Halaman

Monday, January 31, 2011

Tak semua PAS cakap tak betul

PRK Tenang telah berlalu. Sepatutnya cerita Cikgu Mala patut di hentikan. UMNO tidak bermusuh dengan Cikgu Mala dan suami. UMNO berperang dengan ideologi parti pembangkang. Apabila keputusan telah diperolehi, kedua dua pihak wajar menerimanya dengan hati terbuka.

UMA bersetuju dengan blogger blogger tua yang sebaya dengan UMA.  Apabila sesuatu itu telah selesai semua pihak perlu menghulur tangan perdamaian. Sikit sikit cakap hendak menang dalam kekalahan itu biarkanlah. Kata kata MSO, seorang penulis dan lidah PAS saperti di bawah perlu di renungi;

"Kepada pejuang pertugas Pas dari segenap seantero negeri, pulang dan berihatlah mujahidin budiman. Mamah dan kunyahlah apa yang berlaku di Tenang setengang-tenangnya. Cari dan gali kesilapan anda di situ sehingga menyebabkan anda tidak marangkul kemenangan. Dalam menyalahi kezaliman musuh, cuba juga menyalahkan diri sendiri. Dalam konteks ini menyalah dan menginsafi diri sendiri rasanya lebih baik.

Berfikir sejenak mencari kesalahan diri sendiri lebih baik merenung sejam mencari keburukan musuh.

"Kepada pejuang agama dan bangsa di Tenang juga tidak perlu bersedih dan bergunda guala. Banjir itu bukan air mata kekalahan, tetapi dicelanya juga ada air mata rahmat. Dalam kekalahan itu Pas masih memiliki sejuring kemenangan. Begitu juga dengan BN dalam kebanjiran kemenangan itu ada juga sejuring kemarau kekalahan."

MSO menambah lagi;
"Jadi peristiwa selama lebih seminggu di Tenang biarlah ia berlalu. Segala dendam, marah, kebencian dan kepiluan di antara satu sama lain biarlah ia hanyut bersam arus bajir yang kini sedang menirus. Buangkan semuanya di kuala dan tenggelamkan di tengah lautan.

Ikhwah muslimim dan muslimat di Tenang harus hidup seperti biasa rukun dan damai. Anggaplah pilihan raya sebuah permainan menyenggangi kehidupan yang sibuk, dalam pada itu memberi sedikit kegembiraan. Iya... bila kampung halaman kita dijadikan ruang pesta, keriuhan sebuah sistem, maka adalah kesukaan dan tuahnya.

Segala perselisihan faham kecil, perbalahan kecil, hapuskan, dan berjabat salamlah dengan penuh mesra di antara satu sama lain tetangga untuk berjumpa lagi dalam gelanggang sama selepas ini dalam pilihan raya umum. Penentuan sebenar dan lebih afdal adalah di dalam pilihan raya umum.",  ulas MSO dalam blog "Merah Tinta" pada tajuk "Ulasan peristiwa". Merah Tinta

Seorang lagi blogger tua juga berpendapat yang sama. Blogger 'bERANIKAN hATI" mengulas dalam entrinya "Selesai Prk Tenang, Blogger Harus Kembali Rapatkan Barisan". Menurut beliau;
 
"Sebagai seorang blogger pro kerajaan, saya sedar dan melihat bahkan merasai bahan peperangan siber ini, pahit dan manisnya kita rasai. Namun apabila peperangan sudah brakhir eloklah kita kembali semula merapatkan saf perjuangan kita ke jalan Allah. Blogger pro kerajaan dan pro pembangkang jangan lagi bersengketa sesama kita. Kita hanyalah askar-askar yang berjuang dimedan perang untuk pasukan kita, demi kepercayaan yang kita pegang selama ini", tulis beliau dalam entri tersebut.

"Kepada Cikgu Mala dan puak-puak disebelah sana. Kami memohon maaf atas segalanya, namun demikian adat beerjuang, demikian adat berperang ~ membunuh atau dibunuh! Kami tidak merancang menyerang peribadi sesiapa, namun pihak disana yang mulakan dulu, lalu kami terpaksa sambut 'gendang perang' yang dipalu itu. Bagaimana gendang dipalu, begitulah kami menarikannya.", tambah beliau lagi. bERANIKAN hATI

UMA harap isu Cikgu Mala akan cepat terpadam dan kita alihkan isu ke Merlimau pula. Kita berjuang atas ideologi parti bukannya berperang dengan individu. Jika mereka mengeluarkan kata bertentangan dengan ideologi parti, kita jangan ragu, serang semula mereka.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!