Halaman

Tuesday, January 11, 2011

Hanya yang muda masih kemaruk, yang tua dah tak yakin.

Komen-komen dari pemimpin tertinggi PAS memang dah tak yakin kebolehan PASmenangi PRK Tenang. Malahan ada yang menyarankan supaya PAS tidak menyertai PRK Tenang kali ini. 


Nik Aziz sekembali dari Mekah ketika di tanya wartawan peluang di tenang beliau tidak mejawab secara langsung tetapi berdalih; "Saya tidak percaya kepada pilihan raya, nama saja pilihan raya tetapi penuh dengan penipuan. "Kita boleh lihat apa yang berlaku di Galas, duit berguni-guni dibawa untuk membeli undi bagi memastikan calon Barisan Nasional (BN) menang," Dia tidak berani untuk menjawab PAS akan menang. Klik sini.  Dalam Harakah pula Nik Aziz menjelaskan "Ia bukan persoalan utama, yang penting semangat untuk melawan UMNO dan BN".  Klik sini


Manakala Mustafa Ali sudah mengangkat 'bendera putih' adalah disebabkan oleh kajiselidik yang dibuat oleh Merdeka Center ... Beliau berpendapat jika menang di PRK Tenang sebagai satu kejutan dan jika dapat mengurangkan majoriti telah di anggap menang. KLIK Sini


 Nasharuddin Mat Isa Timbalan Presiden Pas ketika menasihati jentera piliharaya PAS bagi PRK Tenang tidak membakar semangat kepada jentera piliharaya tersebut supaya bekerja bermati-matian malahan lebih menekan sikap bertahan sahaja. Beliau mengesa kempen di jalankan secara berakhlak tanpa melakukan fitnah dan berkempen perkara yang berfakta sahaja. Mungkin beliau berharap dengan cara itu akan mendapat undi sempati dari pengundi di PRK Tenang. klik sini.

Syed Azidi Aziz seorang yang berpengalaman dalam sepak terajang PAS di dalam blognya Kickdefella berpendapat,  memastikan pimpinan dan ahli-ahli PAS Johor terus mampu bermimpi lebih lama lagi, ada baiknya mereka tidak bertanding dalam PRK di Tenang ini. Kerana ketewasan dalam PRK itu kelak, mungkin menyebabkan tidak lagi tenang untuk mereka dibuai mimpi indah ‘menawan Nusajaya’ itu.
Ketidakhadiran PAS di Tenang juga boleh melancarkan tempoh bertenang bagi PAS dan UMNO supaya masing-masing dapat terus berfikir yang terbaik untuk Islam dan Melayu.
Dengan adanya tempoh bertenang dapatlah diisi dengan kunjung mengunjungi, ziarah menziarahi diantara wakil kedua-dua pihak sementara waktu masih ada buat kita. Klik di sini.
Kau menarilah kat sini sampai kes mahkamah
kau selesai.
Hanya Mazlan Aliman dan pemimpin muda PAS saja yang kemaruk untuk masuk ke gelanggang dan menyatakan PAS akan menang. Mereka hanya di peralat oleh Anuar dan DAP supaya mengambil peluang dari PRK Tenang ini supaya Anuar berpeluang berkempen dalam kempen piliharaya ini bagi mengalih pandangan rakyat dalam semua kes beliau samada di Parlimen dan mahkamah.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!