Halaman

Thursday, March 31, 2011

5 Soalan Eskay Nuar Jawab?

Huh, cepatnya. Semalam soal hari dah ada jawapan?

Berani ke nuar jawab? Ugutan adalah.

"Anwar Ibrahim sehingga kini tidak memberi sebarang respons terhadap tuntutan terbaharu Eskay itu, sebalik R Sivarasa semalam memberi amaran kepada Eskay sebagai reaksi kepada 5 soalan yang Eskay minta di tanya kepada Anwar.", menurut blog kickdefella selepas di hubungi oleh Eskay.

“Maklum pada semua sahabat-sahabat, saya tidak perlu melayan kenyataan itu”, kata Eskay kepada kickdefella melalui panggilan telefon.

Alah beb, kalau takde hal jawab ajelah. Kalau orang tanya UMA semalam pergi mana dan buat apa? Takde hal untuk UMA jawab. Soalan itu memang sering orang tanya kita pun. Kecuali ada benda yang hendak di sembunyikan, UMA akan berdalih. Taklah sampai nak menguggut akan di ambil tindakkan keatas soalan tersebut. Soal pun kena ambil tindakkan? Hoi, tinggi betul makan dia.

Takpelah Eskay, berilah peluang kepada mereka menjawab soalan kubur!



sumber: Kickdefella.
Lima Soalan Untuk Anwar – Dato’ Eskay
30 03 2011

…pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.

Update 11 am 31 March 2011

Saya menerima panggilan daripada Dato’ Eskay lewat malam semalam memaklumkan bahawa beliau tidak berhasrat mengulas kenyataan dan amaran yang diberikan oleh salah seorang peguam Anwar kepadanya berhubung dengan 5 soalan yang dituntut Anwar menjawabnya.

“Maklum pada semua sahabat-sahabat, saya tidak perlu melayan kenyataan itu”, kata Eskay.

Anwar Ibrahim sehingga kini tidak memberi sebarang respons terhadap tuntutan terbaharu Eskay itu, sebalik R Sivarasa semalam memberi amaran kepada Eskay sebagai reaksi kepada 5 soalan yang Eskay minta di tanya kepada Anwar.

Jika Anwar tiada apa-apa yang hendak disembunyikan, peguamnya seharusnya menuntut Eskay sendiri memberi jawapan kepada ke lima-lima soalan itu dan bukan mengugutnya.

“Bagaimanapun sebarang tuduhan spesifik yang beliau pilih untuk lakukan akan dihadapi dengan tindakan perundangan yang sewajarnya dan tegas,” kata Sivarasa yang di petik dari The Malaysian Insider di sini.

Posting Asal

Setelah lebih satu dekad tidak bertemu, semalam, Dato’ Eskay dan saya ditakdirkan Allah s.w.t bertemu semula di Shah Alam. Panjang cerita kami, kembali ke zaman kami merancang membuat sebuah filem bertajuk ‘Kacau Malaya’ bersama Datin Tiara Jacquelina dan Uwei Hajisaari. Dato’ Eskay masih seperti yang saya ingat tentang beliau, lincah dan sporty.

Di dalam pertemuan semalam, Dato’ Eskay di temani oleh Dato’ Shuib Lazim dan pertemuan itu disertai oleh lima orang blogger dan seorang pengarang media alternatif. Saya berterima kasih kerana dipelawa ikut serta kerana terdapat beberapa soalan yang saya benar-benar mahukan kepastian dari Dato’ Eskay.

Ehsan RBF Online

Dato’ Eskay semalam mengesahkan bahawa Dato’ Seri Anwar Ibrahim menghubunginya sewaktu video seks yang dikatakan menyerupai seorang pemimpin pembangkang disiarkan di Carcosa Seri Negara, sebulan selepas rakaman dibuat.

“Eskay! Where are you?” tanya Anwar, menurut Eskay. Data-data daripada maklumat panggilan telefon, data-data sms di antara Anwar dan Eskay telah diserahkan kepada pihak polis untuk membantu siasatan.

Dato’ Eskay juga tidak menafikan, Anwar secara terbuka lebih fokus menyerang Tan Sri Rahim Thamby Chik daripada dirinya, sedangkan penglibatan RTC hanya bermula 3 hari sebelum pihak media didedahkan dengan video tersebut. Bagaimanapun, Eskay amat kesal bila ada penyokong Anwar cuba mengaitkan tindakannya itu dengan kes mahkamahnya dan juga sebagai satu aksi untuk mendapat habuan lumayan.

Untuk itu Dato’ Eskay telah memberitahu para blogger yang hadir bahawa beliau adalah rakan berhibur Anwar sejak beliau mula curiga tentang perhubungan Anwar dengan Sukma Darmawan, adik angkat Anwar dari Indonesia.

“Suatu masa, Anwar duduk di kediaman rasminya sewaktu jadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Anwar kehilangan wang tunai berjumlah RM200,000 di rumah tersebut….” Eskay memulakan cerita.

Eskay mendakwa Anwar kemudian mengajaknya ke rumah untuk melihat tempat wang itu disimpan dan hilang. Ketika di rumah tersebut, Eskay terlihat Sukma di dalam sebuah bilik bersebelahan dengan bilik tidur Anwar.

“Saya tanya dia, siapa tu… Anwar kata oh itu adik angkat saya…” tambah Eskay yang mendakwa dia curiga kenapa bukan anak-anak Anwar yang tinggal dibilik sebelah Anwar, sebaliknya, apa istimewa seorang lelaki dewasa yang ‘lembut’ itu untuk diberi bilik betul-betul disebelah bilik tuan rumah.

“You like him?” tanya Anwar. “Please, I am straight” kata Eskay dan menurutnya, Anwar juga segera menepuk tangan ke dadanya dan berkata, ‘I pun straight tau….”

“Selepas itu Anwar seolah-olah mahu buktikan bahawa dia memang straight dan ajak saya pergi berhibur…” itulah penjelasan Eskay bagi menceritakan bagaimana Anwar sering meminta dia ikut serta dan kemudiannya mengendalikan perempuan-perempuan untuk Anwar.

“Macam Dato’ Nalla, tetapi Nalla pun ada sekatan, saya tidak…” tambah Eskay yang merupakan bekas sport therapist bagi pasukan Jimnastik Sukan Olimpik Amerika Syarikat dan kelab American Football ternama, Dallas Cowboys.

“Kenapa Dato’ tak dedahkan ini lebih awal?”, tanya seorang tetamu yang hadir.

“Apa bukti saya nak sokong dakwaan saya?” pantas jawapan Eskay. “Tetapi bila saya dapat video ini, bukti itu (seolah di anugerahkan Allah) diberi kepada saya”.

Eskay yakin semua ini adalah petunjuk dari Allah s.w.t. Sebelum ini Eskay yang dibawa pulang ke Malaysia bagi membantu proses pemulihan Anwar setelah kemalangan terjatuh dari kuda, pernah mendakwa kepada para wartawan, ‘enough is enough’ dan tidak mahu lagi dipergunakan oleh Anwar. Eskay mengerjakan Haji pada tahun 2010 merasakan ini adalah jawapan dari Allah s.w.t.

“Saya mahu semua orang tahu. Saya tidak minat politik dan saya rakan karib Anwar. (Dari satu sudut) Saya lihat kehadiran Anwar dalam politik Malaysia, bagus untuk check and balance. Saya bukan ahli UMNO dan mana-mana parti pun. Tetapi saya suka bila pembangkang kuat, supaya kepentingan rakyat terjaga”

“Tetapi Anwar bukan manusia yang rakyat kenal. Cukuplah rakyat di tipu. Anwar kena berhenti dan letak jawatan”, tegas Eskay menjelaskan tindakkannya.

Dato’ Eskay bagaimanapun meminta penyokong-penyokong Anwar supaya tidak menyerangnya kerana jika mereka terus berbuat demikian, Eskay mendakwa dia akan bertindak balas.

“Jangan biar saya dedahkan lebih banyak…”

“Sekarang awak semua tanya Anwar lima soalan…” desak Eskay.

Soalan tersebut ialah, pertama, sejak dua tahun lalu berapa kali Anwar ke Thailand? Kedua, siapa yang menyambut Anwar di Thailand? Ketiga, di hotel mana Anwar menginap? Keempat, apa Anwar buat di bilik hotel tersebut? Dan kelima, siapa yang menyelesaikan semua bayaran tersebut?

“Jangan paksa saya dedahkan semua itu… suruh Anwar jawab dulu soalan itu sebelum (semua) serang saya” kata Eskay.

“Awak semua balik dan tanya soalan ini di dalam blog…” minta Eskay.

“Saya tidak takut kepada Anwar…” akui Eskay, yang mengakui kekuatan penyokong-penyokong Anwar tetapi akur bahawa di dalam dunia ini, ada yang lebih berkuasa.

Penjelasan Eskay semalam menampakan episod ini akan berpanjangan lagi. Skandal video seks lelaki menyerupai Ketua Pembangkang yang sedang disiasat polis itu seolah-olah hanyalah permulaan. Anwar dan Wan Azizah telah menolak permintaan Dato’ Trio yang terdiri daripada Dato’ Eskay, Dato’ Shuib Lazim dan Tan Sri Rahim Thamby Chik supaya berundur dari persada politik tanah air.

Semua yang hadir yakin, Eskay yang merupakan ‘anchor’ dalam episod ini, mempunyai lebih dari sekadar video seks untuk didedahkan kepada umum.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!