Halaman

Sunday, January 9, 2011

"Menteri UMNO Tak Tahu Barang Naik", KP UMNO Jawab.

Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Dato’ Ahmad Bin Maslan pagi ini mencabar Kerajaan-Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat supaya mengawal dan menurunkan harga minyak.


Sebelum ini, dalam setiap ceramah parti pembangkang, terutama Anuar Ibrahim kerap mempertikaikan bahawa kerajaan Barisan Nasional sebagai tidak cekap menyebabkan semua barang naik. Anuar Ibrahim pernah memperlekeh pemimpin UMNO sebagai tidak tahu harga barang naik. Anuar ketika berucap di hadapan 500 orang penyokong PKR Cabang Labis di Restoran G & D Labis berkata; "Pemimpin UMNO mana tahu barang naik. Dia tidak makan di warung-warung. Kalau makan pun free. Sana free, sini free. Dia tak bayar. Mana dia tahu barang naik?" kata beliau yang di sambut dengan gelak ketawa serta tempok tangan penyokong-penyokong beliau.


Dato Ahmad Maslan,  Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bertanya  negara manakah di dalam dunia ini yang harga barang tidak naik. Bagi menjawab masalah kekurangan minyak masak beliau menyatakan bahawa minyak masak kita yang telah di beri subsidi, harganya lebih murah dan mungkin di seludup ke negara jiran.


Ahmad Maslan mencabar parti pembangkang ketika lawatan beliau bertemu dengan pemimpin Barisan Nasional di Labis bagi membalas hujah pembangkang termasuk Anuar Ibrahim pada ceramah-ceramah Anwar di Labis sebelum ini.


Dengan nada sinis Dato Maslan berkata yang pembangkang mengelarkan BN bermakna "Barang Naik" sebaliknya dia mencabar negeri di bawah pemerintahan pembangkang turunkan lah harga barangan dan juga harga minyak dalam kerajaan pemerintahan mereka. Turunkan harga gula, turunkan harga minyak masak, turunkan harga LPG, turunkan harga diesel ….” ujarnya lagi.


Menurut Ahmad Maslan, apabila ini berlaku, bolehlah rakyat negeri lain turun ke Negeri Pakatan Rakyat untuk mengisi minyak secara beramai-ramai dan beliau percaya negeri-negeri tersebut tidak akan berkemampuan bertahan dari segi kewangan apabila ini terjadi.


Senario sebegini yang terjadi hari ini kepada barang-barang yang diberi subsidi mengakibatkan ia lebih murah dari pasaran serantau. Akibatnya berlaku penyeludupan pada skala yang merugikan negara dan rakyat.


sumber: Kickdefella


agbr47: Balik-balik air Selangor free dan negeri pemerintahan PR lebih baik dari negeri pemerintahan BN. Kedua-duanya tidak boleh di berikan kredit. Dalam ucapan tidak pula di nyatakan negeri Kedah air naik. Yang sekarang free tu pun tak tahu berapa lama boleh bertahan. Cuma cakap aje negeri pemerintahan PR lebih baik tetapi tidak pula di berikan benchmark untuk di jadikan pebandingan. Jelas Anuar telah meletakkan penyokong-penyokong mereka seolah-olah terlalu dungu dan boleh di gula-gulakan.



No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!