Halaman

Tuesday, January 25, 2011

PAS Lebih menghargai DAP dari Anwar.

Semenjak kempen PRK Tenang, PAS Johor lebih redha kehadiran DAP jika di bandingkan dengan kehadiran Anwar Ibrahim. Malah pemimpin radikal PAS saperti Niza juga di tolak. PAS Johor sedar sentimen orang Johor bahawa mereka menolak Anwar dan pemimpin PAS yang radikal.

Sejak awal awal lagi Nasharudin Mat Isa telah datang ke Labis menasihati jentera piliharaya mereka supaya berkempen secara berhemah. Matlamat bukan untuk menang tetapi mengurangkan undi majoriti UMNO pasti akan gagal jika sentimen Melayu Johor terutama di PRK Tenang tidak di jaga.

Apabila ada perkara yang menyentuh perasaan orang Melayu saperti isu jenazah di imamkan oleh jentera piliharaya PAS Pahang serta terbiar dan mengharamkan undi UMNO oleh nizar, PAS cepat cepat memohon maaf dan menunjokkan mereka mengambil tindakkan keatas perkara itu. MSO dalam blognya dengan pantas mempertikaikan isu jenazah sebagai remeh dan Salahudin cepat cepat membuat kenyataan akhbar bagi mententeramkan perasaan penduduk di sini di atas ketelanjuran nizar.

Dalam semua kempen PAS di Labis, PAS lebih menghargai DAP saperti mengarak bendera DAP keliling Bandar Labis. Tidak kelihatan bendera PKR di arak walaupun PKR kelihatan lebih melayu dari DAP.  Lebih banyak penceramah DAP di beri peluang berucap dalam kempen mereka di bandar Labis dan Tenang Station. Begitu juga semasa upacara penamaan calun yang lalu, pentas bergerak yang memberi peluang YB YB Pas berucap secara silih berganti, kesemuanya berpendirian bahawa DAP baik cuma UMNO menanamkan persepsi yang salah terhada DAP. Malahan suami Cikgu Normala juga menghalang nuar dari berceramah menyokong kempen isterinya. Pas Johor cukup faham sentimen orang melayu Johor yang menentukan kesan terhadap majoriti undi mereka nanti.

Jelas PAS lebih takut Anwar dari DAP yang akan memudaratkan sokongan pengundi terhadap parti mereka. Pas menghargai DAP dan berharap DAP akan berjaya memancing undi bukan Melayu dalan PRK itu nanti. Apatah lagi pejabat PKR Labis yang sentiasa lesu sejak kematian allahyarhan Dato Sulaiman Taha berbanding kecergasan Dap memulakan semakan pemilih piliharaya walaupun jenazah allahyarham belum sempat sampai kerumah beliau di Labis.

Apakah PAS beranggapan nuar lebih merbahaya???

agbr47: Melayu Johor beranggapan kedua duanya adalah musuh negara.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!