Halaman

Wednesday, February 23, 2011

Pengambungan yang baik.

Menyusuri blog rakan rakan, UMA tertarik video yang di paparkan dari blog MIM berhubung isu sumpah nuar. Kebanyakkan video tersebut telah UMA tuntun sebelum ini secara berasingan. Usaha mengumpulkan sesuatu isu dalam satu video akan memberi kefahaman yang jelas kepada penuntun terhadap isu yang di bincangkan. Penunton akan mudah membuat penilaian setiap hujah yang di lontarkan pengucapnya. Apatah lagi kepada mereka yang tidak faham turutan cerita sebelumnya.

video tersebut dapat menjelaskan dengan sendiri pokok isu dan sebaliknya blogger tidak lagi perlu mengeluarkan kata kata keras dan kesat mengkritik mereka yang terlibat. Memadai dengan membuat sedikit rumusan.

UMA yakin, semua isu hari ini telah ada jawapannya dari artikel atau video sebelumnya. Bagi mereka yang baru mengikuti sesuatu isu itu, kadang kala bernasib baik terjumpa dengan artikel atau video yang lalu dari sumber sumber lain sebagai sokongan dan ada pula yang tidak. Setiap blogger tidak mungkin mampu mencatatkan urutan peristiwa yang berkaitan dan beranggapan semua pembaca telah tahu urutan ceritanya. Bagi mereka yang tidak faham urutan cerita akan menganggap bahawa blogger sengaja menimbulkan isu liar dan membawa fitnah.

Blogger mesra kerajaan sepatutnya ada usaha menyingkap simpanan simpanan video di "Youtube" dan mengabungkan semula isu isu tersebut dalam satu presentation pula. UMA memberi kredit kepada "padijantan", "Mokhzani65" dan "Gelombang Wangsa Maju" yang banyak menghasilkan Video atau artikel seumpama ini. Blog "Gelombang Wangsa Maju" pernah menghimpunkan 13 fatwa Nik Aziz dalam point form di mana fatwa baru, fatwa membatalkan fatwa sebelumnya atau fatwa halal untuk pas tetapi haram untuk UMNO. Sekilas aje membaca artikel tersebut, pembaca blog terus faham isu yang di bawa oleh blogger.

Cuba kita lihat video hasil suntingan 'Mokhzani65" dari "bLOG MiM". Tidakkah mudah ianya di fahami?

Sumber video: Mokhzani65
Sumber rujukan: bLOG MiM

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!