Halaman

Thursday, January 20, 2011

Kegelojohan Mala menyebabkan PAS Labis benggang.

Mala, adalah muslimah PAS negeri Johor. Oleh kerana Labis, PAS taklah kuat sangat, orang yang kuat membebel terkehadapan sedikit dari yang lain dan seterusnya di terima sebagai pemimpin. Mala ni memang gelojoh. PAS Johor pun tak sanggup mendengar bebelan dia. Kononnya dia adalah juara di Labis.

Pada umumnya PAS Labis sedar budaya orang Johor. Sebab itu PAS Labis telah menasihati PAS Pusat supaya pendekatan berkempen di Labis secara berhemah. Sebarang kekasaran bukan merit bagi mereka tetapi sebaliknya mereka akan mendapat tentangan hebat dari penduduk. Nasharuddin Mat Isa telah datang ke Labis dan menasihati jentera piliharaya mereka supaya berhemah. Dia tidak mahu serangan secara fitnah. Dia sedar kesannya. Klik sini.

Kehadiran nuar dalam beberapa ceramah sebelum ini meninggalkan kesan kebencian penduduk kepada PR. Sekali lagi PAS Labis memohon supaya PR tidak perlu membantu kempen mereka. Majlis penamaan calun PAS yang lalu juga di minta supaya nuar jangan datang supaya menjaga sentimen pengudi di Labis.

Oleh kerana kegolojohan mala, kini pas di serang dengan aurat wanita, tidak mempamerkan akhlak Islam, wakil yang mempunyai masalah keluarga dan wakil yang menghadapi inferiority complex selain masalah Mazlan Aliman dan peribadi ketua umum pkr, nuar ibrahim.

PAS Labis memang tengah benggang. Kehadiran penceramah dari luar Labis nanti pasti akan memburukan lagi perjuangan PAS Labis.

Pemilihan mala di Labis sebenarnya bertentangan dengan strateji PAS Labis. Mala yang mempunyai inferiority complex turut memburukan lagi keadaan. Segala usaha murni PAS Labis bagi membuktikan PAS adalah parti islam di koyak rabak oleh mala. PAS Labis perlu mententeramkan keadaan semula jika ingin menarik pengundi pengundi yang setia kepada Barisan Nasional memilih PAS. Jika tidak berjaya pada pilihanraya kali ini, sekurang kurangnya PRU13 sedang menanti. sikap mala perlu di kawal. Pengundi yang di temui terutama wanita dah mula mempertikaikan sikap mala. Mala sendiri mengakui bahawa mereka hanya ramai pengikut dari kalangan orang bukan melayu. Sebab itu mala kurang jaga sensitiviti orang Melayu. Tapi nak buat macam mana kerana alah bisa tegar biasa.

Sanggupkah PAS Labis mengawal tindak tanduk mala sedangkan suami beliau sendiri mengakui tidak boleh mengawalnya?

2 comments:

  1. Kesian aku Cikgu Mala semasa bagi ceramah kat pekan Tenang Stesen sebentar tadi, tak ramai orang tempatan yg dtng walaupun pemimpin PR seperti LKS, Chua Jui Meng dan ramai lagi pemimpin DAP yg dtg. Ceramah beliau mcm cikgu nak ajar anak murid jer tak ada aura langsung.

    Berbanding calon BN yg glamer dgn nama Tok Ai ini aku yakin beliau boleh kasi cikgu Mala menangis tak tidor malam menyesal letak jawatan
    jadi cikgu.

    Semoga calon BN ini berjaya demi agama,bangsa dan negara tercinta.....Hidup UMNO!!!

    ReplyDelete
  2. TN 20:48,
    Suruh bersyarah memanglah dia tak ada aura. Nak tengok aura dia suruh menjerit. Lebih gerun dari jeritan orang hysteria.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!