Halaman

Tuesday, March 22, 2011

Bagai pinang di belah dua. Ada nuar mesti ada DS Najib

UMA cukup heran, apa juga di kaitkan dengan nuar, DS Najib ada. Bagai ketua dengan timbalan. Begitu ikrab mereka berdua. Saling perlu memerlukan. Dari itu jika nuar terpanggil, nuar akan panggil DS Najib bersama.

Semalam gempar kesan video lucah di mana pelakunya iras iras muka nuar. Nuar kelihatan tidak begitu resah. Tidak mencemuh wartawan. Nuar masih sempat berjenaka tentang perut boroi. Dia pun tak ambil pusing pasal lapur atau tak lapur. Untuk menunjokkan komitmen menolak bahawa video itu tidak berkait dengan beliau, pagi ini nuar buat laporan. Beliau di iringi Presiden PKR, peguam-peguam dan 100 orang penyokong berdemostrasi di luar balai polis.

Selepas membuat laporan nuar menemui wartawan dengan penuh yakin. Nuar mendakwa DS Najib tahu tentang video lucah itu. Hisham pun tahu dan polis pun tahu. Notis telah di keluarkan oleh mereka kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan.

Nampaknya nuar terlalu takut berjauhan dengan bekas timbalannya. Apa juga yang berlaku kepada beliau, dengan pantas dia akan memanggil bekas timbalannya untuk turut serta. DNA dia ajak. Video lucah pun dia ajak. Mungkin nuar dah jelak dengan azmin. Apa yang dia kena buat, semuanya kena tegah.

Takpe nuar, mulakan kebangkitan rakyat dengan 100 orang tu dulu. Biar jutaan rakyat Malaysia yang lain dok perati. Lapor, dah pun lapor. Keputusannya nanti, kena terimalah nuar!



Anwar dakwa Najib tahu video lucah
Harakahdaily   
KUALA LUMPUR, 22 Mac: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengetahui mengenai video lucah yang melibatkan seorang lelaki dengan seorang wanita yang ditayangkan di Carcosa Seri Negara, semalam.
Bercakap kepada media selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi, beliau berkata, ini kerana penayangan video berkenaan merupakan konspirasi yang pasti melibatkan golongan atasan.
“Menteri Dalam Negeri, Perdana Menteri, pihak atasan polis tahu perkara ini,” dakwanya.
Ini, tambahnya kerana notis telah diberikan kepada pihak media untuk tayangan video berkenaan.
Justeru, Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, untuk tujuan menghina Anwar, pihak berkenaan boleh melakukan apa sahaja.
Beliau turut mengingatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien supaya jangan menjadikan laporan polis itu untuk menghalang kerjayanya di dalam politik.
“Jangan gunakan laporan polis untuk tutup kerjaya saya dalam politik. Kita teruskan kerjaya kita,” tegasnya.
Turut mengiringi beliau membuat laporan itu ialah isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, naib Presiden PKR, Tian Chua dan N Surendran, beberapa ahli parlimen PKR, R Sivarasa, M Manikavasagam, AJK PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, Ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan Ketua Biro Undang-undang PKR, Latheefa Koya.

1 comment:

  1. tubuh suruhanjaya minta dollah jadi pengerusi sebab dia lah bapak segala suruh( budak suruhan tak jaya )....kantoi di punai TUa Bangka ni...DNA mana oooi kata fitnah jadi berilah habis cite....ini sah dia menjubur tapi takut sebab memang sah lelaki Y dia la tu

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!