Halaman

Monday, March 28, 2011

Cendikiawan Agama, Bekas Presiden Sepakat.

Hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan cendikiawan agama dan pimpinan parti, hadir ke majlis yang di hadiri oleh  400 orang sempena majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi.

 Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.

“Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. “Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.
“Dari seorang banduan menjadi pemimpin agung. Kekuatan peribadinya sudah lama diakui masyarakat. Beliau akhirnya disanjung sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi,” katanya dengan menganalogikan kisah itu dengan cabaran getir yang dihadapi Anwar.

UMA: Nuar dapat main, ulamak dapat makan, He....he......
Sumber: Blog Wan Azizah.

Pejuang kebenaran, keadilan sentiasa diuji dengan fitnah – Dr Siddiq Fadhil

Anwar tabah dalam berdepan fitnah yang bertali arus
KUALA LUMPUR: Kekuatan peribadi yang teguh walaupun diasak dengan pelbagai fitnah dan penderitaan akan menjadi Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang pemimpin berkredibiliti tinggi dan bakal menerima sanjungan masyarakat.
Mengambil kisah penderitaan Nabi Yusof yang sejak kecil kerap dianiaya, Presiden Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Dr Siddiq Fadhil, berkata pemimpin yang berdepan dengan penderitaan akan memiliki integriti tinggi terhadap keadilan.
“Manusia semulia Nabi Yusuf dihina, dijadikan khadam, difitnah majikannya dan disumbat ke penjara. “Tapi Tuhan tunjukkan, akhirnya Nabi Yusuf menjadi manusia luar biasa.
“Dari seorang banduan menjadi pemimpin agung. Kekuatan peribadinya sudah lama diakui masyarakat. Beliau akhirnya disanjung sebagai pemimpin berkredibiliti tinggi,” katanya dengan menganalogikan kisah itu dengan cabaran getir yang dihadapi Anwar.
Beliau berucap demikian depan lebih 400 orang yang hadir pada majlis solat hajat dan doa selamat serta tazkirah di kediaman Anwar di Bukit Segambut di sini, malam tadi
Selain Dr Siddiq selaku bekas Presiden ketiga, hampir semua bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan cendikiawan agama dan pimpinan parti, hadir.
Anwar, selepas melepasi laluan berliku dalam kes Fintah I pada 1998, kini berdepan dengan kes Fitnah II yang bertujuan meranapkan reputasinya sebagai pemimpin rakyat selepas mengetuai Pakatan Rakyat mencapai kejayaan pada pilihan raya umum (PRU) ke-12.
Malah, Ketua Umum KEADILAN itu dilempar pula dakwaan jijik kononnya terlibat dalam hubungan seks melalui video yang dipertonton kepada media tempatan, Isnin lalu sebelum ia terbukti hanya rakaman palsu.
Semua itu didalangi pimpinan Umno Barisan Nasional (BN) yang diketuai Datuk Seri Najib Razak bagi merosakkan reputasi Anwar menjelang pilihan raya Negeri Sarawak April ini dan PRU ke-13 yang dijangka berlangsung tahun ini.
Anwar melayani ratusan tetamu yang mendoakan perjuangan beliau
Dalam ucapannya, Dr Siddiq berkata, pejuang sejati tidak perlu pesimis dalam berdepan konspirasi fitnah, sebaliknya menganggap ia sebagai pancaroba kecil dalam menentang segala bentuk kebatilan.
Mengisahkan para Nabi tidak putus-putus berdepan dengan fitnah dan tohmah dalam menegakkan Islam, beliau mengingatkan semua pejuang penegak kebenaran termasuk Anwar supaya tidak sesekali gentar tetapi sanggup menghadapi kesusahan demi menegakkan keadilan.
“Ia sebahagian dari kehidupan pejuang. Nabi Muhammad saw juga menghadapi pelbagai rencam kesulitan dengan masyarakat, tetapi mujurnya baginda sentiasa didampingi sahabat setia, yang percayakan kebenaran dibawanya.
“Kita sebagai pejuang harus sanggup menghadapi kesusahan terutamanya dalam konspirasi Fitnah sebegini,” katanya.

2 comments:

  1. Semua jadi pembesar suara. Idea Anuwar dah beri tinggal lagi dorang kembangkan berasaskan Islam. Bagi ayat ayat yang menyakinkan.

    Menyamakan diri dengan nabi pun dah salah. Nabi Yusof tak pernah buat heboh dan kucar kacir. Nabi Yusof tak agresif membela haknya.

    Anuwar tak reti pergi senyap senyap. Dia huru harakan dengan demonstrasi. Nabi Yusof tidak pendendam tapi Anuwar polis yang angkut tilam dulu tu pun dia benci. Padahal sekadar menjalankan tugas.

    Nabi Yusof orang yang tampan. Pasti wajahnya bercahaya tapi Anuwar muka kelat suram.

    Nabi Yusof boleh memaafkan adik beradiknya yang menginaya dia. Kalau Nuar kena begitu? Alamat tak bernyawa la abang abang dia yang buat hal dulu dulu.

    Tiada dalam surah Yusof nabi Yusof mengenyangkan adik beradik, ayah dan kawan kawan dengan perbendaharaan raja. Anuwar tak amanah sebegitu. Malah dia lah yang paling banyak sapu selama sejarah Malaysia tertulis. Dia masuk penjara pun sebab salah guna kuasa.

    Nabi Yusof di gilai wanita tapi dia dapat menjaga kehormatannya dengan baik. Anuwar bini orang pun dia nak goda.

    Banyak lagi. Jadilah majlis kepuraan itu untuk sekurang kurangnya bagi Anuwar nyenyak tidur untuk satu malam sebelum di himbau mimpi mimpi ngeri sebagaimana biasa untuk malam malam seterusnya.

    Walau segunung emas sekali pun Anuwar sudah tidak dapat menebus dirinya. Terlalu banyak kesalahannya keatas setiap dari kita Melayu Islam. Belum cerita kesalahannya kepada keluarga dan kawan kawannya.

    ReplyDelete
  2. Salam Hahn,
    Agak janggal menyamakan seorang yang pernah di buktikan meliwat pada penghakiman yang lalu di samakan dengan nabi yang di riwayatkan dalam Al Quran. Tapi ulamak dia kata sama. Yang dia orang bias pada nuar, dia dah tuntun ke video tu?

    Alhamdullilah, mereka telah sembahyang hajat. Sepatutnya kita pun ramai ramai pergi sembahyang hajat tu. Yang menunaikan hajat ialah haq Allah. Kita minta perkenan Allah supaya dibuktikan kebenaran itu. UMA sarankan jika mereka buat sembahyang hajat, kita pergi sama sama. Kita minta apa yang patut.

    ReplyDelete

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!