Halaman

Tuesday, January 4, 2011

PRU13 Bakal Mengulangi Tsunami Yang Sama?

Ramai rakyat begitu kecewa dengan tidakkan sambil lewa pemerintah dalam menagani isu-isu sensitif sekarang ini. Ada juga yang telah di ambil tindakkan tetapi keputusannya amat mengecewakan. Blogger Pro Kerajaan telah memainkan peranan menyerang pembangkang dengan bersungguh sungguh malangnya segala usaha tadi terbiar begitu sahaja.Ramai lagi anak muda yang masih terpengaruh dengan parti pembangkang manakala Pemuda gagal mendekati mereka dengan berkesan.  

A Kadir Jasin dalam blognya "The Scribe A Kadir Jasin" mengulas, "Pemulihan BN masih tidak muktamad dan kacau-bilau dalam PR serta di kalangan parti-parti anggotanya mungkin tidak seburuk yang digembar-gemburkan oleh media massa pro-pemerintah.". Beliau juga menambah, "Masih ramai ahli dan penyokong BN, khasnya Melayu, yang berpaling tadah kepada pembangkang kerana “benci” kepada pentadbiran Abdullah masih kurang yakin bahawa pentadbiran Mohd Najib lebih baik;

Manakala kami blogger penyokong kerajaan kerap hampa apabila kerja keras kami membuat serangan kepada pembangkang untuk menyatakan pemerintah itu lebih baik malangnya tidak dapat apa-apa sokong secara tindakkan dari kementerian yang bertanggongjawab. Isu-isu tersebut berlalu begitu sahaja. Kami melakukannya dengan ikhlas hati tanpa apa-apa imbuhan dari pemerintah. Ia semata-mata  memperjuangkan dan mempertahankan negara yang bertuah ini tidak jatuh ke tangan manusia-manusia durjana.

Jika benar pandangan A. Kadir Jasin yang berpendapat, "Walaupun Mohd Najib lebih popular berbanding Abdullah, tetapi beliau berdepan dengan pembangkang yang lebih kuat." akan mengagalkan usaha kami membantu kejayaan parti pemerintah, jika parti pemerintah sambil lewa mengambil tindakan kepada pembangkang dan penyokong-penyokongnya di atas tindak tanduk mereka. Walaupun kami tidak berputus asa di dalam perjuangan ini sebaliknya pembangkang lebih bermaharajalela bagi menarik pengundi-pengundi atas pagar dan pengundi-pengundi yang masih berpaling tadah dengan memainkan provokasi, fitnah, isu-isu agama yang di putar belitkan, rasis serta memburuk-burukkan raja-raja yang di sogok kepada rakyat saban hari. Seolah-olah pembangkang lebih kuat dari parti pemerintah. Perkara saperti ini diburukkan lagi dengan tiadanya penambahan pengundi-pengundi baru.

Bagi mendapat sokongan pengundi-pengundi baru pula, pengundi-pengundi baru di kawasan taman perumahan, pekan pekan kecil dan kampung masih tiada siapa yang peduli. Amat berbedza dengan semangat yang di tunjukan oleh parti pembangkang yang kerap membuka kaunter semakan pengundi dan mendaftar pengundi baru di tempat-tempat awam saperti di perhentian bas dan juga di pusat membeli-belah. Terbukti, pada hari Allahyarham Dato Sulaiman Taha kembali kerahmatullah, belum lagi jenazah sampai kerumah, DAP telah membuka kaunter semakan pengundi di perhentian bas Labis. Bukankah kita lebih percaya kepada orang yang kita jumpa dulu? Cukuplah mengurus rakyat dengan secara elite kerana dia hanya menguntungkan sebilangan kecil kumpulan sahaja. Manakala yang lain memandangnya dengan perasaan benci.

Dalam lawatan kerja  Yb Datuk Dr S Subramaniam (Parlimen Segamat) ke Taman Yayasan, Segamat pada 30hb yang lalu, sebahagian remaja telah turut hadir ke majlis ramah mesra tersebut untuk mendapatkan sedikit bantuan peruntukan sukan. Sebahagian besar mereka telah boleh mengundi. Saya bertanya mereka samada mereka telah mendaftar sebagai pengundi baru atau belum. Amat terkejut apabila kesemua mereka kata belum. Semasa bersalaman untuk pulang, YB juga tidak bertanya samada mereka telah mendaftar atau belum. Saya telah mebuat teguran kepada Ketua UMNO Cawangan. Selepas teguran di terima, adakah tindakan susulan di buat?


Sepatutnya, dalam majlis sebegini, UMNO perlu mengambil peluang mendekati remaja dan membantu mendaftarkan mereka. Komputer yang telah di bekalkan tidak di munafaatkan untuk menyemak pengundi baru secara online. Hentikanlah seruan melalui mesyuarat-mesyuarat atau perjumpaan umum menyeru remaja yang yang belum mendaftar supaya mendaftar. Seruan tersebut tidak sampai kepada mereka. Sebaliknya turun ke bawah menemui mereka saperti yang di lakukan oleh DAP dan sekutu sekutunya.

Parti Pemerintah perlu ingat bahawa pada PRU 12, PR tidak kuat tetapi BN sangat lemah. Jika di biar rakyat terus membuat persepsi bahawa BN masih lemah manakala pembangkang kuat, dan tidak bekerja keras mendapatkan pengundi baru, adalah munasabah tsunami 2008 akan berulang lagi.

2 comments:

  1. Salam Bro ...

    Minta izin linkkan blog saudara bersama blog kami. Wasalam

    ReplyDelete
  2. GWM,

    Terima kasih kerana sudi mengujung blog UMA. Blog GWM memang telah ada dalam senarai blog UMA. Blog GWM di antara blog yang saya minati. Graphic, gambar dan isu amat menarik. Jika tiada keberatan sila link UMA ke blog GWM. Saya baru, tolong-tolonglah tunjuk ajar.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!