Halaman

Sunday, March 20, 2011

DS Najib menyebabkan Pemuda dan Puteri ke tepi.

UMA sentiasa berharap pemuda di barisan hadapan. Sejak UMA di bangku sekolah, UMA di perkenalkan pidato Sukarno; "Berikan daku seratus malah seribu orang tua, nescaya akan aku amankan dunia ini. Tetapi berikan daku sepuluh malah satu pemuda berjiwa bangsa, nescaya akan aku gegarkan dunia ini". UMA amat yakin dengan pidato itu. Orang muda kalau dia hendak, dia tak takut mati. Lagi mencabar, lagi tinggi semangat juang. Lagi tinggi perasaan ingin mencuba. Kalau merempet itu merbahaya. Itulah yang dia hendak. Kalau dadah itu membunuh. Itulah yang dia hendak cuba.

Walau apa pun pandangan orang terhadap Thien Chua, UMA masih melihat dia adalah tokoh orang muda yang baik. Cuma nasib sahaja bahawa dia tidak memihak kepada parti kerajaan. Thien Chua adalah seorang yang gigih dan terlalu dekat dengan penyokong penyokong dia. Hubungi sahaja dia tidak kira siang atau malam, dia akan bergegas membantu penyokong penyokong walaupun mungkin orang itu bukan seorang yang terkenal. Kes penahan Blogger Hanief adalah satu contoh.

Lalu UMA tercari cari apa kegiatan yang di jalankan oleh pemuda dan puteri mendekati remaja. UMA lawati kedua dua blog pemuda dan puteri. Kalau ada artikel sama aje dengan artikel blog blog biasa.

Kalau kita lawati blog Anwar Ibrahim dan Thien Chua, kita akan lihat program yang berlangsung dan akan berlangsung. Selain dari blog, Anwar dan Thien Chua mengunakan twitter untuk memberitahu penyokong terhadap program untuk menarik perhatian penyokong dan pengunjung. Mereka sentiasa berinteraksi. Blog nyamuk yang pro kerajaan lebih mengambil berat program program yang menguntungkan UMNO/BN jika di bandingkan dengan blog blog pemuda dan puteri. Ini bermakna program pemuda dan puteri hanya di ketahui oleh kalangan mereka sahaja.

UMA respect kepada Datuk Seri Najib. Beliau telah mengambil alih peranan ini. Telah beberapa kali DS Najib berjaya mengumpulkan ahli facebook beliau dan yang terbaharu mereka berkumpul di Serawak. Apakah tenaga DS Najib lebih hebat dari tenaga pemuda dan puteri? Jelas, DS Najib berjaya menyampaikan message kepada remaja dan rakyat dengan lebih berkesan. Manakala pemuda dan puteri masih lagi bersorak dalam kotak sendiri.

Terus terang UMA katakan bahawa UMA lebih jelas kegiatan AMK dan pemuda pas dari pemuda dan puteri UMNO.

No comments:

Post a Comment

Catatan Popular

Listen To Quran

Listen to Quran

Srikandi 7

Confuse

Confuse

Abang dengan Pakcik duduk sini sampai PRK Merlimau tamat ye bang, ye pakcik!!! Eh! akak pun ade!!!