Halaman

Thursday, January 20, 2011

Tun Mahathir sudah hilang ingatan - Mahfuz



Confirm Mahfuz lulus sejarah. Sekarang, suara wanita bukan lagi aurat. Wanita juga telah di terima sebagai pemimpin kepada lelaki. PAS dah berubah. Tun hanya ungkit pegangan PAS masa lalu. Mungkin Pok Nik dah ada fatwa baru. Media Wangsa Maju kena update lah semua fatwa baru Pok Nik nie. Janganlah ada yang tertinggal.


Sumber: Haramjadah



PAS dakwa Dr. Mahathir lupa sejarah

Rusly Yasmin

KUALA LUMPUR, 20 Jan: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai lupa sejarah apabila mempersoal tindakan PAS meletakkan calon wanita bagi PRK Dun Tenang.




Menurutnya, PAS tidak pernah melarang wanita daripada bertanding dalam pilihan raya sebagaimana didakwa oleh Dr. Mahathir, malah telah mengamalkannya sejak tahun 50-an lagi.

"Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten.

"Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu.

"Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah," kata Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Khadijah Sidek menjadi Ahli Parlimen wanita pertama memenangi kerusi Dungun pada 1959 iaitu pilihan raya umum pertama selepas negara merdeka.

Semalam, Dr Mahathir berkata tindakan meletakkan calon wanita pada pilihan raya kecil Dun Tenang menunjukkan PAS tidak berpegang pada janji.

Katanya, PAS dahulu mendakwa tidak boleh meletakkan calon wanita tetapi sekarang boleh.

Mengulas lanjut Mahfuz berkata, pemilihan calon wanita mewakili PAS menunjukkan parti itu dan Pakatan Rakyat mengiktiraf peranan wanita khususnya untuk menguruskan rakyat.

Jelasnya lagi, Dr. Mahathir juga diminta melihat amalan kerajaan PAS negeri Kelantan dan Kedah apabila memperuntukkan kerusi exco untuk wanita.

Mengulas pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS bagi PRK Tenang 30 Januari ini, Mahfuz berkata beliau yakin Normala mampu membawa visi baru untuk golongan wanita, khususnya wanita muda.

Normala, 38, yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Labis akan dicabar calon Umno, Mohd Azhar Ibrahim.

“Beliau (Normala) seorang wanita muda yang berani, yang sanggup untuk meletakkan jawatan dalam perkhidmatan untuk berkhidmat kepada rakyat,” kata Mahfuz.

3 comments:

  1. Tun.Duduk diam diam.biar orang muda pula mengatur bicara,Zaman Tun dah berlalu.itu hakikat.kita tak boleh lagi ulang tayang macam filem hal berkaitan usia.memang ini hak individu.tapi pada adatnya.semakin lama semakin sayang.jangan terbalikkan.semakin lama semakin di benci orang.semakin di sumpah orang.
    ramai orang tahu dah banyak buat jasa.dah berjaya pada keseluruhan kehidupan.terutama mengatur keluarga keluarga tun.terutama anak Tun.mereka telah berjaya dalam perniagaan dan juga dalam politik.memang mereka naik dengan usaha dan tenaga mereka sendiri.tapi kalau nagka mesti ada getahnya.walau di letak minyak kelapa pada pisau.macam mana pun getah tetap terlekat juga pada pisau.
    Pada saya usia yang lanjut ni.penuhi ilmu ibadat.kata orang bila pencin,banyakkan kemasjid.gitulah pesanan orang pencin.

    ReplyDelete
  2. jasa Tun sentiasa di hati.. semoga Tun sihat dan tenang di hujung usia

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!