Halaman

Tuesday, March 22, 2011

Apabila Islam berdendam dengan Islam

UMA memang mengakui Dr Faisal Tehrani seorang penulis yang terkemuka. Ada di antara buku beliau yang menjadi buku tek di sebuah universiti Turki. UMA kenal dia kerana dia juga mengahwini anak koponakan Tuan Guru mengaji Quran UMA. UMA juga menghadiri majlis perkahwinan beliau yang berlangsung di Jalan Temenggong, Segamat dahulu.

UMA sedar bahawa beliau memperjuangkan mazhab Syiah. Sejak kecil UMA telah di tanam perasaan bahawa Syiah itu menyeleweng dari ajaran Islam. Untuk tidak menambahkan lagi kekeliruan UMA mengambil pendirian dengan tidak membaca banyak sangat tulisan tulisan beliau di blog http://tehranifaisal.blogspot.com. Walaupun UMA ada membuat pautan blog beliau ke dalam blog UMA. Kalau ada pun UMA hanya menyingkap sambil lalu sahaja. UMA juga tidak menafikan bahawa banyak artikel beliau yang wajar di renung.

Pagi ini, UMA tertaik membaca entri beliau yang terbaru. UMA begitu sedih dengan kezaliman yang di lakukan oleh orang Islam terhadap kaum Islam sendiri. Segala galanya di lakukan dengan dendam sebagaimana dendam Tok Guru kepada orang UMNO yang tidak berkesudahan.

UMA teringat bagaimana apabila para penyokong Mundeliar yang tidak berpuas hati kerana Mundeliar dijatuhi hukuman bunuh oleh Sultan Mahmud Syah, membuka pintu kota sekaligus memudahkan pasukan Portugis menawan Melaka. Maruah bangsa tergadai. Walau bagaimanapun the Flying kick ada versi sanggahan. Sila klik disini.

Tetapi di Malaysia semuanya ada. Ada yang memperjuangkan kebebasan barat yang seolah olah nya harmoni dan aman sehingga membolehkan memperjuangkan dan melakukan tabii songsang dan ada yang kononnya memperjuangkan akidah dan jihat konon kononnya ala ala Timur Tengah dengan menghalalkan darah saudara seIslam melalui fatwa kafir kerana kepentingan politik semata mata.

Semoga Islam akan terus bersatu.



Sumber dari : http://tehranifaisal.blogspot.com/2011/03/qari-terkenal-digilis-digelek.html

Qari Terkenal DiGilis Digelek

Abdul al Rasul Hassan Ali al Hujairi adalah seorang qari yang terkenal di Bahrain. Beliau bertugas sebagai jururawat di hospital Salmaniya. Beliau berusia 38 tahun, sebaya saya. Anak perempuan beliau fotonya di atas. Dan ada 3 lagi orang anak lelaki. Pada sabtu lepas beliau diculik sekumpulan tentera elit ke sebuah padang. Di situ beliau ditembak. Dalam keadaan nyawa-nyawa ikan, beliau digelek dan digilis berkali-kali dengan kereta.

Video beliau digilis boleh diklik di pautan ini, klik sini.




















































Qaradhawi enggan mengutuk kejahatan di Bahrain. Pada beliau kejahatan di Bahrain berbeza dengan kejahatan di Tunisia, Libya, Yaman atau Mesir. Alasan beliau, tak pasti apa yang berlaku dan ia hal mazhab jadi kalau mati tak payah dibela kerana ilmunya berkata begitu. “There is no people’s revolution in Bahrain but a sectarian one. For this reason I did not address the Bahraini revolution, because I could not find myself free, and I don’t have the enough information on what is happening.”


2 comments:

  1. Terima kasih UMA.

    Sungguh menyayat hati melihatnya.Marilah kita sama-sama mengajak manusia kepada penyatuan umat Islam kerana perkara itulah yang dirisau oleh Nabi.

    Untuk makluman,Nabi mengajak kepada mengEsakan Allah;tunduk serta patut kepadaNya. Seperti mana Nabi menghantar Muaz kepada satu kaum dan ditanya kepada Muaz tentang apa yang hendak disampaikan kepada kaum itu. Muaz menjawab bahawa dia akan mengajak manusia kepada La ilaha illallah.Setelah mereka faham baru mengajak mereka kepada solat.

    Ikutilah tulisan-tulisan saya di sukusakat-hangtuah.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Salam tabigh. Terima kasih. Saya akan pautkan blog tuan.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!