Halaman

Tuesday, March 29, 2011

Adakah rakyat pula telah bersedia?

UMA hanya doakan supaya Allah meneruskan nikmat rahmat amanNya kepada negara ini. Jika mereka marahkan kepada 3 orang yang melakukan tayang video lucah, kenapa seluruh negara perlu di bakar?

Nuar penjahanam negara............

Sumber: MSO

Himpunan Malam Ini
Umpama Perletakan Batu Asas Reformasi Ke- 2


BAGI penyokong reformasi dan Pakatan Rakyat rugi besar malam ini kerana tidak ke stadium Melawati Shah Alam. Himpunan solat hajat bagi menyelamatkan pemimpin PR yang difitnah mendapat sambutan hebat. Apa yang berlaku malam ini tak ubah himpunan di sekitar tahun 1998 di era reformasi dahulu.

Bukan saja jumlah kehadiran yang ramai tetapi semangat mereka yang hadir juga berkobar-kobar. Di wajah masing-masing terpancar kemarahan dan keghairan. Semuanya persis sang harimau yang lapar mahu menerkam musuh.

Nampaknya penayangan video lucah oleh kumpulan tiga botak telah menaikan semangat orang ramai. Inilah hikmat di sebalik pendedahan video berkenaan. Orang ramai bukan mempercayai apa yang didedahkan itu tetapi semakin menaikan kemarahan dan kebencian kepada kerajaan.

Walaupun Umno dan pemimpin negara tidak terlibat secara langsung tetapi relatif antara tiga botak dengan Umno secara tidak langsung orang ramai mengatakan pembikinan video berkenaan adalah didalang oleh pihak berkuasa dalam kerajaan.

Mulai malam ini kerajaan perlu bersiap sedia menghadapi gelombang reformasi kedua yang dijangka lebih besar lagi daripada sebelum ini. Kalau tidak kena gaya dan bijak menanganinya gelombang kali ini akan menjadi seperti Jepun yang menerima dua bencana berganda, gempa bumi dan tsunami.

Kalau tahun 1998 dahulu memberi natijah UBN kehilangan empat buah negeri mungkin pada pilihan raya ke -13 nanti UBN akan kehilangan kerajaan Malaysia.

Semengata dan perpaduan juga jelas terbayang di kalangan pemimpin Pakatan yang berada di pentas. Semua pemimpin utama ada malam ini. Mungkin juga kerana semangat atau pun kerana gembira dengan suasana, menyebabkan ada setengah pemimpin yang sebelum ini saling prejudis melupai sengeketa peribadi buat sementara. Lupa soal peribadi tetapi menumpuan kepada agenda untuk merampas Malaysia. Inilah yang wajar dan dirundui oleh rakyat sekalian.

Majlis malam ini bermula dengan solat Maghrib. Kemudian majlis tazkirah yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man. Kemudian berterusan dengan solat Ishak, diimnai oleh Idris Ahmad. Manakala solat hajat dan munajak dibimbing oleh Abdul Hadi Awang.

Sesudah solat hajat majlis pidato yang dimulai Johari Abdul yang membuat previu terhadap video lucah yang disaksinya. Turut berucap selepas itu ialah Abdul Hadi Awang, Kim Kit Siang dan Anwar Ibrahim. Tok Guru Nik Aziz yang tiba pada pertengahan majlis mengakhirnya dengan bacaan doa dan munjak.

Hampir semua pemimpin besar parti Pas hadir. Antaranya, Dr Hassan Ali, Dr Mohd Hatta Ramli, Khalid Samad, Kamaruddin Jaafar dan lain-lain, Turut sama hadir ialah MB Selangor Abdul Khalid Ibrahim.

Disimpulkan majlis malam ini seolah perletakkan batu asas kepada gerakan reformasi kedua yang akan bergerak menuju ke Putrajaya. [wm.kl. 1:40 am 29/03/11]

10 comments:

  1. As'kum dan Salam 1 malaysia
    Blog saudara telah saya linkkan dalam bloglist saya.
    Diharap atas jasa baik saudara dapat memasukkan blog saya di bloglist saudara
    Terima kasih

    http://blogpenyokongkerajaan.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tak mungkin kerajaan UMNO/BN kehilangan Kerajaan kali ini , buktinya ramai pengundi atas pagar dan juga saya sekeluarga yang pernah memangkah PAS pada PRU12 tidak akan memberi undi kami lagi pada Pembangkang begitu juga dengan saudara mara saya di Pulau Pinang mereka menyatakan begitu juga. Kalau dilihat akan himpunan solat hajat tidaklah kita hairan akan jumlah yang hadzir,saperti biasa pengunjong datang dari seluruh negara dan mereka mempunyai semangat yang kuat keatas parti dan pemimpin mereka hanya dengan inilah mereka menunjuk kekuatan mereka. Sudah berapa banyak Sembahyang Hajat dilakukan tapi ianya maseh tidak dapat memberi petunjuk dari Allah swt bagi memihak pada Pakatan Pembangkang. Bagi saya perkara ini telah berada dalam tangan Polis biarlah Polis menyelesaikannya, mereka mempunyai kepakaran dalam hal ini kita akan ketahui sama ada ianya benar atau tidak.Apa kata jika perkara ini benar berlaku ? Adalah lebeh baik kita lakukan solat hajat kepada perkara yang memberi kebaikan kepada Agama bangsa dan Negara . Inshaalah Allah akan memberi petunjuk kepada orang yang benar dan ikhlas dalam semua amalan di dunia yakinlah Allah akan bersama kita.

    ReplyDelete
  3. jangan melalut/loklaq saudara.

    ReplyDelete
  4. kena gempaq sikit dah mengelabah macam mana nak jadi blogger tersohor.

    ReplyDelete
  5. dapat sumber maklumat dari orang tak betul,nanti saudara sendiri jadi tak betul !

    ReplyDelete
  6. Terima kasih kepada semua anon atas nasihat nasihat.

    UMA akan ulas dalam entri UMA nanti. UMA sekadar cakap cakap kedai kopi sebagai rakyat biasa.

    Tak sangka ada juga silent reader. UMA ingat cakap sorang sorang. Hee...he....Takdelah terfikir nak jadi blogger tersohor. Sekadar mengambil ruang masa selepas bersara. Tak faham sepak terajang politik sangat. Prove, UMA bukan penulis upahan. UMA cintakan keamanan di negara ini. Apa apa pun, Melayu dengan Melayu akan bertempur. Melayu bakar, Melayu terbakar.

    ReplyDelete
  7. Tuhan bagi akai fikiran suroh kita pikiaq, pasai apa che tak mau pikiaq, sia sia che sekolah, orang kampung lagi pandai pikiaq tau.

    ReplyDelete
  8. Negara Malaysia adalah Negara yang Uniq dan mempunyai berbagai bangsa dan agama , dalam dunia ini mana ada orang yang dikatakan disukai oleh semua orang mesti ada yang tak suka,Islam tonggak negara kita Allah akan sentiasa bersama pemimpin yang adil keatas rakyatnya.Pada saya pemimpin yang pernah memimpin Malaysia adalah yang terbaik yang pernah dilahir oleh UMNO/BN tetapi mengapa orang mengata kerajaan zalim dan sebagainya , jawapan nya sebab kita tak pandai ambil peluang keatas kemakmuran dan keamanan Malaysia kita hanya pandai menyalahkan pemimpin dan kerajaan itulah saja kepandaian yang ada pada orang kita , kalau Malaysia tidak aman dan makmur mengapa rakyat dari negara luar sanggup datang ke Malaysia untuk mencari rezeki? fikir fikirkan lah.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    UMA, GT tak dapat cari email UMA. Email GT, ada bende GT nak tanya pada otai mcm UMA.

    kalam.berdarah@gmail.com

    ReplyDelete
  10. Salam anon 9:36, kesalahan buat kita belajar. Terima kasih atas nasihat di atas.

    Salam anon 9:56, itulah persepsi yang rakyat terkeliru yang perlu kita perbetulkan.

    Salam GT, UMA terharu di atas kesudian menghubungi UMA. UMA telah menghubungi GT.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!