Halaman

Saturday, January 29, 2011

Mala telah mula mempunyai ketahanan.

Macam nielah Cikgu. Baru nampak ada ketahanan mental. Jangan cepat melatah saperti dalam facebook yang lalu. Marah, merajuk berdendam merupakan satu kelemahan diri yang perlu di sembunyikan dari musuh. Jika musuh tahu tentang kelemahan tersebut, mudah bagi musuh mengalahkan kita. Mereka tak perlu bunuh kita dengan senjata, cukup membuat kita merajuk dan akhirnya kita membunuh diri kita sendiri. Dalam merebut sesuatu peluang, musuh akan sengaja buat kita merajuk. Kalau kita merajuk, hak kita akan kita berikan kepada musuh dan kita akan kehilangan hak kita sendiri.

Satu lagi, menunjokkan sikap berperang dengan pengarah pelajaran pun tak elok kecuali suami Cikgu memang telah membuat keputusan untuk bersara dari jawatan perguruan dia. Jika tidak, rakyat akan lihat selepas ini gajah dengan gajah berperang, di tengah tengah kancil juga yang akan mati. Anak murid yang jadi mangsa. Apa pun alasan Cikgu, orang cuti sakit hendaklah berihat samada di hospital atau di rumah. Saya pernah menjadi seorang wakil majikan. Kalau ini alasan pekerja, nescaya DI lah jawabnya. Jika boleh menjalankan tugas berat saperti berkempen menunjokkan layak berkerja.

Suami Cikgu dah menganyaya doktor yang belas dan membantu suami Cikgu. Walau bagaimana pun saya fikir satu perkara yang bijak Cikgu memberikan alasan komitmen suami Cikgu dalam tugas. Jawapan positif macam ini yang patut Cikgu amalkan. Bukan membebel tak tentu arah. Bukankah Cikgu juga dulu seorang pendebat yang baik. Kalau Cikgu tak mahu orang campur adukkan hal Cikgu dengan suami Cikgu, Cikgu juga sepatutnya tidak mencampur adukkannya masalah suami Cikgu dengan majikannya. Sikit kopi yang Cikgu taruk, lagi banyak susu yang orang lain akan tambah. He....he....

Saya suka dengan ketahanan metal Cikgu kali ini jika di bandingkan dengan jawaban Cikgu di facebook selepas mendapat komen dari Soi Lek. Tapi di hujung hujung telah nampak kegelisahan. Saya yakin, kalau di asak lagi, Cikgu akan mengelabah. Suara latar tu sendiri memang suara orang desperate. Suara dia itu tidak membantu Cikgu. Hati hati apabila membuat kenyataan terbuka kepada orang awam apatah lagi kepada blogger atau wartawan. Sedikit negetif yang Cikgu pamerkan memang buruklah padahnya.

agbr47: Cuba lagi di PRU 13.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!