Halaman

Thursday, January 13, 2011

Majlis Perkebumian Allahyarham "Aku Yang Gambi"

Penulis Blog "Aku Yang Gambi", allahyarham Aziz Bin Baharom, jenazahnya telah selamat di semadikan di Perkuburan Islam Keratong 2, selepas solat zohor pada pukul 1.45 petang tadi.
Penduduk dan pelawat menunggu di khemah sementara
Jenazah di uruskan mandi dan di kapan.
Orang ramai melihat wajah allahyarham bagi memberi
penghormatan terakhir sebelum di mandikan

UMA telah sempat menziarahi jenazah dan sampai kerumah allahyarham pada pukul 11.30 pagi. Jarak rumah UMA ke Keratong 2 sejauh 60 KM. Semua anak dan kaum keluarga telah berkumpul.  Ramai juga pemimpin UMNO yang datang. UMA tidak kenal dengan pemimpin di sana.
Balu Allahyarham


Menurut Balu allahyarham, allahyarham berumur 57 tahun. Agak sebaya dengan UMA. Pada hari Isnin, allahyarham mengajak beliau pergi keklinik kerana sakit dada. Allahyarham sendiri yang memandu kereta. Agak pelik, sampai sahaja di klinik, allahyarham kelihatan begitu tenat. Doktor mengarahkan supaya allahyarham di hantar ke hospital Muadzam. Oleh kerana komplikasi pernafasan pembedahan untuk memasukan tiup bagi membantu pernafasan di buat.

Selang 2 hari beliau di pindahkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang. Menurut balu beliau lagi, allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir pada pukul 11.50 malam tadi.

Anak Bungsu Allahyarham
UMA sempat menyedekahkan bacaan yasin, tahlil dan membantu apa yang perlu ketika jenazah dimandi dan di kapankan. Jenazah di bawah ke Mesjid Jamek Keratong 2 untuk solat jenazah selepas solat zohor dan di semadikan di Perkuburan Islam kerantong 2.

Semoga Allah mencucuri rahmatNya keatas roh allahyarham. Al Fatiha.



Jenazah di usung keluar dari Masjid Keratong 2
selepas di sempurnakan solat jenazah.

Balu allahyarham memimpin tangan anak bungsu nya
menjirus air mawar ke pusara. Sebelahnya pula ialah anak anak
allayarham yang lain.














Kain Rentang di gantung di pagar Masjid Keratong 2;  "Majlis Tahlil Memperingati Kembalinya Ke Rahmatullah Allahyarham Tun Hj Abdul Razak Dato Hussein, Pengasas FELDA".  Terdapat juga logo FELDA HANYA 1 DI DUNIA.  Moto ini juga di ambil oleh "Aku yang gambi" sebagai moto blog beliau.

1 comment:

  1. salam

    al-fatihah buat arwah gambi..moga beliau ditempatkan bersama2 golongan mereka2 yg beriman.mari semua kite sedekahkan fatihah kepada arwah..semoga keluarga arwah tabah menghadapi segalanya

    zera yatt

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!