PAS merampas kerajaan pada PRU10 hanya kerana perpecahan pemimpin dalam UMNO itu sahaja. Dalam keadaan Tsunami Politik pada pasca PRU12, PAS pula yang kalah.

    UMA cadangkan tukar aje slogan itu kepada "DAP ganti PAS". Sekarang ini pun PAS telah lama melacurkan prinsip perjuangan kepada DAP. Slogan ini lebih real kerana umum dah tau bahawa pengaruh PAS telah mula terhakis dek pelbagai fahaman perjuangan dalam parti  akibat dari pelacuran tersebut dan sentiasa di bawah telunjuk DAP.

    Rupanya ramai juga ulamak PAS yang sekumpulan dengan kebodohan Mahfuz.

    SPR Double Standard - Nasha

    Nasharuddin Mat Isa menuduh SPR double standard kerana menetapkan 22 dan 30 Januari depan iaitu hari cuti sebagai tarikh penamaan dan pengundian bagi Piliharaya Dun Tenang. SPR tidak konsisten kerana pada  PRK Galas, 4 Nov lalu di buat pada hari bekerja sehingga kerajaan Negeri Kelantan terpaksa mengumumkan itu sebagai hari bercuti. Tuduhan itu di buat dalam Harakah Bil 1600, bawah tajuk Tarikh PRK Dun Tenang: PAS bidas dolak-dalik SPR.

    Nasharuddin menambah, jika PRK berada dalam kawasan PR pengundian pada hari bekerja tetapi jika berada di dalam kawan BN pengundian pula berada dalam hari cuti.Kita kenal SPR ni. Dia ahli Parlimen Bachok.

    agbr47: Dah mula dah nak kata lantai tinggi rendah. Sekurang-kurangnya jika kaki terpelecok boleh salahkan lantai. Kalau cantik katakan pandai menari. Apa nak takut Nasha oii. Bukankah kedua-dua belah pehak juga menanggung masallah yang sama. Jangan khuatir, ada 7 ajen asing akan membantu PR nanti. Walau Pok Nik tak yakin, DAP dah cukup yakin dah.

    Benggang bila gagal membuat rujukan

    Malam tadi aku cuba membuat rujukan nama pemimpin UMNO negeri, bahagian dan cawangan. Melalui search engine aku cuba taip UMNO. Aku berharap akan ada Web UMNO yang boleh aku lakukan rujukan terhadap pemimpin UMNO negeri dan bahagian. Balek-balek UMNO online dan Pemuda online. Dulu ada web UMNO. Sekarang entah ke mana perginya.

    Sejak 2008 aku dan complain web UMNO kerana lambat di sebabkan gambar-gambar yang entah apa-apa di masukkan kedalam halaman tersebut. Aku bandingkan web tersebut dengan blog Anwar Ibrahim yang begitu cepat untuk acess kedalamnya.

    Kini web tersebut terus hilang. Yang tinggal UMNO online. UMNO online merupakan paparan berita dan sama aje dengan kita memasuki blog-blog yang lain. Pada Pemuda onlinenya pula, jika ada gambar Khairy juga slow semacam. Orang kampung mana ada computer canggih dan terkini?

    Sebaliknya aku cari melalui search engine perkataan pkr. Aku terus klik dan dengan pantas mencapai kepada halaman yang di kehendaki. Dari halaman tersebut boleh di lihat nama-nama pemimpin PKR seluruh negara.

    Dah aku agak. Dalam masa berkempen ini, pembekal maklumat akan mengunakan nama timang-timangan. Abang Jon. Siapa tu abang Jon? Aku bukan kenal pemimpin-pemimpin Labis. Jika ada sumber rujukan bolehlah kita cari berhubung dengan latar belakang mereka.

    UMNO oh UMNO...... Macam mana anak-anak nak kenal pemimpin-pemimpin mereka sendiri? Anak-anak lebih kenal pemimpin PKR dari pemimpin UMNO sedangkan mereka di bawah pemerintahan kerajaan BN. Sumber rujukan meudah untuk mengaseskan kepada maklumat mereka.

    Pemuda online pula tiada link ke UMNO online. Begitulah sebaliknya. Macam ada parti dalam parti. Sepatutnya UMNO-BN kehadapan dari parti pembangkang. Parti ini yang mengujudkan Cyber Jaya dan entah apa-apa lagi teknoloji tenggi.

    Melalui Agenda Daily blog, ada link ke negeri-negeri. Dari negeri akan di linkkan kepada wakil-wakil DUNnya pula. Ada wakil rakyat yang tidak membuat enteri sejak halaman itu di bena pada tahun 2008 lagi. Apa susah sangat oii Pak YB. Ikut macam nuar, suruh aje pembancuh kopi buatkan entri.

    Aku tak tahu kalau perkara yang di atas itu ujud. Tapi kalau aku tak boleh cari, memang dah tak betul.

    UMNO...oh....UMNO.

    Buku Jingga Gusarkan BN - Harakah

    Akhbar Harakah Bil 1600 di muka hadapan menyatakan bahawa BN gusar dengan Buku Jingga yang membawa janji-janji 100 hari pemerintah PR kelak. Akhbar tersebut berpendapat janji-janji tersebut realistik dan tidak memufliskan negara kerana  ia membabitkan peruntukan kecil berbanding ketirisan yang berlaku dalam pentadbiran BN.


    agbr47: Dalam sebuk kita memperkatakan PR takut dengan logo 1 Malaysia, dia copy cakap kita yang kita pula takutkan buku jingga dia. UMA berpendapat kita langsung tak takut kerana ianya memang tak boleh jadi.

    Kepada rakan-rakan, kita tenggok siapa yang takut. Dia bawak buku jingga kita bawa logo 1 Malaysia. Tenggok, siapa yang lari. DS tak mungkin nak haramkan buku jingga tu. Biar rakyat lihat pembohongan PR.

    2 Bilek Gerakan Piliharaya Labis di tutup.

    UMA mendapat pesanan sms memberitahu bahawa 2 Bilek Gerakan PAS di Labis di tutup berikutan sewa tiba-tiba naik mendadak. Informasi ini di kukuhkan lagi dengan berita dari akhbar harakah bil 1600 di bawah tajuk, "Sewa rumah di sekitar Dun Tenang naik mendadak".

    agbr47: Alah.. apa nak di risaukan sangat. Banyak ahli PAS akan bersedia meminjamkan rumah kediaman mereka di jadikan Bilek Gerakan. Kalau bini boleh pinjam, takkan rumah tak boleh.

    Dari 7 calun jadi 2 di Tenang.

    Dari sumber UMNO Labis telah menyenarai pendek dari 7 calun kepada 2. Dua nama ini akan di serahkan kepada Pengurus Piliharaya BN yang bermesyuarat di Dewan Paya Merah Labis, pagi ini. Menurut sumber itu yang menghantar melalui sms ke UMA menulis abang Jon anak Alihudin yang ada memggang jawatan dalam Pemuda Bahagian manakala satu lagi ialah Cikgu Hashim adik kepada arwah senator Ibrahim Daud. Tambah Puan Z lagi.

    Tak tahulah samada MB pula ada membawa senarai dia pula. Apa-apa pun kita tunggu keputusan rasmi.

    agbr47: Sebok pilih calun Felda telah di cerobohi pehak pembangkang.

    Jangan kempen kuat-kuat, nanti penat - Khairy Jamalludin.

    Labis, 27 Dec: Khairy Jamalludin Jamalludin menasihati pemuda supaya jangan terlalu laju pada awalnya sehingga akhirnya kita tidak cukup stimina kepada penghujung kempen. Nasihat ini di petik dari Akhbar Berita Harian hari ini di bawah tajuk "Susun program di Tenang".

    agbr47: Hai ya......lu mana pati mali oooo..

    Aku menyingga betul dengan beruk jantan sekor ni. Aku ingat bahawa pemuda sentiasa di barisan hadapan dan gagah perkasa. Hey beruk. Mana askar-askar engkau seluruh negara? Kenapa engkau tak gunakan mereka berkempen di Tenang? Nik Aziz yang uzur pun sanggup untuk turun berkempen tau?

    Dalam tinjauan aku ke Labis pada hari semalam, aku lihat DAP dan PAS telah mendahulu UMNO-BN. Sejak hari kematian YB Dato Taha lagi DAP dan PAS telah mendahului UMNO-BN. DAP telah  membuka kaunter "Kempen Pendaftaran Pemilih Baru" di bas station di Labis. Tak secara langsung telah memulakan kempen. PAS telah membuka 2 bilek gerakan dengan bendera sebesar boleh menutup gajah 2 dua kedai di Labis yang jaraknya tidak sampai 300 meter. Satu di restoran Melayu dan satu lagi di kedai Cina.

    Aku boleh faham UMNO belum memulakan aktiviti kerana mode kesedihan atau menconggak siapa yang bakal untuk menjadi penganti. MCA hanya mampu memacakkan beberap bendera BN di hadapan pejabat MCA cawangan Labis.

    Di Felda Redong, ahli-ahli PAS telah mula memacakkan bendera PAS di hadapan rumah mereka tanda bersedia.

    UMNO, oh UMNO. Kau yakin sangat ke???????

    Semalam dalam menuju ke Kampong Tenang, aku terserempak sekumpulan pemuda bermotor. Aku cuba mengekori mereka. Sampai di simpang Felda Tenang mereka berhenti untuk mengumpulkan rakan-rakan yang tercicir. Oleh kerana banyak kereta yang memasuki Felda Tenang aku menyangkakan ada kegiatan di sana. Rupa-rupanya hanya majlis perkahwinan. Apabila aku keluar semula gerombolan pemuda ini telah hilang lesap kemana. Kalau aku tau kau ada kat sana semalam, aku jerit kepada engkau sekuat hati.

    Aku harap Pengurus Kempen Piliharaya tolonglah jangan bawak beruk sekor ni ke Johor. Buat menyusahkan orang Johor.

    Pemuda-pemuda sekelian. Dengar pidato Sukarno;

    Jika aku ada 1000 malah seratus orang tua, pasti akan aku amankan dunia ini.
    Tetapi berikan daku 10 malah 1 pemuda berjiwa waja, pasti akan aku gegarkan dunia ini.

    Kau nak gegarkan apa beruk?

    agbr47: Macam mana boleh jadi pemimpin ni??????  ??

    Tenang- PAS kalah tapi kita lawan - NIK Aziz

    Kota Bahru: Dalam Harakah keluaran Bil 1600 melaporkan, Nik Aziz di tanya kekuatan PAS di Dun Tenang, Nik Aziz berkata, "Ia bukan persoalan utama, yang penting semangat untuk melawan UMNO dan BN". Nik Aziz mengakui bahawa beliau sedikit kepayahan untuk berjalan dalam masa terdekat ini. "Sampai hari ini duduk lama boleh tapi nak jalan payah sikit kerana sakit tulang belakang", katanya lagi.

    Beliau juga berhasrat untuk turun berkempen pada piliharaya kecil Dun Tenang walaupun uzur sejak kebelakangan ini. "Kempen ini dakwah. Dakwah bukan dengan tubuh tetapi dengan otak. Kempen ni dengan mulut. Mulut saya Al-hamdulillah, tiada masalah" katanya walaupun tidak yakin dapat mempengaruhi pengundi di Dun Tenang.

    agbr47: Tak ingat ke pok nik. Kan Umi dah suruh banyak beristifar. Kalau dah sakit tu, teruskan saja ibadah sunat dan memunajat saperti di tanah suci yang lalu. Tentu pok nik dah banyak berkata-kata dengan Allah ketika di sana. Dok rumah aje. Nanti Allah akan buat kerja untuk pok nik. Tak payah risaulah.....

    Kemanalah orang tua ni nak pergi?

    Sunday, December 26, 2010

    Pas Kalah di Tenang - Nik Aziz

    Lidah Nik Aziz Bercabang - Cabang

    Nik Aziz telah tahu apa nasib yang bakal menimpa Pas dalam prk Dun Tenang, semalam sekali lagi dia mempersoalkan sistem pilihan raya yang dijalankan di negara ini dan berkata seperti di bawah.
    "Saya tidak percaya kepada pilihan raya, nama saja pilihan raya tetapi penuh dengan penipuan. "Kita boleh lihat apa yang berlaku di Galas, duit berguni-guni dibawa untuk membeli undi bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang,"
    Sumber : Utusan Online

    Dia sudah tahu apa nasibnya dalam prk itu, itu pasallah cepat-cepat dia buat persepsi begitu dan mengharapkan persepsi itu berlanjutan sehingga keputusan pilihanraya diumumkan. Sesudah keputusan diumumkan dia atau beruk-beruk peliharaannya akan buat kenyataan lagi "kito tahu doh kita akan kalah, kerana spr menipu". Maka terselamatlah dia dan Pas dari menjadi sebab kekalahan dan kesalahan diletakkan ke atas bahu spr. Rakyat buta hati pula akan percaya bulat-bulat kepada cakap Nik Aziz.

    Lihat fakta di bawah ini kemudian sila fikirkan benar atau tidak sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan.

    Dalam pru 2008 buat pertama kalinya dalam sejarah BN hilang majoriti 2/3 dalam Dewan Rakyat.

    Kenapa BN hilang 2/3 ?

    Kerana Pembangkang menang dan rampas banyak kerusi BN.

    Kenapa pembangkang menang ?

    Kerana rakyat yang pilih mereka dalam p/raya.

    Kalau sistem p/raya kita penuh dengan penipuan macamana mereka boleh menang banyak kerusi sehingga BN hilang 2/3 ?

    Itu satu bab, sekarang kita masuk bab ke dua pula.

    Selain kehilangan 2/3 di Dewan Rakyat, BN juga mencipta satu lagi sejarah, iaitu tewas di empat negeri yang diperintah mereka. Kedah, P.Pinang, Perak dan Selangor.

    Kalau sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan bagaimana mereka boleh bentuk kerajaan di empat negeri berkenaan ?

    Itu bab kedua, sekarang mari kita masuk bab ke tiga pula.

    Daripada 26.8.08 hingga 4.11.10 SPR telah mengendalikan 13 pilihanraya kecil.

    1) P.Pauh - 26.8.08-PKR menang.

    2) K.Trengganu - 17.1.09-PAS menang

    3) B.Gantang - 7.4.09-PAS menang

    4) B.Selambau - 7.4.09-PKR menang

    5) Batang Ai - 7.4.09-BN menang

    6) Penanti - 31.5.09-PKR menang

    7) M.Urai - 14.7.09-PAS menang

    8) Pmtg Pasir - 25.8.09-PAS menang

    9) Bgn Pinang - 11.10.09-BN menang

    10) Hulu Selangor - 25.4.10-BN menang

    11) Sibu - 16.5.10-DAP menang

    12) Galas - 4.11.10-BN menang

    13) Batu Sapi - 4.11.10 - BN menang

    Daripada 13 prk, Pas dan rakan-rakan seliwatnya telah menang sebanyak 8 kerusi, manakala BN hanya memenangi 5 kerusi.

    Kalau sistem p/raya kita penuh dengan penipuan jangan haraplah kau orang nak menang 8 kali, semua BN sapu bersihlah beb.

    Itu bab ketiga, sekarang kita masuk bab keempat dan yang terakhir.

    Mung dengar molek aku ghoyat ko mu ni wahai pok nik ngok ngek.

    Kalau sistem pilihanraya kita penuh dengan penipuan jangan haraplah Pas dapat menang dalam pilihanraya di Kelantan selama 5 kali p/raya berturut-turut (1990, 1995, 1999, 2004 dan 2008).

    Tak rasalah mung nak duduk kerusi MB sampai hari ini kalau SPR menipu. Menantu dan anak betino mu pun tak rasa mewahlah hidup mereka hari ini.

    Kawan-kawan sekalian itulah sikap Pas. Mereka kata mereka memperjuangkan islam, tapi perangai mengalahkan iblis. Mereka tidak dapat menerima ketetapan Qada dan Qadar.

    Kalah sahaja pilihanraya , ada sahaja onar yang mereka buat. Waktu mereka menang bukan main ek lagi. Macam-macam kenyataan sombong yang mereka keluarkan.

    Rakan-rakan sekalian, saya kalau bercakap saya tidak akan bercakap kosong, saya selalu kemukakan bukti bersama bagi menangkis dakwaan-dakwaan jahat mereka.

    Dibawah ini adalah bukti-buktinya.

    Kenyataan Nik Aziz sewaktu hendak menghadapi prk Permatang Pasir
    Entah apalah rahsia yang tersimpan dalam lipatan perbendaharaan ilmu Allah yang Maha Luas itu sehingga berlaku 8 pilihan raya kecil sejak Pilihan Raya Umum Ke-12, tiada siapa jua yang mampu menekanya. Apa yang hanya boleh kita baca dari 7 pilihan raya kecil yang telah berlalu, parti yang bertanding dari Pakatan Rakyat (PR) telah menang sebanyak 6 kali berturut-turut. BN cuma menang 1 kali; itupun di Batang Ai,Serawak. Ini realiti dan ini kenyataan.
    Sumber: Blog Nik Aziz

    Selepas kemenangan Pas dan PKR dalam prk Bukit Gantang dan Bukit Selambau
    Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kemenangan Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam dua pilihan raya kecil semalam meletakkan pakatan pembangkang cuma 'selangkah' lagi untuk menerajui negara.
    Sumber: Utusan Online
    Selepas kemenangan DAP dalam prk Sibu
    Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan calon Pakatan Rakyat yang menang dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu semalam sebagai isyarat jelas rakyat telah menolak Umno dan Barisan Nasional (BN).
    Sumber : Harakah...kah...kah...kah daily
    Kenyataan Nik Aziz selepas Pas kalah di Galas
    "Saya rasa ragu, kerananya keesokan hari nak mengundi tu, malam tu saya tengok di televisyen seorang menteri cakap dah BN akan menang banyak. Dia tahu mari mana BN akan menang banyak, sedangkan esok baru nak mengundi. Makna ada benda dia buat. Bagaimana dia boleh berkata demikian, jika perancangan tidak dibuat. Itu yang meragukan"
    Sumber : Gelombang Merah
    Anda telah baca apa yang kemukakan, sekarang masa untuk berfikir dan nilai yang mana lebih teruk antara perangai Pas dengan perangai iblis ?

    Sumber: rbf online

    agbr47: Kalah? Bilek gerakkan sampai 2, tidak sampai 300 meter antara satu di Labis. Satu di restoran Melayu dan 1 lagi di kedai Cina. Pejabat PKR layu. Mungkin menyerah bulat-bulat kepada PAS dan DAP. UMNO mungkin masih dalam mode kesedihan atau sebok menyenaraikan calun. Dengar kabar ada 7 calun yang tersenarai.

    7 Calun di PRK Tenang?

    Dari sumber yang rapat dengan UMNO Labis, pada malam tadi telah di adakan perbincangan calun-calun BN yang akan mewakili BN dalam PRK Tenang nanti. Senarai pendek tersebut akan di serah kepada MB di lawatan beliau ke Labis pada hari esok. Wau ramainya? Mungkin MB juga ada senarai pendek untuk di bentangkan. Dah jadi makin ramai.

    Semoga penghargaan melalui senarai pendek tersebut tidak bertukar menjadi sengketa yang akan di terjemahkan kedalam undi protest pula nanti. Apa-apa pun saya yakin UMNO telah belajar dari kesan PRU 12 yang lalu. Semoga akan bersatu bagi menentang parti Penghancur Rakyat.

    agbr47: Tersentuh hati membaca blog Sri Tri Buana: Hati Melaya tadi.

    Nik Aziz Tawar RM 1000

    Dalam Sinar Harian Selatan hari ini melaporkan Nik Aziz menawarkan sesiapa yang hendak mengahwini anaknya dengan hantar belanja sebanyak RM 1,000 sahaja.

    "Saya berkahwin dahulu hantaran RM 100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM 1,000 sahaja," katanya. Nik Aziz juga menasihati pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan," katanya lagi.

    Nik Aziz juga berkata Resolusi 100 hari yang di kemukan pembangkang pada konvensyen mereka pada Ahad lalu hanya akan di laksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

    agbr47: Ini satu tawaran istemewa dari Pok Nik. Kepada ahli-ahli PAS, jangan meroyan nak cari bilek hotel atau koch keretapi. Yang ni halal. Lebih murah dari sewa hotel atau koch VIP keretapi. Yang belum tambah, cepat-cepat tambah. Limited stock. Menantu MB lagi. Orang-orang UMNO lupakanlah mimpi nak bermenantukan Pok Nik kerana anda ahli tak masuk syurga. Ahli DAP tentu di alu-alukan. KM Penang tak berminat ke?

    Aku rasa Agong pun lapang kepala jika Nik dan sekutunya mengambil alih pentadbiran negara. Tak payahlah nak melayan surat Mahfoz bodoh dengan rakan-rakannya lagi.

    PAS tidak bertanding di Tenang?

    Kickdefella, mencadangkan supaya PAS tidak bertanding di Tenang.

    Dalam blognya kickdefella menyatakan, "Selepas PRU 2008, PAS Negeri Johor meletakan harapan ‘menawan Nusajaya’ dalam PRU ke 13. Antara perancangan yang dikatakan akan diambil bagi mencapai cita-cita menggunung itu ialah mewajibkan semua pimpinan PAS yang berasal dari Johor untuk kembali bertanding di Negeri Johor. Ini mungkin satu impian murni bagi PAS."

    Dalam nada menyindir kickdefella menulis, "Dan bagi memastikan pimpinan dan ahli-ahli PAS Johor terus mampu bermimpi lebih lama lagi, ada baiknya mereka tidak bertanding dalam PRK di Tenang ini. Kerana ketewasan dalam PRK itu kelak, mungkin menyebabkan tidak lagi tenang untuk mereka dibuai mimpi indah ‘menawan Nusajaya’ itu."

    Kickdefella juga membuat analisi kejatuhan PAS dalam PRK yang di tandinginya yang lalu.

    Kickdefella juga berkata lagi; "Ketidakhadiran PAS di Tenang juga boleh melancarkan tempoh bertenang bagi PAS dan UMNO supaya masing-masing dapat terus berfikir yang terbaik untuk Islam dan Melayu."

    Sumber dari: kickdefella

    agbr47: Bagus jugalah tu dari menambah lebih ramai wakil rakyat bodoh di Dun atau Parlimen

    Mahfoz dan Khalid mengkadamkan Agong?

    PAS sekali mengunakan Agong untuk sesuatu urusan politik yang sepatutnya di selesaikan secara politik atau pentadbiran.

    "PAS hari ini menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, memohon Seri Paduka menitahkan supaya Rang Undang-undang (RUU) Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2010 yang baru diluluskan, dibahaskan semula di Parlimen." - Khalid Samad Blog 


    Kalau nuar mengkadamkan mahkamah untuk menyelesaikan masallah peribadi, Mahfuz and the gang pula cuba mengkadamkan Agong untuk tujuan politik. Mahfuz bodoh yang juga ahli parlimen Pokok Sena berkata; "Akta yang begitu penting, yang menyentuh kepentingan rakyat, tetapi dibuat begitu tergesa-gesa. Jadi kami fikir tidak wajar dan mohon kepada baginda menitah supaya dibawa balik ke parlimen (untuk dibahaskan kembali)."

    Antara yang terlibat dengan kebodohannya ialah Khalid Samad (Shah Alam), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Taib Azamuddin (Baling), Taufek Abd Ghani (ADUN Paroi) dan Zulhazmi Shariff.

    Apa, kau orang tak tau ke membezakan tugas Agong dengan tugas ahli Parlimen? Dah kau nak jadi ahli Parlimen, kau ambillah tugas ni. Kan ramai puak-puak ganster engkau kat parliment tu yang boleh tolong supaya ia dibahaskan semula? Kalau perkara sekecil ni kau dah tak boleh handle di parlimen jangan cerita perkara-perkara yang lebih besar. Nampak kelemahan dan kebodohan parti engkau sendiri. Aku rasa, Lim Kit Siang pun tak bersetuju cara bodoh engkau tu. Patutlah ramai blogger kata engkau bodoh. Aku cadangkan supaya engkau berkumpul sekali lagi, angkat banner dan buat protes di lobby parlimen. Blog aku boleh tolong publishkan berita dengan gambarnya sekali.

    Khalid, kau anak Johor. Cuba kau bawa isu sebegini mengadap Sultan Johor! 


    Tak payahlah buat kerja lain. Selepas gagal membawa rakyat berdemo, engkau berdemolah sendiri he...he..... Geli geleman aku kau buat.



    agbr47: Dimana-mana pun akan jadi ribut bila orang bodoh tunjuk pandai nak memimpin negara.

    Saturday, December 25, 2010

    Jeneral bersama Nik Aziz.

    Boleh tahan juga Umi. Sesekali membuat taskirah bukan kepada calang-calang orang. Tok Guru yang setiap malam membuat taskirah pun boleh di pintas.

    "Jadi tok guru, bawak-bawak tobat lah tak usah dok angkuh sangat, sikit-sikit cakap dengan tuhan, sape mu ,hoiiiiii riak sungguh mu ni wei,ni lah akhir zaman bila ulamak jauh terpisah dari landasan dek kerna kuasa dan kedudukan, jangan tok guru oiiiiii, jangan mcm ambo mungkin setan yg datang ganggu berpangkat kopral bawah sekali, tapi mcm tok guru ni mungkin setan yg datang dok bisik tu taraf jenderal jadi bawak-bawak lah istifar,tok guru oiiiiiii." Kata Umi dalam nada kesal.

    Untuk membaca perasaan Umi pada Nik Aziz sila klik di sini: Srikandi 7


    Video Pendedahan Umi tentang kekayan Azmin dan isteri

    agbr47: Kalau Nicky dapat jeneral, nuar berpangkat apa pula?

    Sumbangan kewangan untuk PRK Tenang?

    Belumpun Penamaan Calon DUN Tenang, PAS Sudah Kutip Derma?

    Posted by Cucu Tok Selampit Rosak puak-puak PAS ni. Belumpun sempat SPR mengumumkan tarikh penamaan calon pada 22 Januari 2011 dan Hari Pengundian pada 30 Januari 2011 hari ini, semalam PAS Kawasan Gelang Patah sudahpun sibuk mengeluarkan surat minta derma seperti di atas. Minta derma sini, minta derma sana. Nak pilihanraya minta derma, buat ceramah minta derma. Tapi duit derma tidak diaudit. Siapa makan siapa balun, kitapun tak tau. Yang kita tahu, YB-YB PAS suka "menterdarah" isteri orang!

    Sumber: Cucu Tok Selampit


    agbr47: Kalau beri peluang kepada parti "Pelacur Rakyat" (PR) memerintah bakal parti ini bukan memberikan sebagaimana yang di janjikan dalam pemerintahan dalam 100 hari mereka tetapi rakyat yang terpaksa menyumbang kewangan kepada parti. Jelas parti ini adalah sebuah parti bankrupcy.

    Indon Benci Malaysia.

    Kajian: 60 peratus rakyat Indonesia kata tak suka Malaysia
    December 25, 2010

    JAKARTA, 25 Dis — Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

    Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.

    Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat.

    Ketika itu isu “Ganyang Malaysia” dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

    Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

    Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini.

    Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.

    Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif.

    Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang.

    Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.

    Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu.

    Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

    Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia.

    Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia.

    Sumber: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kajian-60-peratus-rakyat-indonesia-kata-tak-suka-malaysia/

    agbr47: Benci? Kenapa aku hantar mereka balik ke Indonesia tak sampai seminggu muncul balek di Malaysia? Ada pula yang sanggup bertarung nyawa menaiki sampan untuk menjadi buruh haram di Malaysia.

    Itu hanya kata-kata mereka yang di beri upah untuk memburuk-burukkan Malaysia. Bagaimana jika buat temubual dengan 1 juta rakyat mereka yang berada di sini.

    Mereka tak sekadar sapu suami Islam dan Cina, pak menteri dan keluarga di raja habis disapu sama.

    Nuar pun manusia biasa- NIK AZIZ MARAH!


    Pok Nik mengecam tindakan ahli politik yang secara berterusan mengkritik serta menuduh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam beberapa kes yang dihadapinya.

    Menurutnya, sebagai manusia, Anwar juga mempunyai nafsu serakah perasaan sama seperti individu lain dan setiap pertuduhan terhadapnya perlu dikemukan bukti, bukti dah ada tapi tak bleh nak bicara sebab dok tangguh...

    "Sekare nie, demo dok cince Anwar, gapo dio yang demo tok ghoyak pasa Anwar sejok dulu lagi. Hok liwat la, maca-mace lagi. Anwar buke bate pelir kayu, dio ado hati peruk dan perasae, dio ado maruoh, gapo buak tuduhe tanpo bukti, dosa tuh! Kalau Anwar tak maafke, tok cium bau syurgo!" Kata Pok Nik ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Dataran Ilmu semale.

    Sebelum ini, Pok Nik antara individu yang lantang dan mempertahankan Anwar, khususnya dalam kes liwat yang sedang dibicarakan di mahkamah.

    Pok Nik yang juga Menteri Besar Kelantan seumur hidup menegur segelintir ahli politik yang mengkritik beliau kerana menghadiri majlis masyarakat bukan Islam, sedangkan ia tidak salah menurut pandangan beliau Islam.

    "Kalau ada masalah, mu ghoyak la kat ambo, ambo idup lagi. Bakpo cerito hok tak betul, ambo bukan suko ghoyak pasal ore lain, tapi ore lain dok ghoyak pasal ambo selalu. Ambo ni tok guru yang hebak, kalau ambo buat sesuatu, ambo pikir panje dulu.

    Hok ambo pegi majlis ari tuh, ambo tanyo dulu Cina tuh, ini majlis kebudayae ko, agamo? Kalau agamo, ambo tok se pasal ambo sembah satu tuhe sajo...Ambo tok hale sesapo yang menuduh ambo buat gitu......tak masuk syurgo nanti!


    Disunting dari SH...
    http://pilihan-anda.blogspot.com/2010/12/jangan-fitnah-anwar-nik-aziz-marah.html
    Ular Menyusur Akar said... 
     
    He....he.... edit selepas di terbitkan? Akal, akal. Kami bukan buat fitnah....yang buat fitnah tu pok nik. Kami pun tak halalkan. Fitnah yang terbesar kami terima ialah kami tak masuk syurga cuma puak dia sahaja yang masuk syurga. Kami di sumpah Celako, Celako, Celako. Sumpah ini juga kami doakan supaya ia berbalik kepada tuan yang punye. Pasal nuar apa nye yang fitnah. Kes-kes terdahulu hakim di mahkamah mempercayai ia berlaku, ada dalam pengetahuan dari kawan-kawan karib, kaum keluarga yang terdekat bukankah satu bukti terhadap dakwaan kami. Yang terbaru dakwaan Wikilead ada bukti teknikal. Ala pok nik. Kan elok sambung amalan sunat dan zikir-zikir semasa di tanah suci tu dulu. Kat sana bukan main warak lagi. Sampai pejam mata berwirid. agbr47: Ketawa sampai nak muntah.

    Friday, December 24, 2010

    Lim Minta Logo 1 Malaysia Di teruskan.

    "Selangor Exco should review its decision to ban the 1Malaysia logo from billboards to prove Muhyiddin wrong that Pakatan Rakyat is afraid of Najib’s 1Malaysia concept which does not even have DPM’s full support" - Blog Lim Kit Siang.

    Apa-apalah PKR ni. Seorang membuat keputusan saperti itu manakala yang lain buat keputusan lain pula.

    Aku setuju pendapat TPM yang PKR takut kerana apa-apa yang dia buat memang tidak rakyat di dahulukan tetapi semua masuk kantong kroni.

    agbr47: PKR memang tak layak memerintah.

    DAP Gelojoh

    Lihatlah betapa gelojoh nya parti DAP bagi memenangi PRK Tenang. Gambar ini di ambil di Labis oleh salah seorang penduduk di sana pada hari Jumaat, 17 Dec ketika jenazah Allahyarham  DATUK SULAIMAN TAHA ADUN TENANG, JOHOR  masih dalam urusan untuk di bawa balek kerumah beliau di Labis.

    DAP telah melakukan Kempen Pendaftaran Pemileh di Bandar Labis. Walaupun DAP sedar bahawa pendaftaran baru ini tidak membawa kesan langsung kepada pengundian yang akan berlangsung namun DAP mengambil peluang untuk bertemu rakyat. Tidak secara langsung kempen juga telah bermula. Lambang DAP telah mula terpapar di khalayak ramai.




















    Begitulah agresifnya bangsa asing merebut peluang dalam banyak hal. Bagi UMNO Labis masih belum ada tanda bergerak. Mungkin masih lagi dalam mode kesedihan. Atau terlalu yakin peneroka memihak kepada kerajaan.

    38% undi Cina di campur dengan undi PAS, PKR dan mereka yang berkecuali tidak patut di pandang remeh oleh BN. Masa bersedih telah patut di tinggalkan. Buat sahaja apa-apa aktiviti supaya rakyat boleh nampak lambang BN di peragakan.

    Pesanan UMA; yang pergi telah pergi, yang tinggal kena teruskan perjuangan

    agbr47: Selalu tak sabar apabila melihat ada yang lembab mengambil tindakan.

    Thursday, December 23, 2010

    Dia dah mula dah

    Kempen belum bermula dan penamaan calun juga belum berlangsung. Puak PAS dah mula berkeliaran dengan kenderaan yang berlogo parti.

    Kadang-kadang aku rasa panas dengan orang UMNO. Jarang mengambil kesempatan dari peluang yang ada.

    Bagi blogger yang bakal ke Segamat kelak, selamat datang. Untuk ke Segamat dari Utara boleh melalui exit Alor Gajah (Sempang Empat) atau exit Tangkak. Manakala dari Selatan melalui exit Yong Peng. Jarak Segamat dari Kuala Lumpur atau Johor Bahru lebih kurang 200 Km atau 2.5 jam perjalanan.

    Labis sebuah pekan kecil. Dari itu semua kemudahan semada penginapan atau makan di bandar Segamat. Jarak Labis ke Segamat lebih kurang 28 KM.


    Jika ke Segamat jangan lupa berjamu di Restoran RZ atau Nasir Corner di Bandar Utama, Segamat. RZ terkenal dengan ikan baung masak lemak. Pencabar utama adalah Nasir Corner. Walau bagaimanapun saya cadangkan ke gerai LAH ANJUNG CORNER menyediakan makanan enak dan murah. Gerai tersebut hanya berhadapan hospital lama di Jalan Muar, Segamat. Saya baru makan di sana hari ini. Memang enak.


    Bertemu kita di PRK Tenang nanti.

    agbr47: Ingin bertentang mata dengan raja drama.

    Wednesday, December 22, 2010

    Nik Aziz bertaubat selepas kembali dari Mekah.


    Di dalam Amanat beliau, Hadi Awang telah menyeru ahli-ahli PAS supaya menentang UMNO dan BN.
    Saudara-saudara sekelian percayalah,
    Kita menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.
    Amanat Hadi Awang tersebut jelas menunjukkan bahawa parti PAS pernah menentang perlembagaan negara yang sedia ada kerana kononnya perlembagaan penjajah.
    Ironinya, hari ini, Nik Aziz berkata sebaliknya pula! Di antara laporan berita itu :-
    Tambah Nik Aziz, walaupun negara Islam tidak disebut secara spesifik dalam Perlembagaan Persekutuan, namun sebenarnya ia secara rasmi sudah disebut dalam Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.
    “Walaupun dalam Perlembagaan (Persekutuan) tidak disebut secara spesifik “negara Islam” sebenarnya Artikel 3 tentang kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan sudah cukup menjawab.
    Hakikatnya Malaysia sebuah negara yang sah untuk mendukung prinsip politik dan pentadbiran Islam. - seterusnya
    Alahai.....macam itu pula pandangan Nik Aziz! Sangat berbeza dengan seruan Hadi Awang, Presiden PAS. Dan bukankah beliau dan kepimpinan parti pembangkang selama ini tidak bersetuju bahawa negara ini sudah negara Islam? Tak apalah.

    Realitinya, kenyataan Nik Aziz itu juga sebenarnya telah mematah kritikan pencacai-pencacai parti pembangkang yang selama ini menghina kenyataan Tun Dr Mahathir yang mengatakan bahawa negara ini adalah negara Islam!


    Kepimpinan DAP seperti Karpal Singh dan Lim Kit Siang bingkas mengkritik dan menuduh Dr Mahathir “mengelirukan orang ramai” berkenaan identiti Malaysia. Tatkala itu, tidak ada satu pun pemimpin PAS yang bersuara tanda setuju dengan kenyataan Dr Mahathir.

    Tetapi sekarang, Nik Aziz telah memecah kebisuan kepimpinan parti PAS dengan mengatakan bahawa negara Malaysia hari ini memang negara Islam!

    Dan tahniah patut diberikan kepada kerajaan UMNO dan BN hari ini kerana memperjuang serta mempertahankan kedaulatan perlembagaan negara tatkala ada pihak yang menuduh bahawa doktrin negara itu adalah 'perlembagaan penjajah'!


    Persoalan yang lain, jika Nik Aziz sendiri mengaku bahawa negara Malaysia adalah negara Islam yang sah, apa perlunya parti PAS lagi?

    Perjuangan parti itu seperti tidak lagi signifikan jika merujuk kepada kenyataan Nik Aziz itu sendiri.

    p/s : Karpal Singh akan mengkritik Nik Aziz sehebat beliau mengkritik Dr Mahathir atau tutup mulut sahaja?


    Sumber:http://novandri.blogspot.com

    agbr47: Mudah-mudah pengikut Nik Aziz redha dengan fatwa baru Nik Aziz

    Catatan Popular

    Listen To Quran

    Listen to Quran

    Srikandi 7

    Confuse

    Confuse

    Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!