Halaman

Saturday, January 22, 2011

UMA Mengiringi Cikgu Mala.

Hari ini, pengalaman pertama UMA mengiringi calun piliharaya. UMA tak aktif dalam politik. Pandangan politik UMA bukan sebagai pengulas politik hanya setakat pandangan masyarakat umum sahaja. Sebab itu UMA kurang arif dengan nama mereka dan pangkat mereka dalam parti.

UMA memilih kumpulan Parti PAS. UMA tidak ada masalah dengan Parti PAS. Mungkin ada sesuatu yang UMA boleh pelajari. Telah ada ramai wartawan dan blogger yang berminat merakamkan peristiwa di pehak BN. Tidak mungkin UMA boleh menandingi pemberitaan mereka. Jadinya UMA pilih bersama parti PAS untuk menulis dari sudut mata UMA sendiri,

UMA lihat wakil yang mengiringi Cikgu Mala memang gempak. Malahan ada di antara ahli penyokong PAS kata pecah rekod. Itu pun mungkin mereka tak masuk UMA sekali. Deritan Bas dari pelbagai negeri tersusun di tepi jalan menandakan sokongan setiap negeri kepada Cikgu Mala. Itu tidak termasuk kereta persaorangan yang memenuhi lorong di taman perumahan yang berdekatan. Seorang peserta yang berjalan pulang bersama UMA ketika untuk balik ke rumah penginapan mengakui telah datang dari Pasir Putih, Kelantan. 10 jam perjalanan kata dia. Setiap cawangan di kehendaki menghantar 1 bas rombongan untuk menyokong calun. Wau, macam mana tak ramai!!!

UMA juga berkesempatan melihat kumpulan pasukan pengiring BN. Dalam anggaran UMA, kekuatan penyokong PAS yang pengiringi calun yang bertanding hampir 3 kali ganda lebih ramai jika di bandingkan dengan pasukan BN. Dalam perbualan mereka, UMA fikir mereka datang dari pelbagai negeri saperti Melaka, Selangor dan Terengganu.

Cikgu Mala mesti boleh tersenyum. Sekelip mata nama Cikgu Mala di kenali oleh ahli PR pelusuk negara dan di sebut oleh pemimpin pusat PAS dan pemimpin PR. Masa kini hanya pemimpin negeri yang begitu ikrab dengan beliau. Sekarang, segala galanya telah berubah.

Walau bagaimanapun kehadiran PAS Labis saperti tidak menonjol. Mungkin jumlahnya tengelam dik ramai sangat penyokong dari luar. Alangkah baik jika jumlah seramai ini membantu menambah jumalah undi. Malang mereka tidak layak mengundi.



agbr47: Jangan menang sorak kampung pula tergadai.






2 comments:

  1. ketiak masam sekitar dun tenang.. http://taipingcentral.blogspot.com/2011/01/panazz-tenang-penyokong-pas-membasahi.html

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!