Halaman

Tuesday, January 18, 2011

Dah di sarok PKR ke?

Siapa yang bertanggung jawab memelihara kehormatan bendera ini?
Makanan di Lah Anjung tiba-tiba tidak sedap. Bukan kerana masakkannya tetapi pemandangan yang menjolok mata. Elok tengah menyuap keenakan makanan tiba mata terlihat bendera yang di kibar di bangunan hospital lama hanya bertentangan sahaja dengan Gerai Makan Majlis Perbandaran. Macam mana bendera itu sampai begitu rupa tidak ada siapa yang hirau? Siapa yang di pertanggungjawabkan. Bukankah pemasangan bendera ada protokolnya?

Lebih baik tiada dari ada.
Minggu lepas UMA meneggur pengawal di sebuah Sekolah Tinggi di Segamat. Dua bendera yang di pasang di pintu pagar telah hancur tetapi masih berkibar di situ. UMA minta supaya keadaan bendera itu di lapor kepada guru dan nasihatkan supaya ditanggalkan. Lebih baik tidak ada dari ada. Keesokkan harinya apabila UMA datang menghantar anak ke sekolah bendera itu sudah tiada lagi. Kalau mereka tidak tanggalkan, UMA sendiri yang akan menanggalkannya.

Sebuah institusi mendidik anak anak mejati diri kepada negara pun macam itu. Masalahnya apabila semua orang kata itu kerja "everybody", "everybody" pula berkata itu kerja  "anybody", "any body" beranggapan itu mungkin kerja "some body" dan akhirnya "no body" lah yang melakukannya.

Hari ini selera UMA betul betul terganggu. Sebuah jabatan kerajaan boleh menghina bendera negara hingga jadi saperti itu. Pernah satu masa dahulu bekas boss UMA seorang Jepun menyindir; "ada orang kenamaan yang mati?", sambil matanya memandang ke tiang bendera. UMA dapati bendera itu tidak sampai kehujung tiang kira kira sekaki sahaja dari hujungnya. Orang Jepun memang teliti berhubung dengan bendera.

Apakah jabatan kerajaan tidak di ajar protokol pemasangan bendera umpama susun atur kekanan bendera pada hari kebesaran persekutuan, hari kebesaran negeri dan hari hari biasa. Bendera hendaklah di turunkan setiap petang dan di naikan setiap pagi. Kalau sudah hancur saperti itu memang tidak ada siapa yang mengurus turun naik atau ianya di simpan. Ketua Jabatan adalah orang yang sepatutnya bertanggonjawab terhadap kehormatan bendera.
Sebuah institusi kerajaan yang paling ramai rakyat datang dan memerhatikannya.






Sebuah organisasi yang telah di iktiraf ISO9001, sepatutnya tidak melakukan kecuaian saperti itu kerana ia melambangkan kecekapan, jatidiri dan maruah jabatan kerajaan. Bukan susah sangat, letak sahaja petugas yang bertanggunjawab.


Apakah jabatan kerajaan sekarang telah di resapi ideoloji parti pembangkang? Parti pembangkang memang terkenal dengan anti menghurmati bendera, Lagu kebangsaan dan ketuanan Melayu.

agbr47: Sebelum kakitangan kerajaan di serap ideologi pembangkang, jatidiri kakitangannya memang tinggi. Perkara begini tidak mungkin berlaku pada kakitangan kerajaan pada masa dulu.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!