Halaman

Thursday, January 13, 2011

Mengenang Penulis "Aku Yang Gambi" - Al-Fatiha

UMA terharu mendengar kabar bahawa "Aku Yang Gambi" telah kembali ke rahmahtullah jam 11:30 malam tadi. Al-Fatiha. UMA berharap, ada rakan rakan blogger yang mengetahui latarbelakang beliau dapat menulis pengesahan tentang diri beliau supaya dapat di hayati oleh pembaca semuanya.


Merujuk kepada blog "Aku yang Gambi",beliau baru juga menulis di blog seawal 10 Dec 2009 dengan entri  bertajuk  "Mahfuz- 'jangan jadi budak nakal' tok guru Nik Aziz" dua tahun yang lalu. Dan artikle beliau yang terakhir ialah pada hari minggu lepas 9 Jan 2011 bawah tajuk "Karpal Singh peguam dan juga saksi Anwar meliwat ?"


Gambi mempunyai follower seramai 577 pengikut dari perlbagai parti dan peringkat umur. Beliau begitu aktif menulis blog.

  1. Tahun 2009: 238 artikel
  2. Tahun 2010:  182 artikel
  3. Tahun 2011: 8 artikel.
Moto hidup Gambi dari profile beliau ialah  "Aku ini, walau pun tidak sempurna, tapi biar hidup seperti LEBAH, tidak akan menyengat kalau tidak diusik, malah berbakti kepada masyarakat dengan meninggalkan madu sebelum pergi. Jangan hidup seperti lalat, hanya suka kepada tempat yang kotor dan jijik." Manakala filem kegemeran Gambi ialah filem Tamil kerana hero selalu menang dan boleh lawan berpuluh puluh orang.

Alhamdulillah, sebelum mengakhiri hayat beliau, beliau begitu berminat membaca kitab kita agama.

Semoga Allah mencucuri rahmat Nya ke atas roh allahyarham. Al -Fatiha.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!