Halaman

Monday, January 10, 2011

Shahidan Mahu Menang Di Perlis.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim menyerahkan kepada Datuk Seri Najib Razak membuat keputusan bagi menyelesaikan kemelut UMNO Perlis yang mengekalkan  Datok Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis.

Shahidan yang juga  Ahli Majlis Tertinggi UMNO menegaskan beliau tidak boleh lagi bertolak ansur dalam perkara  itu kerana menganggap ia sudah berlarutan selepas piliharaya umum lalu. Beliau bertegas supaya perubahan dilakukan terhadap UMNO Perlis supaya ia lebih mantap dan bersatu kembali.

"Bukan saya keras kepala, tetapi saya sudah lama bertolak ansur" katanya. Beliau mahu melihat bentuk kerjasama supaya kali ini beliau berada di pihak menang dan tidak sanggup lagi berada di pihak kalah.

Diperik dari Berita Harian.

agbr47: Waduh Datok Seri. UMA bukan ahli politik dan tidak berapa faham politik. UMA hanya nak bercakap secara orang biasa yang sayangkan UMNO dan mahu UMNO terus sebagai pelupor politik negara.


Datok Seri, piliharaya dah tinggal tidak berapa hari lagi. Pemimpin tertinggi dah acap kali menyeru supaya bersatu dan ketepikan kepentingan diri. Jika ada lagi suara sumbang saperti ini, apakah UMNO akan kukuh. Tak cukup lagi ke segala kuasa yang pernah Datok kuasai sebelum ini? Datok banyak mendapat publisiti akhbar dan serangan hanya berlaku sebelah pihak sahaja. Datok Seri masih sanggup membakar kelambu di saat akhir ini untuk memberi ruang pembangkang menghentam UMNO dari belakang. Dah jumpa Presiden tu sudahlah. Tunggulah apa pula keputusan Presiden nanti. Janganlah pula mendabik dada seolah-olah hanya aku seorang sahaja yang bagus.


Datuk mahu di pihak menang dan tidak sanggup lagi di pihak kalah? Apa maksudnya? Menang bermakna  Datok Seri Md Isa Sabu sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis hendaklah di gugurkan atau jika tidak satu ganti rugi mesti di berikan pada Datok? Tak tahulah, UMA sebagai rakyat biasa tidak berapa faham sepak terajang ahli politik.


UMA berpendapat jika Datok dah tak boleh kerja lebih baik tarik diri sahaja. Bukankah ramai lagi pemimpin UMNO negeri yang boleh buat kerja? Datok dah pernah beri jasa. Beri peluang orang lain pula berjasa tanpa menimbulkan pegeseran kepada UMNO Negeri. Dahlah Perlis tu kecil. Ada satu dua pemimpin tak habis-habis bergaduh. UMA tidak mahu kira siapa yang betul. UMA fikir bila Presiden dah buat keputusan, Presiden dah ambil kira semua perkara. Kalau pun buang satu di antara dua, perpecahan tetap juga berlaku. Bukankah lebih baik bersatu bagi mengukuhkan UMNO?


Agaknya, dah buang terbiat ke apa? Tak takut ke rakyat meluat? Kerana meluat, tak takut ke kalau walaupun Datok terus pegang, UMNO tetap kalah? Macam budak-budak....

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!