Halaman

Friday, February 11, 2011

Ulamak bersifat binatang mencemar masjid di Johor. PAS Johor perlu bertanggungjawab.

Kebanyakkan blog hari ini mengulas tetang kejadian 2 imam berlaku di Negeri Johor ketika musim kempen piliharan PRK Tenang yang lalu. Dah banyak kali di ingatkan supaya jangan mempolitikkan masjid di Negeri Johor. PAS Johor buta, pekak dan bisu dengan membiarkan pemimpin mereka yang sombong bongkak dan terasa diri dia sahaja yang sempurna melakukan sesuka hati dia. Rakyat Johor memang tidak boleh menerima perkara saperti ini. Apatah lagi ianya telah di sentuh oleh Baginda Sultan.

Kalau kau tak mahu hormat raja engkau, engkau punye hal. Di Johor, kami cintakan Sultan kami. Sultan kami adalah ketua agama di Negeri Johor. Kami tidak perlukan ulamak bongkak untuk menunjok pandai di dalam negeri kami.

Apakah PAS Johor tidak tahu tentang sensitiviti rakyat? Ini kaedah untuk menarik sokongan rakyat Johor? PAS Johor yakin, ini cara terbaik? Ini tugas PAS Johor membuat garis panduan kepada orang luar yang di jemput datang ke Johor. PAS Johor, selama ini walaupun kita berbeda fahaman politik, kita boleh duduk dalam satu majlis yang sama tanpa ada perasaan kita bertentangan ideologi. Tak seronok kah dengan keharmonian selama ini yang kita jaga? Anak anak kamu dan anak anak kami bermain bersama sama. Di tempat kerja, kita semua kerja bersama sama tanpa menimbulkan awak parti apa. Dalam majlis kemasyarakatan kita boleh bergurau senda dan saling bantu membantu.

Selepas ini, PAS Johor akan banyak memanggil tetamu datang ke Johor. Jangan persenda agama. Jangan amalkan sifat Jahiliah.




SULTAN JOHOR MURKA : NIK AJIS TERLIBAT DALAM KES INI ?



 KOTA TINGGI: Sultan Johor, Sultan Ibrahim hari ini bertitah berasa murka dengan tindakan sekumpulan umat Islam yang bersembahyang dua imam di sebuah masjid, ketika pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, bulan lalu.

Perbuatan tersebut, titah baginda, amat dikesali dan tidak seharusnya berlaku hanya kerana perbezaan fahaman politik.

"Ketika kempen PRK DUN Tenang baru-baru ini, ada kumpulan yang singgah di masjid untuk sembahyang fardu tetapi malangnya mereka tidak menyertai jemaah yang sedang bersolat jemaah.

"Kalau mereka terlambat mereka hanya perlu sertai jemaah yang ada dengan berimamkan imam di masjid itu. Sebaliknya kumpulan ini membentuk satu sembahyang jemaah yang lain di barisan belakang, sedangkan solat jemaah yang ada masih belum selesai," titah baginda.LIHAT GAMBAR 1 YANG DIBULATKAN.

Sultan Ibrahim bertitah, perkara seperti itu harus dihentikan supaya tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.

"Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.

"Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa," titah baginda selepas menunaikan Solat Jumaat di Masjid Al-Hadi Kampung Makam, di sini.

Baginda, sebelum itu, merasmikan masjid tersebut yang bernilai RM2.1 juta dan siap pada Julai 2007.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman; Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Nooh Gadot dan Exco kerajaan negeri.

Dalam titah itu, Sultan Ibrahim turut mengingatkan umat Islam di Johor supaya tidak menjadikan masjid sebagai medan berpolitik atau tempat memecah-belahkan masyarakat.

Baginda seterusnya menitahkan pihak berwajib mengenakan tindakan tegas kepada mana-mana pihak yang didapati berbuat demikian.

Pada masa sama, Sultan Ibrahim mengingatkan umat Islam supaya menjaga kebersihan masjid dan tidak menyerahkan tanggungjawab itu kepada pihak pengurusan masjid semata-mata.

Baginda juga tidak mahu pihak pengurusan masjid menambah atau membina bangunan baru sesuka hati di kawasan masjid melainkan dengan kebenaran dan kelulusan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) terlebih dahulu.

Titah baginda, langkah itu bagi mengelakkan sebarang kecacatan dan pembangunan yang tidak sistematik. - BERNAMA 



sumber dari: GAP

5 comments:

  1. ko ni ahli kelab kaki fitnah ke?mcm budak2 la aku tengok.

    ReplyDelete
  2. Anon 25 Mac 2011 2:19 PM..kelab kaki fitnah mendenyer..gambar atas tue menunjukkan betapa Nik Aziz tue angkuh x bertempat..mengapa x disertai jer jemaah yang sedang bersembahyang sebaliknya buat jemaah baru...padahal ruang masjid tue bukan lah besar sangat...

    Ini la ulamak zaman sekarang, kononnya dia jer la yg alim, org lain bodh x tahu agama..in lah agama anutan PAS...

    Sebab tu ALLAH x izinkan mereka2 ini memerintah Malaysia...

    ReplyDelete
  3. mcm klakar je derr....hg tgk leklok gmbq tuh
    mane de org blakang imam yg tgh bce doa tuh?
    berlakon ke mmg betul derr???mane g makmum dia??
    dh blah ke?haha....yg ad pon kt sblah kiri sikit drpd imam...hurm..saf kt tepi tiang tp imam kat tgh? pelik saff tuh??(posisi bola ea? tu posisi 4-4-2 ke 4-3-3? )

    ReplyDelete
  4. ...kalau makmum datang lewat dan jemaah yang pertama sudah selesai memanglah dibuat jemaah ke dua...belajar cara sembahyang dalam islam...belajar dulu baru komen...

    ReplyDelete
  5. dalam kita membuat ulasan, jgn sampai terlupa batasan... dakwh tiada dlm kekerasan, tp penuh dgn kelembutan... yg salah ditegur utk berubah, bukn dicaci tak sudah2...

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!