Halaman

Saturday, January 22, 2011

PAS menyediakan program yang lebih teratur pada majlis penamaan calun.

Setelah bersama sama kumpulan PAS bagi majlis mengiringi penamaan calun, UMA lihat PAS mempunyai program yang lebih tersusun.



Di barisan hadapan berhadapan tembok rintangan Polis FRU, terdiri dari pemimpin pemimpin PAS Pusat dan Negeri, pemimpin Keadilan dan pemimpin DAP. Manakala penyokong penyokongnya pula membuat kegiatan masing.  Walau bagaimana pun Gobala dari parti Keadilan membuat provokasi kepada kumpulan BN dengan maki hamun di depan Polis FRU. Lagak Gobala di bantu seorang lagi pemimpin dari Parti DAP yang juga seorang India. Gobala menjerit bahawa penyokong BN telah mencuri batteri dia. Dia terus mengeluarkan kata kata kesat. Kelihatan pasukan Polis hanya bersabar dan tidak bertindak balas dengan tingkahlaku yang di lakukan oleh Gobala.


20 meter dari tembok rintangan, Dap mengangkat piket sambil membuat bulatan dan menyanyi beramai ramai. UMA tak tahu apa yang dia nyanyi. Lagu Cina. Sesekali terdengar orang ramai menyebut ceng, ceng, ceng. Mungkin dia beri tahu dah menang agaknya kot. Ada beberapa piket di naikkan saperti harga barang naik dan beberapa piket di tulis dalam bahasa tionghua.

Penceramah dari Bangi
100 meter dari tembok, pentas bergerak pula menyajikan ucapan berapi dari YB yang sama hadir. Kebanyakannya YB dari Selangor saperti Bangi, Sekincan dan entah mana mana lagi. YB sekincang banyak bertutur dalam bahasa Jawa. Dia kata orang Johor banyak Jawa. Orang Kelantan tercenggang cengang. Ada satu dua perkataan yang UMA tolong terangkan. UMA pun tak tahu cakap Jawa. Satu dua patah yang selalu dengar tu bolehlah. YB sekincan membangkitkan isu Dr Khir Toyo rasuah dalam pembelian tanah dan rumah. Dia juga kata jet tentera udara terbang tak pakai enjin kerana enjin dah kena curi. Kapal selam tak boleh selam. Kerajaan BN kerajaan pencuri. Pentas ini menjemput semua pemimpin berucap seorang demi seorang lebih kurang 15 hingga 20 minit. Ucapan juga di selangi dengan puisi maha firaun zalim
Puisi Mahafiraunzalim dan jatuhkan BN

Yang menarikya, pembesar suara di tala arah kumpulan BN bukan kepada pendengar.

UMA kagum kesepakatan pemimpin dan penyokong dalam sesuatu ceramah. Pemimpin dan pendengar sentiasa berinteraksi. Walaupun UMNO ada sikit sikit ikut. PAS memang menang. Penceramah seru, pendengar sahut. Ini semangat jati diri beb. Kalau jati diri dah terbina, cakaplah apa, kutuklah apa, telinga tetap tuli.


150 meter dari  tembok rintangan sekumpulan India memukul gendang dan ada yang menari. Pada mula UMA ingatkan bunyi kompang. Oleh kerana bunyi gendang tersebut terlalu kuat dan menganggu ceramah pemimpin PAS yang sedang berucap, kumpulan itu di minta supaya berhenti.

Di antara pemimpin PAS yang hadir
Sepanjang perjalanan dari tempat meletak kereta hingga kawasan berkumpul, peniaga yang menjual rakaman ucapan anuar ibrahim menayangkan ucapan tersebut bagi menarik perhatian yang hadir.
UMA Sempat membeil kipas undilah PAS, alat mengetuk paku.
Di pehak BN tak adalah temasya saperti itu. Hanya 1 atau 2 orang yang mengeluarkan kata kata semangat Hidup UMNO yang di sahut oleh 5 atau 6 orang . Selebihnya berterabur dan ada yang duduk di lorong belakang Bangunan Majlis Daerah Labis menumpang berteduh di rumah rumah teres dari bahang matahari.
Deritan Bas dari pelbagai negeri
agbr47: UMNO, memang kurang kreatif. Lagu lama. Semangat rakyat sahaja yang tinggal.

2 comments:

  1. Dulu membangun bersam Islam
    Sekarang membangun bersama DAPig
    Dulu memimpin bersama Islam
    Sekarang DAP memimpin Islam
    Dulu Islam di hormati
    Sekarang Islam di pijak & hina

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!