Halaman

Wednesday, January 5, 2011

Nuar Bakar Minyak Di Labis?

Kenaikan harga barang merupa isu sensitif kepada rakyat. Tidak kira penyokong pembangkang atau penyokong parti kerajaan. Jika ada apa-apa kenaikan harga penguna pembangkang akan mencanang keseluruh negara tentang kenaikan tersebut sebagai satu kezaliman kerajaan kepada rakyat.

Sebelum kenaikan Ron97, nuar telah membakar perasaan penduduk Felda Cemplak dengan kenaikan harga minyak di dalam majlis yang kononnya mesra bersama rakyat tetapi jelas merupakan satu dari kempen bagi Piliharaya Kecil Tenang. Ucapan itu di videokan supaya dapat di tunton oleh rakyat melalui youtube. Rakyat teransang dengan isu itu. Kebetulan pula Ron97 naik hanya beberapa hari dari ceramah tersebut.

Kenaikan Ron97 tidak melibatkan kepada rakyat biasa yang mengunakan Ron95. Penguna kenderaan melebihi 2000cc sahaja yang merasai bebanan tersebut. Jika mereka mampu membeli kereta mahal, mereka juga mampu menanggung kos pengunaannya. Kebanyakan rakyat tidak berapa jelas dengan perbezaan ini. Yang rakyat faham minyak naik di turuti harga barang naik. Ada juga seorang pensyarah dalam blog sembangnya mempertikaikan kenaikan Ron97 sebagai membebankan rakyat. Kalau pensyarah tidak faham, rakyat berlebih-lebih lagi.

Pehak kementerian yang bertanggungjawab hendaklah memberi penjelasan yang berterusan supaya perkara yang mengelirukan rakyat dapat di perjelaskan melalui pelbagai media supaya dapat mengurangkan tekan perasan rakyat.

Harga minyak adalah faktor yang tidak boleh dikawal. Seluruh dunia terpaksa menanggung kesan perubahan harga pasarannya.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!