Halaman

Wednesday, January 5, 2011

Harga Petrol Naik Lagi : Bersediakan Kita Dihukum?

Harga Petrol naik lagi malam ini. Jika berita ini benar, eloklah BN fikirkan semula cadangan untuk mengadakan pilihan raya umum hujung tahun ini. Saya khuatir, BN kalah lebih teruk daripada PRU ke-12 yang lalu. Semoga pihak kerajaan berfikir sebelum bertindak - jangan nanti apabila terhantuk baru nak kata sakit. Sehingga hari ini, slogan "Rakyat Didahulukan" semakin banyak memakan diri sendiri. Sesuatu harus dilakukan sebelum keadaan semakin meruncing. Baca berita ini. KUALA LUMPUR, 4 Jan – Harga petrol RON97 dinaikkan 10 sen kepada RM2.40 seliter mulai tengah malam ini. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal tidak berubah. “Ya, benar harga RON97 naik 10 sen esok, bermakna mulai tengah malam ini, hanya membabitkan kenaikan RON97,” kata sumber industri ketika dihubungi The Malaysian Insider. Pada 1 Disember lalu, harga RON97 dinaikkan 15 sen kepada RM2.30 seliter. Harga petrol RON97 tidak ditetapkan kerajaan kerana ia diapung mengikut pasaran minyak dunia semasa. Pada 1 November lalu, harga petrol RON97 dinaikkan lima sen menjadi RM2.15 seliter.

5 comments:

  1. Harga RON97 adalah mengikut harga pasaran dan tidak lagi di subsidi sejak dahulu.... oleh itu harganya akan berubah mengikut harga dunia.

    harap ambil berat mengenai fakta sebelum menulis...

    ReplyDelete
  2. Salam Ukhwah

    Maaf PAB berkata2

    Hai...kalau cm tue kiraan matematik tuan-tuan...maka semua negarakah akan bertukar pemerintah...

    Logiklah sikit...kalau kita nk jaga hati sgt..kelak jiwa yg merana...

    Biarlah naik sekaramg...agar anak cucu kita nanti x menanggung lebih lagi (kebangkrapan negara) kerana kenaikan nilai subsidi...

    Kalau rasa Malaysia x cukup bertuah...ada negara lain yg tuan-tuan boleh pergi untuk mencuba nasib di sana.

    Maaflah...kenyataan ini agak sinis...bukan apa..kalau kita sentiasa meminta2 dan berlebih-lebihan...takut Allah kata nanti kita x bersyukur..

    Maaf atas bicara di atas

    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Bro, kalau setakat kereta Proton dan sewaktu dgn nya tk perlu pakai RON97, pakai RON95 dah cukup. Rakyat tak perlu mengeluh kerana RON95 tetap pada harga lama. Yang naik RON97. Patut aku yang mengeluh sbb aku jual minyak petrol.

    ReplyDelete
  4. RON97? Siapa yang akan merana? Orang kereta 2000CC ke atas? siapa mereka? Kalau tak mampu nak beli RON97, pakai produa atau Proton. Dedua bawah 2000CC dan pakai RON95. Yang kaya tu tak payah bagi subsidi minyak. Yang tak kaya berlagak kaya tu sedar-sedarlah diri.

    Dengan mengekalkan nilai subsidi RON97 dan tidak ditambah untuk mengimbangi harga pasaran, RON95 akan lebih stabil kerana subsidi yang diperuntukan untuk kenaikan RON97 boleh dimunafaatkan oleh rakyat berpendapatan rendah yang menggunakan RON95.

    Bayangkan kalau kerajaan nak tambah 10sen subsidi untuk RON97 maka kerajaan juga perlu menambah 10sen untuk RON95. Tapi, dengan membiarkan RON97 peruntukan itu boleh digunakan untuk melambatkan atau mengelakkan kenaikan RON95.

    Aku yang bingai
    Politik: Apa yang ko merepek ni MB oiiii!!!

    ReplyDelete
  5. Terima kasih di atas maklum balas tuan-tuan. Pembangkang sentiasa mengunakan isu kenaikan barang menunjukan kelemahan parti pemerintah secara langsung menzalimi rakyat. Atas dasar itu parti pemerintah perlu di tukar. Yang terpengaruh bukan sahaja kalangan penyokong pembangkang malahan penyokong kerajaan juga.

    Pembangkang dan rakyat akan mengungkit kembali janji menteri bahawa minyak tidak akan naik dalam tempoh yang terdekat ini. Jika janji ini tidak di penuhi, penjelasan yang menyakinkan sebab janji ini gagal dipertahankan perlu dinyatakan.

    Malangnya kerajaan berseorangan menyatakan kenapa ia perlu di naikan. Jika ada usaha melibatkan semua media dan organisasi bagi menjelaskannya, dapat mengurangkan tekanan rakyat marhaen.

    Kenaikan harga minyak bukan sahaja di negara kita malahan semua negara di dunia. Cuma kadar kenaikan mungkin berbeza.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!