Halaman

Tuesday, February 1, 2011

GAP dah beri amaran

Ha tu dia. Gap beri amaran kepada blogger pro UMNO yang suka menjadualkan entri mereka supaya rating meningkat, Gap akan membuang link blog mereka dari blog Gap.

Betul juga. Gap perlu berlaku adil kepada semua blog. Oleh kerana kerap mengeluarkan entri, nama blog mereka sentiasa di atas. Blog yang tidak ternama saperti Blog UMA, kalau timbul pun sekejap aje dah hilang. He..he..

Pada kempen peperangan PRK Tenang bermula, UMA sempat berjumpa GAP dan rakan rakan blogger yang lain. Mereka tak sedar pun blog UMA ini ujud. Tapi takpe, UMA menulis bukan kerana rating. Dah bersara, duduk depan komputer berjam jam membaca tulisan rakan rakan yang lain. UMA lebih suka respond kepada entri mereka. Mana isu yang menarik perhatian UMA, UMA akan kaitkan kedalam blog UMA pula.

UMA berharap blog mesra kerajaan tidak bertanding sesama sendiri. UMA fikir lebih baik bergabung dalam satu penerbitan dengan membawa pelbagai isu dalam satu keluaran. Dengan ini memudahkan pembaca membaca semua article kerana maklumat berada dalam edisi yang sama. Strateji mudah di atur kerana semuanya berada dalam satu kelompok. Kempen PRK Tenang telah terbukti, walaupun blogger menerbitkan entri kedalam blog masing masing tetapi kerja berkumpulan boleh dapat di rasai dalam setiap penerbitan tersebut. Alangkah baik jika semua keluaran di keluarkan dalam satu edisi!

UMA tidak dapat lihat UMNO online boleh memainkan peranan ini. Rakyat melihat UMNO online, semata mata lidah dan mata kerajaan. Sudah tentu ianya di anggap sebagai tidak telus dalam penyampaian berita. Dari itu penerbitan luar dari UMNO di perlukan supaya nampak lebih telus. Mkini dan MToday berada di luar parti PR. Secara tidak rasmi semua orang sedar bahawa kedua dua penerbitan ini adalah tanggan tanggan yang tersembunyi untuk PR.  Kedua dua penerbitan ini telah menjadi lebih popular dan setiap isu yang di keluarkan di ambil perhatian samada penyokong kerajaan atau penyokong pembangkang. UMA fikir blogger besar saperti GAP, Papagomo, The Unspinner, House PK, Flying Kick, Pisau Net dan lain, jika dapat bersatu alangkah baiknya bagi  mengimbangi pengaruh MKini dan MToday. Isu yang tuan tuan bawa tidak setakat menarik perhatian pembaca malahan kerap juga menarik perhatian pihak akhbar dan media arus perdana.

Kami blogger kecil tidak mempunyai akses untuk mendapat maklumat dari pihak yang bermaklumat. Memadailah kami menulis dari sudut persepsi rakyat.

6 comments:

  1. setuju dgn UMA...blogger pacat mcm jkkk kotasrgsmt ni sekadar memeriahkan arena shj!!!

    ReplyDelete
  2. uma

    saya buat begitu kerana kasihan dengan artikel terbaru bloger lain. sepatutnya mereka dapat ruang dan peluang.

    mohon bloger yang kerap re schedule artikel yang sama berulang kali, agar menghentikan aktiviti ni.

    artikel bloger lain wajib diberli peluang

    ReplyDelete
  3. Salam Perjuangan,

    Saya sebenarnya antara blogger yang kerap melayari blog anda.

    Saya tidak nafikan, penulisan artikel anda amat saya kagumi. Anda seorang blogger yang berpotensi untuk terus ke depan dalam melalui arus perjuangan dunia maya.

    Mungkin saya bukan seorang yang pandai menghantar komen. Bukan sahaja di blog anda, malah blog2 lain. Mungkin terlalu kerap belajar dan terus belajar dalam bidang penulisan artikel, sehingga lupa untuk memberi sedikit ulasan tentang artikel sahabat2 saya seperti anda.

    Janganlah menganggap apabila kita tidak berada pada tahap ranking yang tinggi, bermakna kita bukan yang terbaik. Kerana nilai sesebuah blog bukan terletak pada ranking, akan tetapi kualiti sesebuah artikel seperti blog anda.

    Saya juga amat menghargai kesudian anda menghantar komen2 yang bernas di blog saya. Sememangnya komen2 yang diberikan dari anda memberi peransang untuk saya terus tekad berjuang bersama2 blogger lain.

    Tunjuk ajarku, Sifu..


    Melayu CinDia
    Blogger Gelombang Rakyat
    http://gelombang-rakyat.blogspot.com/

    ReplyDelete
  4. Terima kasih semua. Terkejut UMA kerana menerima komen paling banyak setakat ini. He..he..

    agbr47: Tugas kita masih jauh.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!