Halaman

Sunday, January 23, 2011

PAS telah memulakan PROVOKASI sejak penamaan calun lagi.

Apa yang UMA lihat, PAS telah memulakan provokasi sejak dalam upacara penamaan calun lagi.
  1. Menyediakan pentas pidato bergerak yang memberi ruang kepada semua pemimpin PAS berucap sedangkan upacara penamaan calun sedang berjalan didalam Dewan MDL. Pembesar suara sengaja di tala ke arah kumpulan BN yang jaraknya hanya 200 meter dari pentas tersebut.
  2. Gobala dari parti PKR dengan seorang lagi pemimpin DAP menjerit jerit di hadapan Polis FRU menuduh puak BN mencuri batteri beliau. UMA tak jelas batteri apa. Kemudian beliau menokok lagi; "Engine TUDM di curi, batteri saya pun mahu di curi". Provokasi maki hamun yang berjalan beberapa minit itu sengaja di lakukan kerana pemimpin PAS lansung tidak menghiraukan perbuatan Gobala tersebut. Gobala mengharapkan supaya FRU akan bertindak. Syukur, provokasi tersebut tidak termakanlah oleh pihak polis.
  3. Menyediakan billboard doa menjahanamkan UMNO supaya doa 30,000 orang yang berada di perhimpunan tersebut, sebagaimana di dakwa oleh juruacara, menghilangkan pertimbangan penyokong penyokong UMNO. Sekali lagi pembesar  suara pembacaan doa itu yang di baca oleh penyokong PAS di talakan ke kumpulan UMNO. Alhamdulillah, UMNO tidak bertindak balas dengan provokasi tersebut.
  4. Kaum India dari PR menyediakan alat musik gendang India bagi membangkitkan kemarahan pihak lawan. UMNO hanya jerit "Hidup BN" dengan di sahut oleh beberapa penyokong sahaja. Mungkin suara seruan tidak di dengar sampai ke belakang.
  5. DAP menyediakan choir Cina sambil membawa beberapa sepanduk dalam bahasa Malaysia dan Thionghua saperti harga minyak naik dan harga barang naik. Gobala secara berseloroh suruh kumpulan tersebut nyanyikan lagu sex soh lek
UMA lihat UMNO tidak menyediakan peralatan dan program saperti itu. Ada buruk dan baiknya. Upacara yang membosankan tersebut mudah membuat kumpulan berpecah. Strateji PAS menyediakan peralatan dan pelbagai acara sampingan membuat penyokong setiasa berada dalam kumpulan mereka. Sebaliknya jika UMNO juga melakukan perkara yang sama, pasti kekacauan pula yang timbul.

Sebaik sahaja upacara penamaan calun selesai, segerombolan pemuda dalam 20 biji motor yang mengimbarkan bendera BN berarak kekawasan penempatan penyokong PAS dengan menderumkan bunyi motor dan hon.

Khairy tolong jaga budak budak kau tu. Kalau nak berarak, janganlah pergi ketempat kem PAS. Mereka tu semua tak boleh boleh mengundi. Itu adalah satu provokasi yang tidak berfaedah.

agbr47: Jangan ikut rentak musuh.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!