Halaman

Sunday, January 30, 2011

Rumah UMA Juga Banjir.

Tak pernah jadi dalam sejarah rumah UMA sendiri yang banjir. Dah 20 tahun UMA tinggal di sini, tidak pernah banjir atau banjir kilat. UMA berpendapat, jika Taman UMA boleh banjir, Bandar Segamat akan tengelam. Mungkin kerana persekitaran Taman Yayasan tempat tinggal UMA telah di bena banyak taman perumahan baru, air yang sepatutnya bertakung kedalam paya kini terpaksa melalui jalanraya perumahan untuk mencari tanah yang lebih rendah.

Anak UMA yang ingin pulang dari Trenganu juga di nasihatkan supaya tidak balik hari ini kerana beberapa kawasan jalan Segamat-Kuantan di beritahu terputus. Jalan Segamat-Chaah, Segamat-Tangkak juga di laporkan terputus. Gambar di sekeliling rumah UMA di hadapan dan di belakang.




Rumah Hj Ismail berhadapan rumah Mr Yau lama dahulu, air telah masuk hingga ke ruang tamu. Apa kah air akan masuk ke ruang tamu rumah UMA pula. Air masih lagi mengalir dengan laju.

Jangan jangan UMA juga dapat merasa mencuci rumah selepas banjir.

1 comment:

  1. Kereta aku tadipun mampus kat 5/10. Macamlah mana nak pergi office esok...

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!