Halaman

Sunday, January 2, 2011

Ha..Tu dia, Khairy.

Dari blog rocky's bru dapat di baca ulasan berhubung dengan KJ merajuk. Di sini. rocky's memetik dari berita yang di siarkan oleh The Star.

Merajuk? Merajuk bukan sikap yang baik bagi seorang pemimpin. Walau bagaimanapun jika dia mengundurkan diri untuk kebaikkan BN, sikap dia UMA sanjung tinggi. Cukuplah kelemahan memimpin Pemuda dengan cara elite yang memberi kebaikan hanya kepada sekumpulan kecil pemuda sedangkan belia-belia di luar bandar masih terasing. Jika tidak KJ akan menjadi bebanan kepada BN dalam PRU 13 kelak.

Ungkapan-ungkapan beliau sebelum ini juga tidak layak di ungkapkan oleh seorang pemimpin. Pemimpin seharusnya terus memberikan galakkan kepada orang yang di pimpin supaya terus bekerja keras bukan sebaliknya.

Kegagalan PRU12 yang lalu juga salah satu puncanya di kaitkan dengan manusia yang di gelar KJ ini. Dalam blog "The Scribe A Kadir Jasin" juga ada mengulas:

Namun beberapa faktor yang menyebabkan prestasi BN merudum pada 2008 masih wujud. Mohd Najib perlu mengatasi dan menyelesaikan masalah ini kalau beliau tidak mahu nasib malang yang menimpa Abdullah tidak terjadi kepadanya. Antara faktor itu adalah:-

i. Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik;

(Pentadbiran Abdullah dituduh lemah, mungkir janji dan dilarikan oleh empat lima kerat anak menantu dan sekutu-sekutu beliau.)

Semoga pengunduran KJ dapat memberi ruang Pemuda sederap ke hadapan bagi membantu kejayaan BN pada masa akan datang.

Selamat jalan KJ.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!