Halaman

Monday, March 28, 2011

Alat sulitnya telah terdedah kepada umum.

Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP.  Haa....haa...ha....... Tapi UMA sokong ketegasan Nazri berhubung kesombongan MCA.

Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu dalam wawancara beliau dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

UMA juga setuju dengan Nazri bahawa CSL sejak kebelakangan ini asyik bercakap sebagai suara pembangkang dan hendak berlagak sebagai hero Cina. Nazri juga berkata kepada CSL, "Dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum".

Boleh tahan lu Bro. Selalu bila kita serang Cina, lu selalu menyebok. Lu kata satu usaha mengagalkan 1 Malaysia DS Najib. He..he...he...

Sila ikuti lawak politik seterusnya.



Cabar tinggal BN: MCA terus perang dengan Nazri 
Harakahdaily       
KUALA LUMPUR, 28 Mac: Kemarahan pimpinan MCA terhadap Datuk Seri Nazri Aziz nampaknya belum berakhir walaupun Naib Presidennya, Datuk Ng Yen Yen berkata, parti tidak mencadangkan agar Nazri meletakkan jawatan.

Hari ini, ahli Jawatankuasa Pusat MCA, Loh Seng Kok mencadangkan agar Nazri menyertai DAP ekoran dakwaannya DAP adalah parti pelbagai kaum.

Loh yang juga Timbalan Pengerusi Biro Penerangan MCA dalam kenyataan medianya hari ini berkata, penyertaan Nazri sesuai kerana DAP masih belum mempunyai suara Melayu yang cukup.

Loh menyertai rakan-rakannya dalam MCA menyerang Nazri ekoran temubual khas Nazri dengan akhbar Nanyang Siang Pau baru-baru ini.

Dalam wawancara itu, Nazri menyelar MCA yang terus-terusan menyalahkan Umno
ekoran kekalahan mereka dalam pilihan raya umum 2008 lalu.

Dia juga mencabar MCA tinggalkan BN jika tidak berpuashati dengan Umno daripada terus-terusan memukul Umno setiap waktu.

Nazri juga memberikan amaran kepada Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek agar jangan berlagak seumpama hero Cina yang cuba menaikkan reputasinya dengan memperlekehkan Umno.

Dia juga mempermainkan Chua ekoran DVD seksnya dengan berkata, dia telah tidak diterima oleh pengundi kerana 'alat sulitnya' telah terdedah kepada umum.

"... ia telah dilihat oleh semua orang, awak fikir pengundi wanita akan sokong dia," kata Nazri dalam wawancara dengan Nanyang itu.

Dalam wawancara itu juga, Nazri berkata, MIC sepatutnya menyerahkan kesemua enam kerusi DUNnya di Perak selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum lalu.

Ahli perlimen Padang Rengas, Perak itu berkata, parti kaum India itu tewas di kesemua enam kerusi yang ditandinginya di Perak dalam pilihan raya umum lalu, dan kerusi-kerusi tersebut boleh menyebabkan Perak jatuh semula ke tangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!