Halaman

Saturday, January 15, 2011

Patutlah PAS tak boleh maju

Saya Tidak Percaya Tetapi Kena Percaya

TENGAH hari tadi saya menerima SMS dari Mat Maslan yang memaklumkan satu sejarah baru berlaku di kawasannya di Benut, Johor. Sukar untuk saya mempercayai akan sejarah itu baru bermula. Tetapi kerana beliau sendiri yang kirim dan terlibat dalam sejarah itu maka saya kena percaya.

Begini tulis Mat Maslan; "Sejarah tercipta di Benut Pontian pagi ini 14/1/11. Maybank pertama dalam pejabat Pos dilaksana di Benut. Kawasan Benut belum ada bank, berjaya ada bank dengan keadaan syenergistic coporetion dan win-win. Saya rasmikan dengan ada sekali DS Wahid Omar CEO Maybank D Syed Faisal CEO Pos Malaysia.

"Pos ada 700 seluruh negara dan Maybank ada 400. Sebanyak 400 Pos tak ada Maybank, jadi dalam masa tidak berapa lama Maybank akan ada 800 cawangan. Satu tranformasi bijak sana."

Fahm ke? Apa yang Mat Maslan Felda ini nak cerita ialah mengenai kewujudan bank di Benut. Saya tidak percaya kalau selama ini Benut tidak ada bank seperti mana kata Mat. Saya ingat Benut sudah lama ada bank semacam itu.

Johor kubu Umno yang dikira kaya sepatutnya sudah lama bank dengan keadaan syenergistic wujud. Tetapi rupa-rupanya baru wujud hari ini. Mungkinkah kalau Mat Maslah tidak menjadi wakil rakyat kawasan itu bank seumpama itu tidak wujud lagi.

Wah hebat sungguh Mat Maslan, berjaya tubuh bank dan dia juga merasmikannya. Jarang anak Melayu dan wakil rakyat Melayu mendapat peluang seperti Mat Maslan mencipta sejarah.

Tahniah kepada Mat Maslan kerana berjaya menempah sejarah di Benut? Mudah-mudahan selepas ini akan jadi menteri penuhlah Mat! 



sumber: MSO


agbr47: Macam tak percaya pulak laporan si MSO tu. Takpelah. UMA kerap balik ke Pontian. Ibu mertua di Kg Sawah, Pekan Nenas. Biasa UMA ikut Parit Madironoh, Parit Sikom, Parit Adnan dan terus ke Kg Sawah. Kadang kadang ikut Benut terus ke Kampong Parit Semerah, Pontian. Kampong kelahiran UMA. Kakak ada di sana.


Mat Maslan ini tau ke apa itu bank? Kalau setakat ATM,  bekas kilang yang UMA bekerja dulu pun ada. Kalau setakat sediakan ATM, takpayah jadi wakil rakyat. Pekerja UMA yang hanya kelulusan SPM pun boleh buat.


Hai, baru urus macam tu dah layak jadi menteri? Biar betul kau MSO?

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!