Halaman

Sunday, January 2, 2011

PAS Bersih Di Tenang.


Pengarah Pilihan Raya Kecil  PAS bagi Dun Tenang, Salahuddin Ayub memberi jaminan bahawa Pakatan Rakyat akan menghadapi Umno BN secara 'gentleman', berdisiplin dan mengikut lunas-lunas demokrasi sebenar dan sebaliknya menuduh konon BN memulakan provokasi mencabar kesabaran jentera Pakatan saperti yang berlaku di Bagan Pinang. "Mereka kepung bilik gerakan kita, pukul petugas kita." fitnah Salahuddin kepada Haprak Daily Net.

"Kali ini kita nak beritahu mereka, walaupun kita begini, jangan cabar kita."Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," katanya yang juga Naib Presiden PAS memulakan ungkapan provokasi untuk kempen PRK Tenang yang akan berlangsung pada akhir bulan ini.

Boleh percaya provokasi bermula dari UMNO?

PAS sebuah parti yang tidak menghurmati undang-undang. Undang-undang di letakkan di tangan ahli mereka.Undang-undang di cabar. Raja-Raja di sanggah. Agama di permainkan. Ungkapan "Kita sedia menari ikut irama yang mereka dendangkan," itu sendiri telah menunjokkan Salahuddin Ayub memang kaki gaduh atau bersedia untuk bergaduh.

Semuga petugas kempen BN nanti tidak terpedaya dengan taktik PAS. Saya fikir biar mereka melenting saperti beruk dan kita dua ketawakan sahaja.

Selepas beberapa siri PRK yang lalu, mesjid dan surau sentiasa di salah gunakan oleh Parti Agama Songsang PAS. Baginda Sultan Johor amat mengambil berat tentang kesucian masjid dan surau. Saya yakin mereka akan melakukan provokasi pula kepada Baginda Sultan. Sama-sama kita lihat.

agbr47: Din, kita kat Johor Din. Awak pun orang Pontian. Dah masak dengan budaya kita di Johor. Ketertipan kita di sini ada. Nak bertanding, bertandinglah. Menang kalah, pengundi yang tentukan. Tak rugi kalau berkempen secara sihat pun.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!