Halaman

Sunday, January 2, 2011

Pemimpin berselerakan Indon

Sempena tahun baru UMA mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengunjung. Sempena tahun baru juga Pok Nik sempat menyaksikan persembahan Wali Band. Rupanya Pok Nik pemimpin berselerakan Indon juga. Dari itu hadiah UMA untuk Pok Nik sempena tahun baru ini dengan menghadiahkan sebuah lagu dari Indon juga.



PRK Tenang PAS dah mula menganas. Jika DAP menterbiahkan masjid, PAS berdakwah kat kedai Cina di Labis. Untuk menarik perhatian pengundi Cina, PAS sanggup berkempen walaupun di dalam kedai makanan menjual babi.

Dari itu kempen terbuka dah bermula. Risalah telah mula di edarkan. PAS terlupa ke nasihat SPR bahawa kempen masih belum boleh di mulakan lagi?

Isu rogol, Malaysia tidak selamat, kenaikan harga barang di tebarkan fitnah kepada pengundi-pengundi PRK Tenang di Pekan Labis sambil minta sempati dari mereka manakala isu-isu yang berkaitan Felda di canang di kawasan Felda pula.

Dalam risalah  Senario selepas 30 tahun merdeka PAS memuatkan 13 perkara:
  1. Gejala murtad semakin meningkat
  2. Rasuah jenayah semakin meningkat
  3. Anak luar nikah semakin meningkat
  4. Keselamatan anak-anak tidak terjamin
  5. Kebanjiran pendatang asing
  6. Hak Melayu semakin hilang.
  7. Pendidikan dan kos perubatan bukan percuma lagi.
  8. Minyak naik hampir RM 2.00 se litre
  9. Barang dapur semakin mahal
  10. Bil elektrik, air dan telefon semakin tinggi
  11. Kos sara hidup meningkat
  12. Kehidupan rakyat semakin terhimpit
  13. Unsur-unsur pemikiran penjajah berterusan
  14. Dan akhirnya negara tergadai.
Dalam risalah "....Ubah sekarang, selamatkan Malaysia:
  1. Mereformasi insitusi-insitusi penting negara saperti SPR, SPRM, Pejabat Peguam Negara, PDRM untuk mengembalikan kewibawaan sistem pentadbiran kerajaan.
  2. Memasuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)
  3. Mengarah Khazanah Berhad, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)  dan lain-lain badan milik kerajaan yang memiliki konsesi lebuh raya untuk menyempurnakan ambil alih asset lebuhraya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol.
  4. Merombak strucktur subsidi negara bagi mengurangkan subsidi kepada pehak swasta (saperti subsidi sebanyak RM 19 billion kepada penjana bebas) dengan memindahkannya bagi menampung subsidi rakyat.
  5. Mengiktiraf peranan dan jasa kakitangan awam dengan mengkaji semula struktur gaji bermula dengan menaikan imbuhan perguraun dengan RM 500 sebulan setiap seorang guru sebagai penghargaan guru pendidik bangsa.
  6. Menjadikan air sebagai hak rakyat dengan mengembalikan semua konsesi  pengurusan air yang di uruskan swasta kepada kerajaan
  7. Menyediakan internet Wi-Fi percuma kepada semua rakyat di kawasan bandar dan separa bandar.
  8. Membatalkan Felda Plantation bagi tujuan membuka ladang-ladang yang kini di uruskan kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  9. Menaikan royalti minyak kepada Sabah, Serawak, Trengganu dan Kelantan kepada 20%
  10. Menubuh Suruhanjaya Diraja bagi menyelesaikan kemelut pendatang tanpa izin dan kerayatan di negeri Sabah.

Bukan sahaja di Labis, di Melaka gerakan berkempen telah di mulakan di pusat-pusat membeli belah untuk persedian bagi PRU 13 nanti. Klik sini


BN telah berjaya memberikan tekanan kepada PAS sehingga PAS begitu tertekan dan berbuat apa sahaja untuk memancing undi di PRK Tenang.

Laporan dari Labis oleh : Zera Yatt.



No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!