Halaman

Tuesday, January 11, 2011

Akad Nikah Tidak Boleh Di Lakukan Di Mesjid Negeri Johor Kerana Mawi?

Hari ini anak tidak bersekolah dan isteri pula tidak berniaga. UMA mengambil kesempatan merayau ke Labis untuk melihat suasana menjelang PRK Tenang yang akan berlangsung pada akhir bulan Januari nanti.

Walaupun Jalan Segamat Yong Peng hampir setiap minggu UMA lalui untuk pergi balek kerja di Batu Pahat, tidak sedar pula Mesjid Jamek Labis yang baru telah di bena. Masjid ini di bina oleh Kerajaan Negeri Johor untuk  memberikan keselesaan bagi mengantikan Masjid Jamek Labis yang telah uzur dan dibuka pengunaannya kepada orang awam sejak 17 Jan yang lalu. Orang Labis, ada juga yang mengelar Labis sebagai Lisbon, tentu gembira dengan terbinanya mesjid baru yang lebih modern dan teratur. Mesjid  dua tingkat di lengkapi dengan pejabat, perpustakaan dan store sungguh tersusun.


Di halamannya juga menyediakan tempat letak kereta yang luas jika di bandingkan dengan masjid lama. Sederet gerai 6 pintu sebelah kiri halaman masjid. Di tingkat atasnya pula di sedia 6 bilek penginapan untuk di sewa. Dengar kabar, semua bilek telah penuh di tempah sempena PRK Tenang kelak. Di Sebelah kanan terdapat Astaka bagi majlis ceramah agama saperti maulidul rasul dan sebagainya.


Gerai 6 pintu tersebut masih belum di gunakan lagi. menurut En Nazri, seorang petugas di masjid tersebut menyatakan bahawa Baginda Sultan Johor tidak membenarkan gerai tersebut menjalankan perniagaan bagi menjaga kesucian masjid. Baginda terkilan kerana semasa orang sedang bersembahyang berjemaah ada gerai yang menjalankan perniagaan dan pelanggan duduk melepak di gerai perniagaan tersebut. Arahan ini bukan sahaja di Labis tetapi di semua Masjid Negeri, Negeri Johor. Masjid yang bukan masjid negeri boleh menjalankan kegiatan itu saperti biasa menurut beliau lagi.

Bukan itu sahaja, Baginda Sultan Johor menegah majlis akad nikah di jalankan dalam masjid negeri. Pengalaman majlis pernikahan Mawi dengan Ikin yang di jalankan di Masjid Sultan Abu Bakar Johor Bahru dahulu menyebabkan jemah terganggu untuk melakukan ibadah di dalam masjid, lanjut En Nazri lagi. Baginda cukup mengambil berat terhadap kesucian masjid dan menjaga ketenteraman jemaah di dalamnya, penjelasan En Nazri mengakhiri perbualan dengan saya.


agbr47: Masjid ini baru di buka pada 17hb. yang lalu. Pembangkang jangan gada-gada nak kata pembukannya sebagai gula-gula kerajaan menjelang piliharaya. Masjid ini telah siap pembinaannya sebelum kematian Allahyarham Dato Taha Sulaiman, bekan Adun Tenang lagi.

UMA nak ingatkan juga Pok Nik jangan memandai nak gunakan masjid dalam negeri Johor buat kerja-kerja politik. Baginda Sultan amat mengambil berat hal-hal saperti ini. Sedangkan gerai, majlis pernikahan, jenis pokok yang di tanam di persekitaran masjid dan kebersihan juga menjadi perhatian baginda.

UMA tak mahu dengar fatwa Pok Nik atau Dr Asri tentang pengunaan masjid nanti. Kalau negeri lain boleh terima, lantak kedia. Rakyat Negeri Johor amat ambil berat setiap teguran Sultan. Jangan cuba nak buat provokasi agama di negeri Johor. Kami rakyat Johor ada sekolah agama. Kami dah belajar di sekolah agama sejak berumur 7 tahun lagi. Sebab itu Nasharudin Mat Isa, Timbalan PAS mengambil pendekatan berakhlak untuk berkempen di PRK Tenang. Klik sini

Kepada Khalid gereja Samad, jangan pandai-pandai nak buat senam aerobik kat halaman masjid ni. Kalau nak buat, buat kat masjid Kelantan aje.

1 comment:

  1. assallamualaikum...teruskan mewarnai minda dan mewangikan persekitarannya .
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!