Halaman

Tuesday, January 11, 2011

PAS Berjaya Mempengaruhi Polis Segamat?

Khairul , timbalan pengarah jawatankuasa operasi pilihan raya kecil DUN Tenang dari parti PAS telah berjumpa dengan polis negeri dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Segamat memohon kerjasama supaya memastikan suasana perjalanan PRK Tenang nanti dapat dikawal," katanya. Sila kik sini. 


Apakah IPD Segamat kecut perut mendengar arahan Khairul? UMA berpendapat tak payahlah nak nasihatkan Polis. Polis tau kerja mereka. Malahan sebelum ini yang buat onar pun mereka sendiri. Mereka juga yang menuduh Polis dengan pelbagai tuduhan dan provokasi.


Hari ini UMA lihat Polis memang telah bersedia menghadapi apa jua cabaran ketika tempoh PRK Tenang kelak. Dalam tinjauan UMA, UMA dapati Polis telah menyediakan Pondok Polis berhadapan setiap bilek gerakan parti-parti politik. Walau pun bilek gerakan tersebut hanya jarak beberapa meter sahaja antara satu sama yang lain. Setiap pondok tersebut di berikan nombor. UMA anggarkan tidak kurang 20 pondok telah di dirikan berhadapan atau berdekatan dengan bilik gerakan semua parti dalam bandar Labis. Polis dah macam "JAGA" bilek gerakan pula.


Apakah pandangan pembangkang dengan pondok-pondok polis ini nanti. PAS tentu mendabik dada bahawa kewujudan pondok-pondok ini adalah atas arahan mereka. Bagaimana pula jika polis terlalu ramai dan menyukarkan kerja samseng mereka? Sudah tentu mereka akan mengatakan UMNO zalim kerana menghalang demokrasi kepada parti pembangkang dengan menghantar dan mengunakan kuasa polis menghalang kegiatan mereka. Dah tabiat pembangkang jika baik mereka punya dan jika tidak memihak kepada mereka menjadi bahan fitnah kepada kerajaan dan Polis.


Walau bagaimanapun pejabat  PKR Labis tiada pondok polis di dirikan dan masih lagi lesu. Mungkin PKR mengkadamkan PAS dan DAP menjalankan operasi piliharaya kerana PKR sedar bahawa Melayu Labis memang menolak parti pemusnah rakyat tersebut. Lalu UMA terfikir, kenapa ramai sangat penyokong PKR dalam dewan restoran G & D yang lalu? UMA anggarkan ada 500 kaum Cina yang menghadiri makan malam tersebut. UMA berpendapat ini hanyalah satu drama PKR. UMA yakin separuh yang hadir ialah dari PKR pusat, negeri dan daerah manakala yang selebihnya adalah dari Dap Pusat, negeri dan daerah. Cina Labis takdenya seramai itu. PAS hanya hantar wakil untuk 2 buah meja sahaja.


Apa-apa pun UMA ucap tahniah kepada pehak Jabatan Keselamatan yang begitu bersungguh sunggu memastikan keselamatan dan ketenteraman awam terjamin.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!