Halaman

Monday, January 31, 2011

Jawapan bagi soal kubur.

Hadi masih tidak boleh menerima hakikat kekalahan PAS di sebabkan penolakan rakyat terhadap ideologi parti itu sendiri. Hadi masih lagi meletakan kesalahan kepada faktor lapok yang setiap kali PAS kalah akan beri alasan dan dah sedia untuk di cetak tanpa bukti di sertakan.
  1. Peraturan yang adil
  2. Senarai pengundi yang bersih
  3. Media yang bebas
  4. Sogokan dan rasuah projek


"Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen." - Hadi.

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen,  Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

agbr47: Dah jangka Hadi akan mengeluarkan alasan standard bagi alasan kekalahan. Bagaikan jawaban stadard soalan kubur.

sumber: Harakah

2 comments:

  1. kalau lah PAS PIS PUS menang... semua OK !!! boleh belah lah.. !!!

    Aku sesekali x akan sokong pAS ni.. apatah lagi lepas bergabung ngan DAP!!! Pantang Datuk nenek !!!!

    Peristiwa bukit kepong masih segar dlm lipatan sejarah !!!!!

    ReplyDelete
  2. hj hadi marah media masuk dlm tiap2 rumah rakyat malaysia!!!??? hadi ni ingat semua orang mudah terpesong dgn politik mcm puak2 pas ka? ada yg tak tengok langsung tv1,2 @3 tp tengok hbo, starmovies, ng, tlc, afc, eports dll. ada pulak yg lebih suka layari internet 24jam. yg ni hj hadi takmo kata apa ka?

    senang cerita kerajaan kena haramkan semua channel tv, mcm arqam buat dolu2. padan muka! sapa pun tak buleh tengok tv. satu lagi kena haramkan juga internet sbb dlm internet semua ada- video, tv itu ini, akbar2 seluruh donia dll. marilah kita kembali ke zaman SEMUANYA SERBA TIADA. tak payah berkompromi lagi. semuanya HARAM kalu tak ikut paspispuutt. err...pkr & dap nak ikut ka pengharaman channel tv & internet ni?

    (bukan kita tak tau, kalu buleh depa nak tvpaspispuut diiktiraf sebagai tv arus perdana. walhal tvpaspispuut senget sebelah manjang. kita propa benda positif, tvpas negatif sokmo...tak percaya tengok tvpas kat u-tube...ekekeke!!!!)

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!