Halaman

Thursday, March 17, 2011

Chua takut bersunat

Dalam harakah daily Net, Chua mengambarkan Islam dibawa oleh PAS sebagai Kesederhanaan Islam. Oleh kerana yakin dengan penjelasan pas tentang Islam Chua telah berekperimen menyunatkan anaknya kerana pas kata sunat itu baik. Malangnya Chua pula tidak mengakui dia bersunat.

Sepanjang Chua dalam barisan, Chua tidak faham tentang Islam. UMNO tidak beri kefahaman Islam kata beliau.

Baguslah tu Chua. Lebih baik berambus dari BN. Sebegitu lama bergaul dengan orang Islam semasa dalam BN, bercakap pun dah sebiji macam orang Melayu, langsung tak faham tentang Islam. Sekarang baru nak faham? Memang bebal lah kalau begitu. Nik ajis tu semuanya boleh kalau bukan dengan orang UMNO. Kalau UMNO tu aje yang jadi haram. Nik ajis bukan cakap pasal agama. Nik ajis bercakap berdasar kepentingan politik.

Agak agak dah faham Islam tu, menganutlah Islam. Pasal sunat tu satu dunia pun mengakui sunat itu baik. Orang barat dah lama bersunat walaupun tak Islam. Bersunat di akui baik oleh pengamal kesihatan. Bukankah Chua juga seorang doktor dan pernah menjadi Menteri Kesihatan semasa dalam barisan. Dia keluar dari BN bukan pasal UMNO atau Islam yang di bawa oleh UMNO tetapi tidak pilihan dihati ahli ahli MCA.




PAS tunjukkan Kesederhanaan Islam - Chua Jui Meng
Muhayat Jasmin   
KEPALA BATAS, 8 Mac: Umno menggambarkan Islam yang dibawa oleh PAS sebagai ekstrim dan menakutkan, kata Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor, Datuk Chua Jui Meng.
Menurut Chua,  pengalamannya sebelum ini bersama Umno, beliau tidak pernah diberi kefahaman yang mudah mengenai Islam malah melalui Umno masyarakat bukan Islam hanya memahami Islam itu dengan potong tangan dan bersunat.
"Kami tidak didedahkan dengan perkara sebenar. Malah terdapat juga dakwaan yang mengatakan jika PAS (sebagai parti Islam) memerintah nanti banyak perkara yang lebih dahsyat akan berlaku," katanya ketika menyampaikan pidato di Dewan Millenium, Kepala Batas semalam.
Bagaimanapiun kata Chua, setelah bergaul dengan PAS beliau mendapati Islam itu merupakan agama yang sederhana melalui pendekatan yang dibawa oleh PAS.
"Umnolah sebenarnya yang membawa Islam ekstrim yang menakutkan kami. PAS yang saya didampingi telah mengajar perkara sebenar kepada kami.
 "Akhirnya saya sendiri memahami apa sebenarnya kesederhanaan dalam Islam. Malah anak-anak lelaki saya juga disunatkan kerana faham akan kebaikan yang ada pada amalan bersunat sepertimana yang diamalkan oleh masyarakat Islam," katanya.
Kata Chua, Islam yang dikenali melalui PAS bukanlah satu agama yang ekstrim seperti digambarkan selama ini sebaliknya satu agama yang turut mengutamakan kebajikan kepada orang-orang bukan Islam.
Chua yang juga merupakan Naib Presiden PKR turut menyifatkan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai contoh pemimpin Islam yang sederhana.
Sehubungan itu beliau mengingatkan masyarakat bukan supaya tidak terperangkap dengan dakyah sempit yang mendakwa PAS itu pelampau dan mengamalkan politik sempit.

1 comment:

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!