Halaman

Monday, January 31, 2011

5 buah bas penyokong PAS kandas di Batu Anam, Sungai Segamat mula surut.

Pada hari semalam selepas terasa kecewa dengan penolakkan pengundi kepada calun PAS, penyokong PAS mula bergegas meninggalkan Labis tanpa menghiraukan membantu pengundi mereka di Labis yang di ancam bahaya banjir. Malangnya niat mereka meninggalkan awal tidak termakbul kerana bas yang mereka naiki terkandas di Batu Anam kerana jalan terputus akibat banjir. Kesemua mereka beritikaf di masjid Batu Anam.

Rumah di Jalan Susur Pemudah di tengelami air.

Air Sungai Segamat mencecah lantai jambatan

Penduduk mengharungi banjir Jalan Muar berhampiran
landasan keretapi

Persiapan memasak di mulakan pada pagi tadi.

Ahli J/Kuasa Al Muhajirin memasak makanan bagi membantu
musafir yang kandas dalam perjalanan mendapat bekalan
makanan.






Kereta tengelam di hadapan hotel. Tuan punye
membantu pengundian di Labis ke?





Air telah surut 0.8 meter pada pukul 8 pagi

Gambar Segamat di tepi laut?
Walaupun hari ini hujan masih lagi turun renyai renyai tetapi air Sungai Segamat telah surut dengan cepat. Maklumat dari mangsa banjir bahawa ketinggian air melebihi dua kali ganda jika di bandingkan dengan banjir Nov 2008. Naik begitu cepat dan surutnya juga cepat. Pada pukul 8:00 pagi tadi, air telah surut sebanyak 0.8 meter di kebanyakan kawasan. Kemungkinan mangsa banjir di Taman Tasik, Seri Waja, Taman Segar dan taman taman sekitarnya akan meninggalkan pusat bantuan banjir pada hari ini.

1 comment:

  1. Terimalah musibah allah dengan hati yang terbuka.Ada hikmah disebalik banjir itu...
    Kat kota tinggi,SR,BP, Mersing mula banjir....

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!