Halaman

Wednesday, January 12, 2011

Syyy, kembali lagi.

Mengimbau peristiwa pembakaran buku teks Komponen Sastera dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu (KOMSAS), Interlok yang dilanda kontroversi sejak sebulan lalu, mengingatkan UMA kepada drama sitkom Syyy hasil karya Hatta Azad Khan yang di arah oleh Othman Hafsham, di tayangkan di tv beberapa tahun yang lalu. Sitcom itu mengesahkan Pak Uda (Zami Ismail) memberontak kerana papan tanda yang mengandungi perkataan loji najis yang di dirikan oleh Dewan Bandaraya terpacak di Kampung Seri Wangi. Pak Uda yang di watakkan sebagai rakyat berfikiran tradisional  berpendapat perkataan najis itu amat kotor dan mencemar nama baik Kampung Seri Wangi sehingga menimbulkan pergeseran antara beliau dengan penduduk Kampung Seri Wangi yang lain. Pak Uda naik berang dan menyerang Pegawai Dewan Bandaraya supaya mengalihkan papan tanda itu kemana-mana sahaja waima kerumah Pegawai itu sendiri. Budin (Imuda) di tugaskan supaya memusnahkan papan tanda tersebut. Drama sitkom tersebut kemudiannya terkenal dengan pojok PI MAI PI MAI TANG TU.


Hanya mengandungi perkataan najis, apakan bermakna kampong itu telah di kotori dengan najis? Dalam Quran banyak perkataan kotor seperti babi, zina, arak dan lain-lain. Apakah perkataan perkataan tersebut telah menghina kitab Quran tersebut?


agbr47: Inilah akibat rakyat di bakar dengan semangat rasis oleh parti pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!